(Gambar hiasan. Tiada kaitan dengan mana-mana menteri sama ada yang hidup atau mati)
1. Beli barang di MYDIN.
MYDIN untung RM300 juta sebulan. Dia sanggup guna 15 juta dari untung itu untuk serap kos barangnya. Orang macam ni yang patut kita sokong.
2. Makan KFC hari hari.
KFC tak kena GST. Dia ada SST. Harga tak naik, tapi tak turun jugak. Makanlah kalau mampu.
BACA SETERUSNYA: 7 Perkara Yang Anda Tidak Sangka Kena GST, No. 6 Memang Tak Patut!
3. Makan kereta hari hari
Harga kereta turun banyak. RM 1000- RM3000 rangenya. Bersyukur sangat. Memang beli kereta hari-hari pun!
4. Minum petrol hari-hari.
Order Milo Ais segelas pun dah RM2 lebih. Baik telan petrol, RM 2 tu boleh dapat seliter. Tak kena GST pulak tu.
5. Mula pakai lilin di rumah, wifi tapau mamak.
Elektrik kena GST tau. 300 unit pertama sahaja dikecualikan. Simpan 300 unit pertama tu untuk keadaan terdesak saja. Berak malam malam misalnya.
6. Jangan baca buku, rebus buku buat ulam.
Berita baik untuk student berita tak baik untuk pekerja macam kita ni. Buku tak kena GST. Dengar kata minum air rebusan buku boleh pandai. Tak ada yang nak cuba?
7. Jangan tinggal di Malaysia. Duduk atas bulan kalau tak mahu bayar cukai.
Tak lawak kan? Menteri yang cakap, bukan kami. Nak duduk atas bulan macamana kalau wanita datang bulan pun kena GST !
8. Jangan pangkah BN, pangkah bebas, atau buat undi rosak.
Sekarang Tun M pun dah mula buka mulut. Tahu tak kenapa kerajaan boleh buat ikut suka hati macam ini? 1MDB? Jet baru? GST? Sebab dia tahu walau apapun dia buat kat kita, ada juga ramai yang nak undi dia PRU 14 ini. Melayu kan mudah lupa. :p
Post a Comment