ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Friday, February 13, 2015

Cerita Isteri Nik Aziz Dan Mereka Tentang TGNA Buat Hati Tambah Sayu






Kehilangan TGNA merupakan suatu kehilangan yang sangat besar kepada negara. Kegigihannya dalam memperjuangkan islam tiada tolok bandingnya.



Ikuti kisah mereka yang mengenali TGNA di bawah yang pasti membuat anda semua sebar dan mengalirkan air mata.

Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingin mewawancara.. 

Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja..

Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.."

Sambil tersenyum tok guru membalas,

"Ambo guno pen pejabat.. Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..

Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita..



Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong..

Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.."

Tok Guru membalas,

"Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..

"Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)

Allahuakbrrrr..hebatnya almarhum TGNA dalam menjaga amalan seharian..

Ini pula kisah dari isteri TGNA.



KOTA BHARU - "Semua orang sayang Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), sebab itu ramai yang datang hari ini," kata isteri Mursyidul Am Pas, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sejurus berkata demikian, Tuan Sabariah tidak dapat menahan sedih dan mengesat air matanya.

Biarpun sedih, beliau kemudiannya tersenyum semula sebaik sahaja memandang beberapa tetamu yang berada di sisinya termasuk Exco Kebajikan dan Wanita Kelantan, Mumtaz Md Nawi.

Dalam keadaan terharu, beliau berkata, kesemua ahli keluarganya sempat menemui arwah sebaik sahaja tiba di rumah di Pulau Melaka, di sini, malam semalam.

"Saya sentiasa ada di sisi arwah sebelum dia pergi. Sempat jumpa. Anak cucu pun sempat berhimpun.

"Semua sempat balik jumpa Tok Guru dan kami reda dengan semuanya," katanya lagi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam.

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.


BACA SETERUSNYA:Himpunan Kata-Kata Terakhir Tok Guru Nik Abdul Aziz
BACA SETERUSNYA:Mengalir Air Mataku Mengenangkan Jasa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Yang Dikasihi Ini
BACA SETERUSNYA:5 "Kebetulan" Yang Allah Susun Pada Kematian Tuan Guru Nik Aziz.
--------------------------------------------------------------

Kami blogger di wiiiiii.com dibayar gaji oleh syarikat iklan setiap kali anda masuk ke laman kami.
Biasanya kami tersenyum apabila laman kami diserbu ribuan pengunjung, tapi tidak hari ini.
Kami tiada nafsu untuk ambil duit iklan pada hari ini.
Kami tak suka buat duit dari kematian Tuan Guru kami yang paling kami sayang!

Jadi kenapa kami masih menulis post ini?
Ini kerana kami mahu mengumpul sebanyak sedekah ALFATIHAH yang mungkin, untuk dihadiahkan buat peneman guru kami yang keseorangan di dalam kubur.

Saidina Uthman berkata, dia paling takut sekali alam kubur dibandingkan jika disiksa di dalam neraka kerana kita akan tinggal di kubur seorang diri.
Kesunyian ini juga satu penyiksaan.

Jadi, kami di wiiiiii.com (enam i) berkempen untuk memperingati Tuk Guru sebanyak mungkin, dengan harapan setiap peringatan tentang Tuk Guru dari kami, dibalas dengan sedekah AL FATIHAH dari
anda. Inilah jasa terakhir kita bersama, untuk susuk tubuh yang tidak terkira jasanya pada kita !

ALFATIHAH


1 comment :

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni