ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Saturday, February 7, 2015

9 Fakta Rare Tentang Kumpulan Zero Yang Tak Ramai Orang Tahu





1.  Mereka sebenarnya dah tiada bapa dan tanggungjawab ketua keluarga, dipikul 3 beradik ini.
Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Korang pun tahu kan kerja macam ni macam mana. Kerja dah la susah dan memenatkan. Gaji ciput je.

2.  Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka dan ini sekaligus menjadi perangsang dan menaikkan semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga dan mencuba sehabis baik untuk menang dalam MLM 2014.



3.  Syaiful (Melati) berhenti belajar ketika Tingkatan Satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.

4.  Ketiga beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil  dan diajar sendiri oleh bapa mereka. Sebab itu, mereka handal melakukan aksi akrobatik macam aku muda-muda dulu. Kat Sabah ni, 2 jenis silat yang popular. Silat Gerak Kilat dan Silat Cekak Ustaz Hanafi. Aku belajar Silat Cekak Ustaz Hanafi, Zero plak belajar Silat Gerak Kilat. Kami semua belajar silat kat Sabah.



5.  Kumpulan Zero mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea dan persembahan yang terbaik

6.  Syaiful, Kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul.

7.  Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong. Means, diorang memang hidup susah dulu. Kalau korang pernah pergi ke kawasan pedalaman Sabah, purata gaji sebulan diorang antara RM200-RM300 aje. Kalau yang gaji RM500 tu, memang dah kira senang sikit dah hidup diorang.

BACA SETERUSNYA:Cerita Ini Buat Anda Puas Hati Kumpulan Zero Tapau Sepahtu Di Final.

BACA SETERUSNYA:3 Cara Bijak  Zero Mahu Belanjakan Semua RM500000 Yang Dimenanginya.

BACA SETERUSNYA:9 Fakta Rare tentang Kumpulan Zero yang Tak Ramai Orang Tahu.

8.  Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini. Alhamdulillah Melati. Kahwin besar-besaranlah lepas nih..

9.  Mereka mahu gunakan wang kemenangan untuk bawa orang tua menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.




Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni