Sementara anda boleh mengelakkan labah-labah, objek harian berikut amat sukar untuk dielakkan. Benda-benda ini juga diketahui boleh menyebabkan kematian dan kecederaan kepada kita saban tahun. Walapun peluang untuk dicederakan oleh objek ini relatifnya rendah, anda mungkin akan berasa cuak apabila melangkah keluar dari bilik!
1. Pencungkil gigi boleh menyebabkan anda tercekik. Ia mengakibatkan 9,000 kecederaan setiap tahun.
2. Lilin menyebabkan 15,000 rumah terbakar setiap tahun.
3. Anda fikir ada selamat didalam bangunan ketika ribut petir? Jika kilat menyambar struktur bangunan itu, ia boleh bergerak melalui antenna TV dan radio, sistem pendawaian elektrik, dan line telefon.
4. Sememangnya terdapat rama-rama yang menghisap darah.
5. Menurut satu kajian daripada London School of Hygiene & Tropical Medicine, 16% daripada permukaan telefon bimbit mempunyai sisa kumbahan dia atasnya.
6. Fruit punch dan yogurt strawberi selalunya diwarnakan dengan pewarna merah yang dibuat daripada carmine, sejenis bahan yang dibuat daripada kumbang tanah yang dihancurkan.
7. Statistik dari tahun 1998 menunjukkan lebih banyak pekerja restoran makan segera dibunuh ketika bekerja berbanding pegawai polis. Hari ini, empat ke lima pekerja restoran makanan segera dibunuh ketika bekerja setiap bulan.
8. Tangga yang kelihatan tak bersalah ini dikaitkan dengan kematian lebih 12,000 orang saban tahun.
9. Elevator, walaupun lebih selamat daripada tangga, ia menyebabkan 27 kematian setiap tahun.
10. Dalam jangkamasa 10 tahun, kebanyakkan tilam bertambah berat dua kali ganda...kerana kutu dan tahinya.
11. Udara yang anda hirup dalam sebuah stesen tren mengandungi 15% kulit manusia.
12. Di Amerika Syarikat, 6,000 orang mati kerana bermain mesej di telefon bimbit ketika memandu.
13. Jika anda fikir tandas anda kotor, fikir kembali. Meja pejabat anda ada 400 kali ganda lebih bakteria daripada mangkuk porselain tersebut.
14. Setiap tahun 1,700 lelaki dihantar ke bahagian Kecemasan kerana... kecederaan melibatkan zip.
15. Musim sejuk di Rusia bukan mainan. Bongkah ais tajam ini membunuh 100 orang setiap tahun.
16. Kebarangkalian anda mati di dalam tab mandi anda adalah 25 kali lebih daripada anda mati di tangan pengganas.
17. Kebanyakkan syampu dan produk kosmetik mengandungi bahan karsinogen (penyebab kanser).
18. Ikan candiru di Amazon ini dikenali sebagai ikan yang boleh berenang dalam pancutan air kecing anda. Ia menggunakan pepakunya untuk melekatkan dirinya di dalam salur kencing anda. Menakutkan.
19. TV boleh membunuh anda. Menonton TV setiap hari lebih dari dua jam memendekkan umur anda sebanyak 1.5 tahun.
20. Ganas! Kayu golf telah dilaporkan membunuh empat orang selepas ia dihayunkan dan patah lalu terpelanting ke belakang dan menusuk pemain golf tersebut di jantung mereka.
21. Sebanyak 730 juta kuman boleh muat di bawah cincin anda itu. Basuh tangan anda!
22. Jika anda bersin terlalu kuat, ia boleh mematahkan tulang rusuk anda. Jika anda tahan bersih, ia mampu memecahkan salur darah anda di dalam otak!
23. Sebanyak 150 cebisan serangga dan lima helai rambut binatang roden boleh berada di dalam satu paun mentega kacang.
24. Swan memang menarik dan ayu. Tetapi mereka boleh jadi ganas apabila diancam. Selain itu meraka juga diketahui telah menterbalikkan bot dan mencekik anjing hingga mati.
25. Saban tahun, 600 orang mati hanya kerana terjatuh katil.
Wiwi tak tahu kalau anda semua tak takut tapi Wiwi memang cuak sekarang ni!
Post a Comment