ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Saturday, February 14, 2015

VIDEO: JENAZAH ALLAHYARHAM NIK AZIZ DITURUNKAN KE LIANG LAHAD




Urusan pengebumian jenazah Allahyarham Nik Aziz telah selamat dilaksanakan kira-kira jam 11 pagi semalam. Jenazah disemadikan bersebelahan pusara bapanya, Nik Mat Raja Banjar.




Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang adalah antara pimpinan PAS yang diberi penghormatan menurunkan jenazah ke liang lahad.



Sebelum itu jenazah diusung dari Masjis Tok Guru melalui Jalan Long Sulaiman ke kawasan perkuburan berhampiran sekitar jam 10.40 pagi dan terpaksa melalui kesesakan orang ramai yang berasak-asak untuk memberi penghormatan terakhir.



Suasana sebelum dan semasa pengebumian dilaporkan sedikit kecoh di bawah khemah tempat jenazah Allahyarham Nik Aziz mahu disemadikan apabila berlaku tolak menolak di kalangan orang ramai dengan anggota Unit Amal dan pihak media.




Bacaan doa dan talkin diketuai Abdul Hadi Awang dalam suasana sedih dan hiba.



Antara kenamaan yang sempat memberi penghormatan terakhir termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah.



Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda:

Sungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabut sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama.

Sehingga apabila sudah tiada para ulama, :

manusia akan melantik pemimpin mereka daripada kalangan orang-orang yang jahil,

lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.

Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain´.


(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi)

BACA SETERUSNYA:Himpunan Kata-Kata Terakhir Tok Guru Nik Abdul Aziz
BACA SETERUSNYA:Mengalir Air Mataku Mengenangkan Jasa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Yang Dikasihi Ini
BACA SETERUSNYA:5 "Kebetulan" Yang Allah Susun Pada Kematian Tuan Guru Nik Aziz.

"Inilah zaman di mana ilmu diangkat Tuhan. Akhir zaman ilmu diangkat dengan dimatikan para alim ulama'. Kalau kita sempat menadah ilmu dengan mereka maka beruntunglah kita. Jika kita tidak berkesempatan mengambil ilmu daripada mereka maka rugilah kita. Dekati alim ulama' kerana mereka memegang khazanah ilmu yg tak ternilai harganya.."

Satu bintang telah padam dibumi Allah



Selesai sudah tugasnya didunia..kini berehat lah wahai murabbi kami...semoga engkau ditempatkan bersama para solihin..pergimu kami tangisi namun redha atas kehendakNya..terima kasih kerana selama hidupmu sentiasa memperjuangkan islam..



Tempat tok guru nik aziz di "SIMPAN"

"SIMPAN" = disemadikan




Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni