ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Tuesday, October 28, 2014

UPDATE TERKINI KES LIWAT ANWAR








Laporan secara LANGSUNG Penghakiman Kes Liwat II | Gopal Sri Ram ketuai pasukan peguam Anwar Ibrahim

Putrajaya – Rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bermula di Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili
Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.
Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Mahkamah juga akan mendengar rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar.
Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
 5.30pm: Sidang mahkamah akan disambung jam 9.30 pagi esok.

5.10pm: Surendran berkata ada penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Rayuan.

Kepada soalan Hakim Abdull Hamid, beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak menilai kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

Oleh itu, Surendran berkata, ada kesilapan yang serius dalam keputusan Mahkamah Rayuan, dalam menggambarkan kenyataan Anwar sebagai penafian semata-mata.

5.00pm: Melihat kepada penghakiman Mahkamah Rayuan, Surendran berhujah bahawa terdapat komen-komen yang dibuat yang membawa kepada penemuan yang salah.

"Anwar telah menjelaskan mengapa dia memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh. Terdapat jaringan kebohongan digambarkan. Anwar berkata, beliau tidak boleh mendapat keadilan dalam kes ini," tambahnya.

Hakim Suriyadi bertanya sama ada Anwar menyatakan bahawa dia tidak mempunyai keyakinan dengan mahkamah.

Surendran menjawab terdapat satu siri keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman yang tidak memihak kepada Anwar.

4.55pm: Surendran seterusnya berhujah bahawa kenyataan Anwar dari kandang tertuduh hanya menguatkan dakwaannya mengenai konspirasi terhadapnya.

4.40pm: Perbicaraan disambung semula dengan peguambela N Surendran berhujah bahawa bukti rancangan yang telah diatur merujuk kepada teori konspirasi.

Peguam itu berkata, ini disebutkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tetapi ia tidak dinilai.

Kecuali satu perenggan yang disebut dalam penghakiman Mahkamah Rayuan, tidak ada disebut tentang teori konspirasi.

Surendran berkata begitu juga dengan penghakiman Mahkamah Tinggi di mana terdapat hanya satu perenggan yang dipetik.

"Saiful mengakui bahawa dia pergi bertemu dengan Najib di kediamannya pada 24 Jun 2008. Dia terlebih dahulu menemui (penasihat perdana menteri) Khairil Annas.

"Dia juga bertemu dengan (penolong pesuruhjaya kanan polis) Mohd Rodwan pada hari itu.

"Pertemuan itu berlaku dua hari sebelum kejadian tersebut. Saiful menghubungi IGP ketika itu, Tan Sri Musa Hassan."

Surendran berkata Saiful juga mengadakan beberapa siri pertemuan sebelum membuat laporan, termasuk dengan senator BN, Ezam Mohd Nor dan bekas atlet negara Mumtaz Jaafar pada 27 Jun 2008.

Surendran berkata Saiful menemui Rodwan di bilik hotel pada 24 Jun 2008 selepas pegawai polis itu memanggilnya dan kemudian dia bertemu dengan Najib.

Katanya, pertemuan itu tidak berlaku di lobi.

"Apakah mungkin atau tidak, ada rancangan yang telah diatur?" hujah peguambela.

Rancangan yang telah diatur itu juga turut dibangkitkan oleh Anwar dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh, kata peguambela itu.



4.10pm: Hakim Arifin memaklumkan mahkamah berihat seketika.

4.05pm: Ribut petir yang berlaku memaksa kumpulan pro-Anwar berteduh di bawah sebuah khemah besar yang didirikan di luar kompleks mahkamah.

Sekarang, jumlah mereka ialah sekitar 200 orang, berbanding 500 sebelum ini manakala kumpulan pro-Saiful telah beredar kira-kira sejam yang lalu.

Sekurang-kurangnya separuh anggota polis yang berkawal di kawasan itu juga telah beredar.

Sebilangan kecil penceramah yang diselaraskan oleh ketua penerangan AMK, Rozan Azen meneruskan ucapan.

Beliau juga mengingatkan para penyokong supaya berkumpul di dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum datang ke mahkamah pagi esok.

4.00pm: Bebannya, kata Gopal, adalah di pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya.

Peguam kanan itu berkata sabitan dari segi keadaan rayuan itu dibuat, menjadikannya tidak selamat.

Menurutnya, ia ditetap pada 12 dan 13 April di Mahkamah Rayuan, di mana ia telah ditetapkan di hadapan Hakim Aziah Ali semasa pengurusan kes.

Rayuan itu, katanya, didengar pada 6 dan 7 Mac dan Karpal meminta masa untuk penghujahan tetapi ia ditolak.

Menurutnya, ia adalah satu perbicaraan yang lama tetapi dalam keadaan ini, ia dijalankan, sabitan itu adalah tidak selamat.

Gopal selesai menyampaikan hujahnya.

3.45pm: Gopal berkata dalam membatalkan pembebasan atau penegasan pembebasan, mahkamah tertinggi itu harus campur tangan jika temuan itu adalah salah.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menyatakan Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai tetapi keterangannya terhadap orang lain, berbeza.

Menurut Gopal, ia tidak melalui pemeriksaan yang ketat dan telah berlaku salah laksana keadilan.

3.25pm: Menyentuh mengenai alibi Anwar, Gopal berkata anak guamnya telah memberikan notis alibi tetapi ditinggalkan pada perbicaraan itu, dan telah menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh.

"Apabila pihak pendakwa membuat rayuan, petisyen mereka tidak mengandungi alibi saksi," tambahnya.

Peguambela itu berkata rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar terutamanya berkaitan dengan DNA.

Beliau berhujah bahawa mahkamah rayuan melampaui tanggapan (notion) alibi ini di mana DPP berhujah mengenai kegagalan Anwar untuk memanggil seorang saksi alibi.


11.30 pagi: Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya, Selasa memberi kesan pada persidangan Dewan Rakyat.
Ini  kerana sekurang-kurangnya 20  ahli parlimen pembangkang turut berada di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
Antara ahli parlimen PKR diihat berada di Istana Kehakiman sejak pagi tadi, Mohamad Azmin Ali, Nurul  Izzah Anwar, Tian Chua, Datuk Johari Abdul, R.Sivarasa, Rafizi Ramli dan Shamsul  Iskandar Mat Akin.
Manakala ahli parlimen DAP pula adalah Lim Kit Siang, Nga Kor Meng, Ngeh Koo Ham,  Fong Kui Lum, Tan Kok Wai dan V.Sivakumar.
Turut serta Gobind Singh Deo dan Ram Karpal yang mewakili barisan peguam Anwar.
Setakat ini, ahli parlimen PAS tidak kelihatan di situ.
Timbul persoalan kenapa tiada ahli parlimen PAS yang selama ini taksub kepada Anwar hadir menyatakan solidariti kepada Ketua Umum PKR itu.
Untuk pengetahuan selain kes Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sedang berdepan perbicaraan saman fitnah RM2 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Beliau disaman kerana mengaitkan bekas calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin.
Keseluruhan ahli parlimen pembangkang seramai 88 orang selepas Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.
Dewan Rakyat masih lagi bersidang membahaskan Bajet 2015.

11.25am: Gopal berkata kelakuan Saiful tidak konsisten dengan seseorang yang telah diliwat 24 jam sebelumnya.
Katanya, Saiful bertemu dengan seorang pegawai polis (Mohd Rodwan) sebelum kejadian liwat itu, dan tidak ada sebab untuk Saiful menunggu selama dua hari sehingga dia membuat laporan polis.

11.10am: Pendengaran disambung semula dengan Gopal meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku..
Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.
Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.
“Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima),” tambahnya.

11.00 pagi: Tinjauan setakat jam 10 pagi tadi mendapati tidak ada seorang pun pemimpin PAS hadir untuk memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan pagi ini di Mahkamah Persekutuan.
Rata-rata yang hadir adalah pemimpin PKR dan DAP.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika ditanya hal itu berkata sokongan PAS dapat dilihat melalui penganjuran dua program malam tadi di Universiti Malaya (UM) dan Stadium Mini Subang Jaya.
“Malam tadi kita bersama-sama di Kelana Jaya dan Universiti Malaya. InsyaAllah hadir,” kata Azmin ketika ditanya hal berkenaan.
Bagaimanapun ia tetap menjadi persoalan memandangkan hanya Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sahaja yang hadir di program ‘Pidato Anwar 40 tahun : Dari UM ke Penjara’, malam tadi.
Bukan itu sahaja, Anwar juga diduga dengan kegagalan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang hadir pada mesyuarat terakhir pimpinan Pakatan Rakyat bagi memberikan sokongan kepadanya, pada petang Isnin.
Namun Hadi sendiri dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini. Mungkin juga seluruh kepimpinan PAS berkampung di Terengganu bagi menyatakan sokongan pada Hadi.
Hadi disaman Mohd Shamsul Mat Amin, atas kenyataannya yang seolah-olah menuduh calon PKR DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) itu terlibat dengan kegiatan menjual pil kuda.
Dalam pada itu, Azmin kekal dengan pendirian PKR bahawa Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa kezaliman undang-undang negara yang kononnya dikawal Umno-Barisan Nasional.
“Kalau kita lihat berdasarkan fakta Anwar tidak bersalah dan tidak perlu didakwa dari hari pertama. Ini konspirasi politik yang perlu dihentikan supaya Malahsia maju ke depan.
“Negara jiran seperti Indonesia juga ada krosisi politil pada tahun 1998 dahulu tetapi tetap maju ke depan.
“Mereka langsung tidak terlibat dengan hal-hal polituk kotor seperti ini. Mengambil contoh baru-baru ini apabila Jokowi menziarahi musuh politiknya Prabowo untuk mencari perdamaian. Ini yang sepatutnya dipelajari Umno-BN,” katanya ketika ditemui pemberita.
Keputusan kes Liwat II membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan akan diketahui pada Rabu ini.
Ini merupakan percubaan terakhir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk bebaskan dirinya daripada kembali meringkuk dalam penjara.
Anwar pada 1999 dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun atas tuduhan yang sama.
Namun pada Jun 2008, rakyat negara ini sekali lagi dikejutkan dengan dakwaan Saiful bahawa dirinya diliwat Anwar pada Jun 2008.

10.45 pagi: Pengamal media yang hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini melahirkan rasa kesal selepas hanya 18 agensi media dibenarkan membuat liputan perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata orang ramai disekat daripada mendapat laporan adil perbicaraan mahkamah ekoran hanya beberapa media bebas dibenarkan masuk.
“Apa motif hantar RTM untuk dengar perbicaraan? Mereka hanya benarkan satu agensi media antarabangsa.
“Saya tak curiga kerajaan mahu mengurangkan laporan yang mencemarkan institusi kehakiman. Ada dua atau tiga media online dibenarkan masuk, kita hanya bergantung kepada laporan mereka,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman.
Wartawan yang mula berhimpun di Istana Kehakiman hari ini kesal apabila hadir seawal jam 5.30 pagi, namun media terpilih sahaja dibenarkan masuk.
Difahamkan hanya AFP selaku media antarabangsa dibenarkan membuat liputan perbicaraan pada hari ini.

10.30 pagi: Gambar sekitar antara yang hadir di luar mahkamah untuk memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.


SUMBER: MK

Tektik BN takkan berakhir di sini.
Jika kes liwat gagal.
Anwar akan dipenjarakan atas akta hasutan!!



Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni