ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Saturday, February 14, 2015

Hati-hati Bila Pergi Ke Kedai Gunting Rambut Guna Wax Reuzel Pomade Ini!




Bahagian Hab Halal JAKIM telah menerima pertanyaan berhubung produk yang biasa digunakan di kedai gunting rambut (rujuk gambar di bawah).

Di sini kami memberi respon berhubung pertanyan tersebut:

Fakta: Produk tersebut BUKAN pemegang sijil halal dan TIDAK pernah diberi pengesahan Halal.



Berikut maklumat tambahan sebagai panduan dalam meneliti bahan Mentah yang kritikal dari sudut Syariah :

1. Bis-Diglyceryl Polyacyladipate dihasilkan daripada campuran ester asid lemak seperti digliserin, asid adipik, asid stearik dan asid caprik. Bahan-bahan ini boleh diperolehi dari sumber haiwan.

2. BHT berfungsi sebagai antioksidan. Proses penghasilannya boleh melibatkan bahan yang tidak halal.

3. Emu oil adalah sejenis burung bersaiz besar. Status penyembelihan burung ini perlu dipastikan terlebih dahulu. Selain itu, proses pengekstrakan minyak tersebut juga boleh melibatkan bahan yang tidak halal.

4. Penggunaan nama Reuzel tidak bertepatan dengan hukum syarak kerana dalam konteks bahasa 'Dutch' ianya bermaksud 'Lard' iaitu lemak dari perut babi.





Justeru, pengguna beragama Islam dinasihatkan untuk lebih prihatin dalam memilih produk halal serta meninggalkan penggunaan produk-produk yang syubhah dalam kehidupan seharian.



Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni