ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Monday, February 16, 2015

5 Perkara Menyentuh Hati Yang Anda Tidak Tahu Tentang Arwah TG Nik Aziz



Awal sekali, artikel ini diterjemah dari cilisos.my , laman web tempatan berbahasa Inggeris yang amat "cool" dan dihormati.Kami juga tambah sos kami sendiri di dalam artikel ini.

Bismillah.


Jumaat lalu, matahari dalam politik Malaysia telah terbenam.
Tuk Guru sudah pergi.
Sementara ramai dari kita mengenalinya kerana dia memegang jawatan Mursyidul Am Pas, berapa ramai daripada kita yang betul-betul mengenali beliau? Jadi untuk mengenangi susuh tubuh yang disayangi ini, ini ada 5 perkara yang tak ramai orang tahu mengenai beliau.


1. Dia adalah sebahagian ulama yang melakukan revolusi Pas pada tahun 1978.



Suatu ketika dulu, Pas pernah bergabung dengan Umno. Ini terjadi selepas peristiwa 13 Mei. Pas ketika ini ketuai oleh Datuk Asri Muda. Selepas Pas kalah  teruk dalam PRU 1978 , dan Pas dianaktirikan Umno dalam kerajaan gabungan, orang mula mempersoalkan kepimpinan Datuk Asri Muda. Dalam krisis ini TGNA dan Yusof Rawa telah mengemudikan satu revolusi. Datuk Asri Muda kemudiannya letak jawatan dan jawatan itu disandang oleh Yusof Rawa. Sejak dari itu, Pas tidak boleh lagi dipijak Umno, sehingga sekarang laungan untuk membina kerajaan perpaduan ditolak TGNA. Kerana apa? Keran TGNA cukup bijak untuk memastikan puisang tak berbuah 2 kali.

2. Pada awalnya beliau menolak jawatan Menteri Besar Kelantan.

Mustafa Ali berkata.

Apabila kami sedar kami akan menang di Kelantan pada tahun 1990, beberapa pemimpin besar Pas telah pergi bertemunya untuk menawarkan jawatan MB kepadanya. Kami terpaksa memaksa beliau kerana beliau tak mahu jadi MB, beliau hanya mahu jadi Speaker Dewan.Beliau hanya bersetuju apabila kami berkata kami akan naikkan Hadi Awang sebagai MB Terengganu kalau kami menang di Terengganu.



Jelas pentadbiran beliau amat cemerlang sepanjang 23 tahun walaupun,

Tak dapat royalti minyak.
Difitnah media kiri kanan depan belakang.
Tidak dapat guna radio negeri sendiri wwalaupun untuk mengucapkan selamat hari raya kepada rakyat Kelantan.
Setiap kata-katanya dicatit dan diputarbelit kemudiannya di dalam media, tanpa diberi peluang untuk beliau menjawab tuduhan.

Pernah dengar pasal TGNA cakap Allah itu samseng?

Itu hanya salah satu daripada ribuan kenyataan beliau yang diputarbelit!

3.Dia memilih untuk tidak tinggal dalam Kediaman Rasmi Menteri Besar.



Selama 23 tahun jadi MB, sekali pun dia tidak duduk di sana, beliau lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri di Pulau Melaka.

Dia menjalani hidup yang amat sederhana sehingga dia dilihat menyimpan duitnya di dalam sampul surat putih.



Seorang ahli Pas yang menyedari keadaan ini menghadiahkannya sebuah dompet buatan tangan yang mempunyai logo PAS.



Ini belum  cerita lagi , kisah masyhur sebuah keluarga yang menjumpainya makan di warung kecil seorang diri. Tanpa bodyguard. Tanpa pegawai di kiri kanan. Hanya dia seorang menikmati makanannya yang murah.



4. Dia mendakwa perkataan BUMIPUTERA  sendiri berbaur perkauman!


"Semua bangsa hanya dapat satu undi. Begitu juga bumiputera. Saya lebih suka bila orang guna perkataan miskin, untuk semua bangsa. Kalau nak tolong rakyat, jangan tolong bumiputera, tolong semua rakyat yang miskin tak kira bangsa." kata TGNA.

*kami sebenarnya sudah tumpah air mata pada ketika ini*

5. Dia pernah tolak untuk pergi Haji bawah tajaan kerana mendakwa ia ditaja atas sebab politik.

Pada tahun 2009, TGNA ditaja RM65 ribu untuk ke haji. Pada ketika itu Pemuda Umno dan media sudah bersedia dengan kuda-kudanya. Mereka menyuruh SPRM menyiasat tajaan ini. Apa yang TGNA lakukan sebagai reaksi amatlah mudah.

 Beliau mengumumkan untuk tidak menerima tajaan itu. Dia juga berkata dia ada duit yang cukup untuk pergi haji  sendiri. Tahun depannya, beliau dapat juga menunaikan Haji di Mekah, dengan duit sendiri.



Kesimpulannya. beliau amat rendah diri, dan pemergiannya sedang ditangisi.


Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, beliau meminta maaf kepada semua rakyatnya, dan berkata kanser prostat yang dihadapinya adalah balasan dosa dari Allah kepadanya. (gambar web lain)Ketika itu beliau membawa plastik berisi air kencing ke mana-mana kerana penyakit beliau sudah parah.Orang yang mempunyai Kanser Prostat tidak dapat menahan kencing.


Beliau seorang pemimpin yang memberikan segalanya kepada rakyat, tetapi meminta maaf kerana tidak dapat memberikan lebih dari itu. Jadi, manusia  mana yang dapat menyeka air mata apabila dia pergi buat selamanya?

Tuk Guru, engkau telah berbakti lebih dari diminta, rehatlah di sana dan nikmatilah apa yang engkau tanam selama ini. Kami akan menyusurimu, Al fatihah.


Senyuman dari syurga.




Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni