ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Friday, August 28, 2015

16 tips yang sangat penting untuk berdepan dengan GAS PEMEDIH MATA.







Di bawah ini pula 16 tips yang sangat penting untuk kita tahu sekiranya berdepan dengan tear gas:


1. Sebelum gas pemedih mata dilepaskan
Image via mytwogirls.net


1. Sekiranya anda nampak pihak keselamatan mula mengenakan topeng muka, bermakna gas pemedih mata akan dilepaskan.

2. Sekiranya anda memakai kanta pelekap (contact lense), tanggalkannya dengan segera, jangan gunakan kanta pelekap ini walaupun keadaan telah reda. Pakai cermin renang (goggle) sekiranya ada.

3. Tutup mulut dan hidung rapat dengan kain yang dibasahkan dengan air kosong (sebaiknya dibasahkan dengan air limau).

4. Sekiranya anda ada baju hujan, maka pakai baju dan seluar hujan dengan kemas serta tutup kepala anda dengan penutup kepala.

5. Jangan gunakan losyen atau minyak sebagai pelindung kulit kerana ini akan lebih memburukkan keadaan kerana losyen dan minyak akan memerangkap kimia gas pemedih mata pada kulit anda.


2. Ketika gas pemedih mata dilepaskan

Image via syntheticzero.net


6. Cuba bertenang, Jangan Panik! Jika anda panik, suhu badan anda akan meningkat dan akan lebih memedihkan lagi mata dan kulit anda. Cuba bergerak keluar dari asap gas pemedih mata.

7. Jangan sentuh muka dan mata anda dengan tangan.

8. Hembus hidung, dan ludahkan keluar kimia yang terdapat dalam gas pemedih mata daripada mulut.

9. Jangan sentuh tin gas pemedih mata yang dilepaskan, ianya panas.

10. Sekiranya anda dapati ibu mengandung atau kanak-kanak berada di kawasan tersebut, gunakan sarung tangan kulit untuk mencampakkan tin gas pemedih mata tersebut ke kawasan yang tiada orang. (Jangan campakkan tin gas pemedih mata tersebut ke arah pasukan keselamatan).


3. Selepas berada di kawasan yang terdedah kepada gas pemedih mata

Image via www.jansochor.com


11. Basuh pakaian yang dipakai secara berasingan daripada pakaian harian yang lain. (gunakan air sejuk)

12. Mandi dengan air sejuk/bersuhu sederhana. Jangan gunakan sabun dan elakkan penggunaan air panas kerana ia akan menyebabkan pembukaan liang roma dan membolehkan ejen lakrimator yang terdapat pada tubuh masuk ke dalam badan.

13. Jangan meletakkan sebarang losyen atau krim pada kulit yang terjejas kecuali setelah mendapat nasihat pakar atau setelah tubuh badan dibersihkan atau selepas 6 jam. (CS larut di dalam lemak, maka penggunaan krim mahupun losyen hanya akan memburukkan keadaan)

14. Boleh gunakan ais yang dibalut dengan kain bagi mengurangkan rasa pedih pada kulit.

15. Kelewatan di dalam membersihkan diri mahupun berterusan membiarkan diri terdedah dengan gas pemedih mata juga akan memberikan kesan yang buruk seperti radang kulit.

16. Jika menghadapi kesan sampingan yang lebih teruk seperti blister, penyakit berkaitan sistem pernafasan, dan serbuk CS mengenai mata pada kuantiti yang banyak, maka dinasihatkan agar segera berjumpa doktor di pusat rawatan kesihatan yang berdekatan.


Seperti yang pernah kami maklumkan sebelum ini, semuanya terpulang ke atas diri anda sama ada ingin menyertai perhimpunan Bersih 4 atau tidak. Kami cuma mengharapkan agar tiada sebarang keganasan berlaku sepanjang perhimpunan.


Diharap perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang.


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni