ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

ARTIKEL KAMI

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Saturday, September 5, 2015

Kisah Ustaz Kasanova yang mengahwini 11 GADIS dan mencuri duit Umrah





Biodata Ustaz Penipu Razis Bin Ismail



NAMA PENUH MOHD RAZIS BIN ISMAIL.


I/C NO. 821020-14-5185.


ALAMAT 90-17-2, APARTMENT PUTRA RIA, JALAN BANGSAR, 59200 KUALA LUMPUR (RUMAH IBU BAPA DIA).


PENIPUAN DIA :


(1) KAWIN DENGAN GADIS2 BAIK KEMUDIAN DITINGGALKAN (BERKAHWIN LEBIH DARI 11 ORANG - SUMBER DARI SIASATAN YANG DIBUAT).


(2) MELARIKAN DUIT ORANG NAK PERGI UMRAH MENGGUNAKAN SYARIKAT AL-FAJR & ZAHAFIZ


(3) MEMUNGUT DERMA UNTUK RUMAH ANAK YATIM DAN MAAHAD TAHFIZ YANG TAK PERNAH WUJUD...PERNAH MASUK PENJARA 2 KALI TAPI DIIKAT JAMIN OLEH KELUARGANYA.....


.....dari siasatan dan bukti2 dari balai polis, jabatan penjara, beberapa keratan akhbar tahun 2009...bukan fitnah tapi semua ada bukti...


Muka memang nampak baik...


BAGAIMANA DIA MENIPU UNTUK BERKAHWIN?


MODUS OPERANDI -


Berkenalan dengan wanita dalam masa yang singkat dan dilamar untuk berkahwin untuk mengelakkan maksiat.


Seterusnya berjumpa dengan keluarga wanita (merisik & bertunang) dengan membawa adik2 dia (yang turut bersubahat)


Bersama saudaranya dari Perak (sama ada turut bersubahat atau sebenarnya bukan saudaranya tapi diupah untuk menipu).


Akhirnya bernikah dengan membawa adik2nya dan saudaranya yang lain pula.


KENAPA IBU BAPANYA TIADA MASA HARI PERTUNANGAN & PERNIKAHAN?


Alasannya ibu bapanya dalam proses penceraian.


Katanya bapanya sangat garang dan tak mengizinkan ibunya untuk turut hadir atau ibunya akan dipukul (setiap alasan adalah berbeza dengan wanita2 lain).


PENDAFTARAN NIKAH DI PEJABAT AGAMA TIDAK MENGGUNAKAN SISTEM KOMPUTER TAPI SECARA MANUAL.


JADI PEMBOHONGAN STATUS BUJANG TIDAK DAPAT DIKESAN.


Setiap wanita yang dikahwininya akan ditinggalkan dalam tempoh masa tertentu.


____________

ADUAN MANGSA :


1 - Hasmariza Md Hashim :dulu dia ada ambik buku kat syarikat tempat saya kerja...


sudahlah buku tak dibayar, dia pula lesap entah ke mana..


tanya isterinya, dia pun tak tahu!


kemudian dia ada handle kursus kawin..


dah bayar..dia pulak lesap dengan duit tu!


mana-mana nakkan sijil meloponglah


2 - Fatonah Noordin : sblm ni razis ada guna fb baru untuk berkenalan dgn gadis2, iaitu,,,


pengemis kasih ilahi..namun 2minggu selepas itu, akaunnya telah didelete dan tak dapat kesan hingga skrg

(nyaris berkahwin dengan lelaki ini juga)


3 - Hanani Hamid : Saya kenal pemuda ini smasa tinggal di Tmn Cheras Indah, (dkat Tmn Shamelin Perkasa) sekitar thun 2003-2005.


Msa tu dia plajar tahfiz di masjid Tmn saya.


Dia mgjar anak2 sya mgaji swaktu lapang. Lost contact dlm stahun lebih, pastu dia dtg rmah knalkn isteri pd kmi skeluarga ( no idea isteri no brapa).


Slpas kmi pndah ke tempat bru, suami sy terkena dgn dia ( dia berhutang duit).


Hp dia xdpt dihubungi, sy cba call ofis dia - PPIM.


Staf disana cerita pasal dia yg bermasalah. & msa tu dia dh xkerja diPPIM).


Antara masalahnya ialah songlap duit org2 yg nk gi Umrah dan ada rnai isteri msa tu thun 2007.


L/ kurang stahun lpas tu, terbca dlm Harian Metro dia di tangkap, di dakwa dan dijatuhi hukuman, kalau xsalah atas tuduhan melarikan yuran peserta umrah.


Bila baca kisah dia di sini, xsangka pula masih belum setel permasahalahan dia ni, esp masalah kahwin cerai.


Saya berharap Mohd Razis Ismail, jika anda baca tulisan ini, bertaubatlah dan kembali kepada Allah.


Jgn gunakan nikmat wajah yg tampan pinjaman Allah itu ke jln maksiat atau dosa.


Jangan fitnahkan Islam dan ustaz2 yg ikhlas berdaawah krn Allah dgn apa yg telah anda lakukan.


Akhir sekali, saya beristigfatar dan memohon ampun dr Allah jka tulisan ini mdpt murkaNya.


Saya menulis atas alasn mengumpat yg dibolehkan dlm Islam iaitu mnceritakn keburukan seseorg pd org lain dgn harapan tiada lg yg jd mangsa dia.


Razis, akak minta maaf sekali lg dan kembalilah pd Allah sebelum Razis di jemput DIA utk meninggalkan dunia ini.


4 - Shahril AlFandani : Dia memiliki sijil Darul Quran palsu..pernah berkhidmat sebagai Imam 1 di Masjid Al-Azim Pandan Indah 2004...


Orang pandan banyak mengenali dia... Baru2 ni dlm bulan puasa dia kawin dgn org kedah hanya 3 hari je dapat duit terus belah...


5 - Yna Parera : pernah jmpe face to face.muke nmpak baik tp penipu..smga Allah bkk pintu hatinya untk brtaubt..


dy kawen ngn ank sdare a.ipr sy..bln 1 ary to.. dh to tggal gitu je isteri dy. tpn x dpt.senyap trus..


bla jdi g2 tpon kt pjbt agma.bru thu si lelaki prnh kwen.mse nk kwen ngn ank sdra a.ipr ngaku bujang..sdgkn isteri brderet2...


blh plok ckp.ada sdare mnggal..so mk ayh x blh dtg..tepat lak msenye..


agknye yg dtg mse bertunang .pelakon tmbhan..mmg pandai blkon la!!geramnya...


to la.mse ary brsnding,sorg dri dtg.mk yah x blh dtg sdre mnggl...


sbln je .psto trus ilgkn dri..ckp g situ sini.


last2 kol tpon trus x dpt smpai skrg.


6 - Mohamad Fazli Yusof : Semasa saya menyiasat beliau di Masjid pandan indah,KL, org masjid (jaw tinggi kat masjid) bgtau beliau dulu pernah jd Imam kat sini thn 2004.


Menurutnya, beliau dah direject oleh banyak masjid sekitar kl-selangor krna menggunakn sijil palsu, juga diberitahu beliau ada menyeleweng wang Tahfiz beratus ribu nilainya,


beliau juga dikatakan bernikah dgn gadis kolej dan meninggalkan gadis tersebut.


-->>Mohamad Fazli Yusof : Bulan lepas adik saya siasat beliau kat Kg Baru,KL...


beliau pernah tinggal disana dulu, pegi tanya org kg, baru je sebut nama beliau org kg terus maki hamun beliau, katanya beliau dah kahwin 11x...


org kg siap nyumpah ke dia mati nanti dlm longkang je xde org layan, bayangkan bro umur baru 30 dah kahwin 11x... Ape citer bro...


(Komen bwh pic ni : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4613807984429&set=a.4238798769433.2176034.1269434289&type=1&theater&notif_t=like)


7 - Ustaz Ridhuan Mohd Noor pun dah terkena :(komen bawah pic ni)


"Ustaz Riduan Mohd Nor hihi....aduyaiii...geram rasa...ana setuju yg kena buat report,,jgn diam..nanti kesian yg lain"


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=486241068077435&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&type=1&relevant_count=1


8 - Mohd Nazri : Ana penah kena dgn dia jgk..hampir 5 ribu utk kos rawatan sdangkan bru 2x rawatan..hmm..


Moga Allah buka pintu hati dia.. (komen bawah pic ni)


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=486241068077435&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&type=1&relevant_count=1


9 - Ieda Ismail : Kwn aku si 'Mrzroe Kambeng' ni la..kene tipu smpai nk dekat 10k.. tanya dia kalo nk taw citer..aku cuma tolong bg link je..hehe


Mrzroe Kambeng : Ada org bodo kena tipu lagi dgn razis ke? (komen bawah post ni)


https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/posts/452572528120078


10 - Arza Azriq : Dia ni mmg giler!!..1 of my neighbour ustazah kawin ngn dia...


masa mak perempuan x setuju beria2 pujuk mintak nk kawin..then bila dh kawin dia tinggalkan mcm tu...


skrg ni bini dia tu dlm pantang beranak kembar...x penah balik since mengandung sampai skrg...


mintak cerai x penah dtg mahkamah..ni mmg bapak segala penipu!!..Eeee...bodoh!!!..


(Komen bawah post ni :


https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/posts/486235528077989)

_____________

Fb lelaki ini:


https://www.facebook.com/profile.php?id=100004375505480


*Nasihat admin,gadis2 atau janda2 yang pernah,sedang atau akan terjatuh hati dengan dia,tolong angkat balik hati anda tu bawa lari jauh2...


*Gara-gara orang macam nilah yang membuat gelaran 'ustaz' tercemar.Menggunakan agama untuk mengenakan orang lain.


Ps : Moga kita, dibawah lindungan Allah sentiasa.

Monday, August 24, 2015

Stacy AF Masuk Islam? Ini cerita sebenarnya ..





Dalam kemaskini terbaru di laman sosial, seorang peminat telah memaklumkan yang penyanyiStacy AF telah selamat memeluk agama Islam baru baru ini. Beliau hadir ke jabatan agama Islam ditemani ibunya bersama kekasih yang juga selebriti, Akim Ahmad.

Stacy AF juga dikhabarkan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau. Tahniah dan selamat datang kepada saudara baru kita jika berita ini benar.


Sunday, August 2, 2015

PENDEDAHAN : Mukhriz Mahathir mengaku rambutnya botak kerana disumpah bapanya sendiri!








DAULAT SEORANG AYAH

Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.

Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.

Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.

Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!




Ikan tuna yang dibekukan hingga -60*C diexport keluar dari terminal perikanan LuHaiFeng di Qingdao, China. Kedah Int’l Fishery Terminal (KIFT) bakal menyusul.

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH

Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.

Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.

Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.

Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!



HIJRAH

Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.

Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat – atau misi kata orang Kedah – wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.

Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.



Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Iskandar, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.

Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.



Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.

Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.

Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik – saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.

Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari. Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.



MRSM DAN JEPUN

Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan. Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.

Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.

Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.

MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.




Auctioning of tuna happens at Tsukiji Market, Tokyo everyday of the week except Sun & Weds, and except one Wed of the month….today! Lucky!

Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah. Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.



Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam. Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.




Melawat bendang padi & gandum di Mie Agri Research Institute, Jepun. Tengok bendang pun pakai baju kot & tali leher!

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah. Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.

Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya? Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.



POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya. Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan. Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.

Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah – kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.



Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.



INTEGRITI

Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh”.

Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”

Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”

“Bila nak berhenti?” tanya ayah.

“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.

“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.

“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.



SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.

[Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!]

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.



Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015

1MDB: Timb pendakwa raya pula ditahan







Seorang timbalan pendakwa raya ditahan awal pagi tadi berhubung siasatan 1MDB, kata sumber.

Difahamkan, penahanan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah cubaan untuk mendatangkan ketakutan dan halangan terhadap siasatan kerana bukti terhadap dalang yang melakukan perbuatan berkenaan kuat," kata sumber yang enggan didedahkan itu.

Berdasarkan perkembangan semasa, sumber itu berkata, mereka tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan dibuat.

Pagi tadi bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergelar Tan Sri dan seorang pegawai dari Pejabat Peguam Negara sudah ditahan.

Mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan hakim memberi kebenaran supaya kedua-dua individu diremah sehari.


, kedua-dua individu itu disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung tuduhan terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi.

Sementara itu polis menghabiskan masa hampir dua jam - sejak 8 malam tadi - membuat carian di Bahagian Operasi Khas SPRM di Presint 3 Putrajaya.

Sebelum itu penyiasat berkunjung ke rumah timbalan pendakwa raya tersebut yang terletak di Presint 11.

Di situ sumber berkata, penyiasat mengambil beberapa dokumen dan komputer riba.

Bahagian itu adalah unit yang bertanggungjawab dalam siasatan terhadap isu 1MDB.

Thursday, July 30, 2015

MH370: Dr. Mahathir Dakwa CIA Rampas Pesawat!





Dalam tulisan di blog beliau www.chedet.cc, Dr Mahathir turut menyuarakan rasa tidak puas hati kerana penyembunyian fakta itu, Malaysia dan MAS yang terpaksa berhadapan dengan segala kritikan dan dipersalahkan.

“Ada pihak yang sedang menyembunyikan sesuatu, tidak adil kerana MAS dan Malaysia yang kini menerima segala tuduhan,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut beranggapan ia hanya membuang masa dan wang untuk pasukan mencari terus mencari serpihan pesawat atau mendengar isyarat ‘ping’ kerana ia bukan kejadian biasa.

“Pesawat itu ada di satu lokasi, kemungkinan besar tanda-tanda ia milik MAS seperti logo MAS sudah pun tiada,” katanya dalam blog berkenaan.

Beliau turut memetik satu artikel menarik di laman web Flightglobal.com berkenaan satu paten sistem anti-keganasan yang membolehkan pesawat didaratkan secara automatik jika sesebuah pesawat penumpang dirampas dan artikel itu ditulis oleh John Croft.

Boeing, menurut artikel itu menerima paten untuk satu sistem yang jika diaktifkan akan membolehkan pihak di darat mengambil alih semua kawalan pesawat sedang terbang dan secara automatik akan mendaratkan pesawat ke landasan tertentu.

Sistem itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sistem pengesan atau pun dari alat kawalan jauh menggunakan radio atau satelit oleh agensi risikan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) jika dikesan ada cubaan pengganas mengawal pesawat itu.

Menurut Dr Mahathir, Boeing mesti menjelaskan berkenaan sistem ini.

“Saya tidak boleh membayangkan seorang juruterbang melakukan pendaratan di dalam air secara sempurna kemudian secara senyap tenggelam bersama-sama pesawat itu.

“Atas sebab tertentu, media tidak akan mengeluarkan laporan yang menyebut tentang Boeing dan CIA, saya harap pembaca blog ini akan menyedarinya,” kata beliau.

MH 370 sudah dijumpai juga di Pulau Reunion !



Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014. Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi.

Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan. "Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan," katanya kepada The Telegraph. "Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370. "Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370.



 "Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan," katanya. Kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 orang di dalamnya membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan. Beberapa teori muncul mengenai pesawat termasuk pesawat itu mendarat di Diego Garcia atau terbang menuju ke Korea Utara.

 Bagaimanapun, Tytelman percaya bahawa lokasi di Lautan Hindi adalah lebih logik bagi serpihan pesawat itu dihanyutkan. "Polis Perancis kini sedang menyiasat dan Australia yang mengetuai pencarian itu turut berminat. Kami tidak tahu berapa lama untuk mendapatkan pengesahan atau sebaliknya. Tapi ini adalah satu perkembangan yang menarik minat," katanya.

Tytelman dalam blognya berkata, gambar-gambar serpihan itu mencetuskan minat yang signifikan dalam laman web AvGeek - forum tertutup di kalangan juruterbang. Katanya, banyak perbincangan mengenai bahagian kod pada serpihan berkenaan iaitu BB670. "Kod itu bukan nombor plat pesawat atau pun nombor siri peralatan mesin. "Tapi jika sayap itu milik MH370, adalah jelas bahawa rujukan itu akan dapat dikenalpasti. Dalam beberapa hari lagi kami akan dapat jawapan yang muktamad," katanya. - The Telegraph

Wednesday, July 29, 2015

Balai Polis Bukit Aman Terbakar ! LIVE UPDATE








Sunday, July 26, 2015

Bukan 1MDB yang akan buat Malaysia BANKRAP tapi perjanjian ini !



Assalamualaikum...

Perjanjian " Trans-Pacific Partnership Agreement " ( TPPA ) mungkin akan dimeterai pada October 2013antara kerajaan Malaysia dan sekumpulan negara-negara lain - USA, Canada, Australia, New Zealand, Brunei, Chile, Peru, Mexico, Singapore dan Viet Nam.

Ciri-ciri  TPPA :
1. Semua perbincangan dibuat secara RAHSIA dan semua TEKS perbincangan adalah RAHSIA.
2. Ia akan TERUS MENJADI RAHSIA selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai.

Saya ulangi - kita hanya akan tahu RUPA & BENTUK perjanjian ini hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017 .. WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.

Aikkk ! Tak pelik ke? Pasal apa pulak nak sembunyi-sembunyi?

Nak buat sesuatu yang SANGAT BESAR KESANNYA pada RAKYAT dan NEGARA, tanpa mengambil pandangan daripada RAKYAT.





ADA 3 KESAN BESAR TTPA kepada kita semua, jika dimeterai :

1. Hampir 80% jenis ubat di klinik, farmasi dan hospital akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1,000% kali ganda harga sekarang . Ini kerana Malaysia tidak lagi boleh menggunakan ubat GENERIK. Wajib menggunakan ubat PATENTED ( orginal ). Rentetannya kos perubatan untuk semua pesakit meningkat dan perlu ditanggung oleh pesakit atau subsidi ditanggung kerajaan. Pada masa yang sama, bayaran PREMIUM POLISI INSURAN akan juga meningkat.

2. Peruntukan Copyright kepada BAHAN-BAHAN RUJUKAN akan dilanjutkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah di-digital-kan, yakni yang berada sekolah, universiti, kolej, pusat penyelidikan, Internet dan library, akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini bermakna semua bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa. Penguatkuasaan dan saman akan diperkuatkan. Ini akan menghadkan kemudahan ilmu kepada pengguna yang kurang kemampuan.

3. Semua PELABUR ASING boleh saman KERAJAAN di mahkamah tribunal antarabangsa untuk gantirugi jika KERAJAAN mengambil tindakan mengazetkan undang-undang yang dilihat mengancam keuntungan mereka. PELABU ASING juga bebas daripada semua bentuk PERUNDANGAN FEDERAL dan NEGERI. Ini termasuklah tindakan-tindakan KERAJAAN untuk melindungi kesihatan pengguna, tindakan yang meningkatkan kesedaran rakyat terhadap apa-apa jua dan tindakan melindungi alam sekitar. Perlu tahu bahawa HAKIM dan PETUGAS Mahkamah Tribunal Antarabangsa plihan TPPA adalah daripada kalangan lawyer SEKTOR SWASTA yang pro-investor.

Contoh saman yang telah berlaku dan dimenangi oleh PELABUR ASING akibat perjanjian :
1. Kerajaan Kanada telah mengharamkan penggunaan MMT di dalam semua jenis minyak untuk kenderaan kerana bahan yang keluar dari eksos ini akan beredar dalam udara ini ditakuti memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Syarikat Multinasional Amerika ETHYL CORP, selaku pengeluar eksklusif MMT, telah menyaman kerajaan Kanada sebanyak C$350juta untuk bakal kerugian. Syarikat ini telah menggunakan KLAUSA  ARTIKEL 1110 dalam perjanjian NAFTA di dalam tribunal. Akibatnya kerajaan Kanada telah kalah dan membayar out-of-court sebanyak C$19.5juta kepada Ethyl Corp dan kerajaan Kanada wajib mengistiharkan bahawa MMT selamat untuk alam sekitar dan selamat untuk manusia. Artikel penuh : http://www.cela.ca/article/international-trade-agreements-commentary/how-canada-became-shill-ethyl-corp

NOTA : MMT ialah octane enhancer untuk minyak kenderaan. MMT telah diharamkan di California dan hampir semua wilayah di Pantai Timur Amerika. Hampir 85% pengeluar minyak di Amerika enggan menggunakan MMT kerana ada alterntif lebih selamat. Namun akibat PERJANJIAN, kerajaan KANADA terpaksa menghalalkannya seumur hidup.

2. Kerajaan Ecuador telah disaman sebanyak $US2.4 billion oleh Occidental Petroleum ( Oxy - syarikat minyak Amerika ) kerana telah terminate perjanjian pengeluaran minyak di kawasan Amazon Ecuador. Dalam kes ini, Oxy telah jelas memungkiri perjanjian dengan Kerajaan Ecuador kerana telah menjual sebahagian besar sahamnya kepada syarikat Kanada secara diam-diam. Kemungkiran ini menjadi jelas setelah diaudit pada tahun 2004, lalu kerajaan Ecuador mengambil tindakan untuk terminate perjanjian kerana menjejaskan hasil-mahsul kerajaan. Namun begitu, Oxy telah menggunakan perjanjian dua-hala BIT ( US-Ecuador Bilateral Investment Treaty ) dan membawa hal ini ke Tribunal Antarabangsa yang jelas pro-investor. Artikel penuh :

NOTA : Syarikat Memungkiri Janji + Kerajaan Mengenakan Peruntukan Perjanjian = Kerajaan Terpaksa Membayar US$2.4billion kerana tidak adil. Bagi saya, formula ini cukup merepek kerana seolah-olah SYARIKAT PELABUR ASING lebih berkuasa dan meletak kedaulatan sesebuah kerajaan ditahap sangat rendah dan hina.



Bahagian  PERJANJIAN TPPA yang berbahaya untuk rakyat Malaysia

Bahagian yang paling berbahaya ialah Investment Chapter, Section B. Semua negara terlibat telah bersetuju dengannya tetapi Australia telah MENOLAKnya bulat-bulat. Provision ini seolah-olah memberi KEDAULATAN kepada mana-mana PELABUR dan SYARIKAT ASING membuat sesuka hati dan bebas daripada sebarang perundangan domestik negara yang dilaburnya. 2 contoh telah saya berikan di atas di mana PELABUR ASING TETAP menang jika mana-mana negara bertindak dalam perundangan domestik untuk menjaga keselamatan pengguna dan keselamatan pelaburan kerajaan.

Lihat kebimbangan Australia di sini yang dikeluhkan oleh Fair Trade Network di sana : http://www.citizen.org/documents/AFTINET-TPP-letter.pdf

Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan 11 klausa dari Chapter tersebut. Ini amat membimbang. Kalau Australia boleh menolak, kenapa kita tak boleh tolak? Baca lebih lanjut di sinihttp://ftamalaysia.org/article.php?aid=292 .

Lihat sendiri kebimbangan rakyat New Zealand dengan TTPA di sini http://www.scoop.co.nz/stories/PO1212/S00273/tppa-will-remove-consumer-rights.htm dan mereka sedang menekan kerajaan untuk lebih telus disini http://www.itsourfuture.org.nz/what-is-the-tppa/

Hantu paling besar dalam perjanjian TPPA ialah syarikat Farmasi Antarabangsa.

Lihat bagaimana Vietnam terpaksa tukar perundangan mereka kerana TPPA : http://www.citizen.org/tppa-vietnam-summary dan akibatnya akan meningkatkan KOS PERUBATAN untuk rakyat.

Dan ini ialah Press Release oleh Persatuan-Persatuan Perubatan  dan Kesihatan di Malaysia yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai TPPA : http://www.citizen.org/documents/Joint-Statement-Against-TPPA-Access-to-Medicines.pdf

Pandangan saya

Jangan lalai dan leka dok melayan permainan kaum politik BN dan PR. Sambil kita semua sibuk dok bergaduh sesama sendiri pasal politik, negara kita terjual dan tergadai oleh mereka.

Dah lah kita terkodong dari Pulau Batu Putih, ini pula meletak risiko TPPA terhadap kedaulatan negara dan menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia.

Rakyat miskin akan jadi semakin miskin, yang kaya akan bertambah-tambah kaya. Akibatnya 1% akan mengawal 99% kekayaan Malaysia. Hasilnya kita akan harungi kesusahan sepertimana yang diharungi oleh rakyat negara-negara lain.

Sila perihatin terhadap hak generasi akan datang - iaitu anak-anak dan cucu-cucu kita. Mereka memerlukan tindakan kita yang waras dan tegas terhadap TPPA ini. Mereka akan mengenang usaha kita yang ikhlas dan kita mendapat pahala yang berterusan.

BACA SETERUSNYA:Kematian Tuk Guru Nik Aziz Adalah Tanda- tanda Kiamat ?

BACA SETERUSNYA:ADAKAH INI LUBANG YANG DIKOREK YAKJUJ MAKJUJ?

BACA SETERUSNYA:ULAMA MALAYSIA MIMPI JUMPA IMAM MAHDI !!! JANGAN BACA KALAU ANDA TAK BERIMAN !!


Buat permulaan, tingkatkan pengetahuan kita supaya bijak memilih dan membuat keputusan. Bacalah link-link yang telah saya unjurkan dalam artikel ini dan juga di sini : http://ftamalaysia.org

Semoga pembaca mendapat manfaat dunia dan akhirat. Ambil tindakan yang waras dan tegas.



22 Penyebab utama Malaikat jijik untuk memasuki rumah kita. No 13 tu hampir semua orang ada.





Antara Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda

1- Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3- Rumah yang memelihara anjing.

4- Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5- Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Mari kongsikan…

BACA SETERUSNYA:Kematian Tuk Guru Nik Aziz Adalah Tanda- tanda Kiamat ?

BACA SETERUSNYA:ADAKAH INI LUBANG YANG DIKOREK YAKJUJ MAKJUJ?

BACA SETERUSNYA:ULAMA MALAYSIA MIMPI JUMPA IMAM MAHDI !!! JANGAN BACA KALAU ANDA TAK BERIMAN !!

Sunday, May 3, 2015

Myvi Lumba Haram - Korang Telah Menyebabkan Anak Buah Aku Jadi Yatim Piatu!!!



Sebelum ini kami naikkan artikel mengenai Kemalangan  3 Maut Bayi Berusia 6 Bulan Tercampak Keluar Akibat Berlumba Haram.

Dalam kejadian membabitkan 6 buah kereta produa myvi dan sebuah pajero. Diberitahu sumber mengatakan 6 buah perodua myvi berlumba secara haram di lebuh raya duke dari arah Damansara dan salah sebuah daripadanya melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa kereta pajero tersebut tercampak keluar dari kereta.

Pasangan Suami isteri bernama Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya pula, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala











Kejadian tersebut berlaku ketika  pajero yang dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri - Kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan

Jesteru itu “Mengakibatkan Pajero tersebut berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.

Manakala di kejadian yang sama pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL. dan sebuah lagi Myvi yang memandu di lorong sebelah kiri tidak mengalami sebarang kecederaan

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957

Facebook Page Familia Myvi Club Diserang Pengguna Facebook




Oleh demikian jika diperhatikan di link Page Familia Myvi Club kesemua komen orang ramai dalam keadaan marah dengan kemalangan maut tersebut telah ‘menyerang’ laman facebook rasmi kumpulan tersebut dan mendesak pemandu-pemandu yang terlibat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.




Walaubagaimanapun salah seorang daripada ahli kelab Page Familia Myvi Club tampil dan mengatakan apa yang tersebar di media sosial adalah tidak benar. Beliau juga mengatakan beliau berada di kawasan kemalangan maut tersebut sewaktu kejadian. - yana wakil daripada FMC







“Korang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu…”




Komen ini ditulis salah seorang daripada keluarga mangsa. Tidak dapat digambarkan bagaimana keadaan nasib yang mendatang kepada 2 orang lagi anak Arwah.
Semoga arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah
- See more at: http://www.oomedianetwork.cc/2015/05/myvi-lumba-haram-korang-telah.html#sthash.B2y5f7UJ.dpuf

Tuesday, April 28, 2015

(TERKINI) Penduduk Cemas Letusan Gunung Berapi di Chile Mengeluarkan Asap Berbentuk Malaikat Maut.



Izrael?

Bukan kami yang cakap, media-media Chile yang cakap.
Tengok sendiri gambarnya di sini.





Video pun ada.




Gambar edit ke betul?

Sekarang ini orang Chile sibuk sape debu gunung berapi di rumah masing-masing lagi daripada peduli cerita ini betul ke tidak.

Saturday, April 4, 2015

7 Cara Genius Untuk Lari Dari GST



(Gambar hiasan. Tiada kaitan dengan mana-mana menteri sama ada yang hidup atau mati)

1. Beli barang di MYDIN.



MYDIN untung RM300 juta sebulan. Dia sanggup guna 15 juta dari untung itu untuk serap kos barangnya. Orang macam ni yang patut kita sokong.

2. Makan KFC hari hari.


KFC tak kena GST. Dia ada SST. Harga tak naik, tapi tak turun jugak. Makanlah kalau mampu.

BACA SETERUSNYA: 7 Perkara Yang Anda Tidak Sangka Kena GST, No. 6 Memang Tak Patut!


3. Makan kereta hari hari


Harga kereta turun banyak. RM 1000- RM3000 rangenya. Bersyukur sangat. Memang beli kereta hari-hari pun!

4. Minum petrol hari-hari.



Order Milo Ais segelas pun dah RM2 lebih. Baik telan petrol, RM 2 tu boleh dapat seliter. Tak kena GST pulak tu.


5. Mula pakai lilin di rumah, wifi tapau mamak.


Elektrik kena GST tau. 300 unit pertama sahaja dikecualikan. Simpan 300 unit pertama tu untuk keadaan terdesak saja. Berak malam malam misalnya.

6. Jangan baca buku, rebus buku buat ulam.



Berita baik untuk student berita tak baik untuk pekerja macam kita ni. Buku tak kena GST. Dengar kata minum air rebusan buku boleh pandai. Tak ada yang nak cuba?

7. Jangan tinggal di Malaysia. Duduk atas bulan kalau tak mahu bayar cukai.





Tak lawak kan? Menteri yang cakap, bukan kami. Nak duduk atas bulan macamana kalau wanita datang bulan pun kena GST !

8. Jangan pangkah BN, pangkah bebas, atau buat undi rosak.



Sekarang Tun M pun dah mula buka mulut. Tahu tak kenapa kerajaan boleh buat ikut suka hati macam ini? 1MDB? Jet baru? GST? Sebab dia tahu walau apapun dia buat kat kita, ada juga ramai yang nak undi dia PRU 14 ini. Melayu kan mudah lupa. :p




7 Perkara Yang Anda Tidak Sangka Kena GST, No. 6 Memang Tak Patut!




Secara rasminya negara Malaysia sudah mengikut jejak langkah negara maju lain untuk mengenakan cukai GST sebagai menggantikan cukai SST yang ada sejak sekian lama. Beza SST dengan GST ini mudah, di dalam SST cukai hanya dikenakan kepada beberapa perkara sahaja tidak yang lain tetapi di dalam GST cukai dikenakan kepada semua perkara kecuali beberapa perkara yang dinyatakan tidak sahaja.

Tapi perkara yang berikut ini memang tak patut dikenakan cukai. Anda setuju?

1. Tuala wanita



Tiap2 bulan wanita ada period dan tiap2 period anda itu, kerajaan letak cukai. Anda sebagai wanita tidak boleh tidak untuk elak. Takkan nak pakai sabut pulak kan? Ha ha.


2. Parking kereta


Kehidupan di banda semestinya anda menggunakan khidmat parking kereta, Takkan kereta anda nak balut2 simpan dalam beg pulak kan. Lepas ni naik helikopter je la parking atas bangunan.


3. Tandas awam



Yang ni memang tak logik. Anda nak buang air? GST! Cukai! Sakit kepala bila fikir2 apalah nasib orang Malaysia ni. Nasib baik Tuhan tak kenakan cukai untuk oksigen di udara..


4. Topup prepaid



Nak call dan sms yang tersayang? Guna 3G? Whatsapp yang menjadi keperluan hidup di masa kini? Pun kena cukai. Sejak anda lahir di hospital di Malaysia ini, anda telah dikenakan sumpahan GST hingga akhir hayat anda! Tapi topup ni ada kisah menteri yang flip-flop. Siapalah undi beliau ni..


5. Maggi mee segera



Pak menteri kata orang kaya je kena GST, tapi maggi ni orang bujang, rakyat bawahan yang makan Tok! Aduhai nasib ku, sabar ajelah.


6. Kasih sayang



Kesian orang muda zaman ni. Dahlah banyak yang menipu dan ambil kesempatan. Yang ikhlas pun kena GST! Kahkahkah.


7. Panadol



Sakit kepala fikir pasal GST ni. Eh, nak pergi beli Panadol lah. Panadol pun kena GST! Bertambah sakit kepala ku. Susu anak tak beli lagi ni.

Kongsi pengalaman anda dengan GST dengan kami!

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni