ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Saturday, February 14, 2015

Kematian Tuk Guru Nik Aziz Adalah Tanda- tanda Kiamat ?






Diantara tanda-tanda Kiamat adalah hilangnya ilmu dan tersebarnya kebodohan. Dijelaskan dalam ash-Shahiihain dari Anas bin Malik Radhiyallahu anhu, beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ.

‘Di antara tanda-tanda Kiamat adalah hilangnya ilmu dan tersebarnya kebodohan.’” [1]

Al-Bukhari meriwayatkan dari Syaqiq, beliau berkata, “ِAku pernah bersama ‘Abdullah dan Abu Musa, keduanya berkata, ‘Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ لأَيَّامًا يَنْزِلُ فِيهَا الْجَهْلُ وَيُرْفَعُ فِيهَا الْعِلْمُ.

‘Sesungguhnya menjelang datangnya hari Kiamat akan ada beberapa hari di mana kebodohan turun dan ilmu dihilangkan.’” [2]

Dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَيُقْبَضُ الْعِلْمُ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ وَيُلْقَى الشُّحُّ وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ.

‘Akhir zaman nanti, ilmu dihilangkan, berbagai fitnah bermunculan, kebakhilan dilemparkan (ke dalam hati), dan pembunuhan semakin banyak.’”[3]

Ibnu Baththal berkata, “Semua yang terkandung dalam hadits ini termasuk tanda-tanda Kiamat yang telah kita saksikan secara jelas, ilmu telah berkurang, kebodohan tersebar, kebakhilan dilemparkan ke dalam hati, fitnah tersebar dan banyak pembunuhan.” [4]

 Soalan cepu emas di sini, bagaimana ilmu dihilangkan Allah?

Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: 
Sungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabut sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama. 
Sehingga apabila sudah tiada para ulama, :
manusia akan melantik pemimpin mereka daripada kalangan orang-orang yang jahil,
lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain´.

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi)


Jadi, berdasarkan hadis di atas, ilmu dihilangkan, dengan matinya ulama', bukan dari matinya Tuan Guru Nik Aziz  sahaja.

 Soalan cepu emas kedua, berapa ramai ulama' besar yang mati tahun lepas?

Terlalu ramai!!!

Boleh sahaja kami keluarkan list di sini tapi kami jamin 50% daripada list tersebut, anda tidak akan kenal! Kalau tanya artis apa yang mati tahun lepas, pastinya andasemua akan dapat jawab soalan itu dengan laju.

Jadi, apa yang boleh kita buat? 
Bekukan ulamak  yang berbaki dalam ais supaya mereka dapat hidup selamanya?

Daripada Abu Amamah r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda:

Tuntutlah ilmu sebelum ia dicabut. Dan maksud ilmu itu dicabut ialah diangkat dari permukaan bumi ini.

Lalu Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan menggambarkan jari tangan telunjuknya sambil bersabda:

Orang yang alim dan orang yang belajar ilmu itu bersama-sama dalam mendapatkan pahala. Dan orang yang lain dari mereka berdua sudah tidak ada apa-apa kebaikan´.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

Simple. Tuntutlah ilmu !!


Walaubagaimanapun, kubur Arwah TGNA masih merah, mari kita sama-sama menghadiahkan Alfatihah kepadanya sambil bercita-cita untuk belajar lebih tekun lagi tentang ilmu agama !!



Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni