ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

ARTIKEL KAMI

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Saturday, September 12, 2015

13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI







1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.

Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.

Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.

Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.

Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.

Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.

Suami akan gembira bila seleranya ditepati.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.

Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.

Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.

Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.

Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.

Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.

Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.

Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.

Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.

Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.

Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut

Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.

Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai

Saturday, September 5, 2015

Kisah tragik bayi comel Syria yang terdampar di pantai Turki





LIHAT senyuman manis si cilik berbaju kuning itu (gambar bawah), yang ceria bergaya di sebelah abangnya semasa gambar aksi bersahaja mereka dirakam.

Siapa sangka si comel ini bakal menempuhi perjalanan penuh onak berduri, hanya untuk menemui ajalnya dengan cara yang begitu menyayat hati?

Gambar jenazah Aylan Kurdi yang ditemui dengan wajahnya tertangkup di atas pasir di tepi pantai berdekatan sebuah resort di Bodrum, Turki, pada 2 September 2015 telah mencetuskan impak yang besar kepada jutaan masyarakat dunia.

Berpakaian t-shirt merah dan seluar biru, mangsa yang berusia 3 tahun dari bandar Kurdish-Syria itu dipercayai antara 12 pelarian yang cuba memasuki negara Greece, namun lemas apabila bot dinaiki mereka karam.



Jenazah abangnya yang berusia 5 tahun juga dilaporkan ditemui tidak jauh dari lokasi Aylan ditemui.

Persoalannya, siapakah Aylan Kurdi? Bagaimanakah kanak-kanak sekecil ini menemui pengakhiran hayatnya dengan cara yang sungguh menyayat hati?

Kedua-dua kanak-kanak lelaki dan ibu mereka Rehan, 35, mati lemas apabila perahu kecil penuh sesak yang dinaiki mereka terbalik cuma satu jam selepas ia meninggalkan kawasan Akyarlar di Semenanjung Bodrum akibat ombak besar.

Bapa kepada dua kanak-kanak itu, Abdullah, merupakan salah seorang mangsa yang terselamat daripada tragedi tersebut.

Beliau berada di laut selama tiga jam sebelum diselamatkan oleh pengawal pantai Greece. Dia cuba untuk menarik keluarganya, namun gagal untuk menyelamatkan mereka apabila pegangannya terlepas.



Dari Manakah Mereka Datang?

Keluarga Kurdi, yang terdiri daripada suku kaum Kurdish, telah melarikan diri daripada konflik peperangan militan IS di Syria.

Abdullah Kurdi, yang dilaporkan bekerja sebagai tukang gunting rambut di Damsyik, difahamkan telah membayar €4,000 (RM18,938) kepada pemilik bot kecil itu untuk bawa keluarganya keluar daripada Syria dan menuju ke Eropah.

Menurut wartawan daripada bandar Kobane, Mustafa Ebdi, keluarga itu telah beberapa kali cuba untuk melarikan diri daripada kekejaman rejim peperangan Assad.

Katanya: “Mereka tinggalkan Damascus pada tahun 2012 dan pindah ke Aleppo. Namun apabila konflik beralih ke situ, mereka sekeluarga membawa diri ke Kobane, sebelum bergerak ke Turki apabila keganasan mula tercetus di kawasan tempat duduk mereka pula.”



Rancangan Untuk Mulakan Hidup Baru Di Kanada

Kakak Abdullah Kurdi, Teema, tinggal di Vancouver, Kanada, di mana keluarga itu bercadang untuk mulakan kehidupan baru.

Usaha Teema untuk membolehkan ahli keluarganya pindah ke Kanada gagal apabila permohonan visa pelarian yang dibuat Jun lalu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa Kanada atas sebab mereka merasakan pelarian di Turki tidak berada di dalam lingkungan bahaya.

Namun, harapan keluarga ini untuk hidup aman bahagia di tempat baru punah-ranah sekelip mata.

“Pada hari kejadian, saya dikejutkan dengan sebuah panggilan telefon daripada adik ipar saya, yang memberitahu bahawa beliau baru sahaja bercakap dengan Abdullah.

“Dalam panggilan telefon itu, Abdullah hanya menyatakan.’Isteri dan dua anak lelaki saya sudah tiada’,” cerita Teema.



Tragedi yang meragut dua nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa ini berjaya membuka mata penduduk dunia terhadap ketidakadilan yang berlaku akibat peperangan di Syria.

Netizen serta artis dari seluruh dunia kini memberi penghormatan terakhir kepada Aylan melalui lukisan gambar yang menyentuh hati di bawah hashtag #KiyiyaVuranInsanlik, atau #HumanityWashedAshore.

Sementara itu, Abdullah berkata dia bercadang untuk mengambil mayat keluarganya kembali ke kampung halaman mereka di Kobane untuk menjalankan upacara pengkebumian.

Bagaimanapun dia masih buntu macam mana untuk membawa jenazah ahli keluarganya pulang atas faktor jarak yang begitu jauh. – MYNEWSHUB.CC

Sunday, August 2, 2015

SKMM boleh sekat Sarawak Report, sekatlah juga laman-laman porno!






SURAT PEMBACA. 

Kontroversi 1MDB yang didedahkan Sarawak Report nampaknya memberikan kesan besar kepada kestabilan negara.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menyekat laman web Sarawak report di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia disekat kerana boleh menjejaskan kestabilan negara.


SERTAI KEMPEN BANTAH TPPA DI LAMAN WEB WWW.JANGANJUALNEGARA.COM

Selaku pengguna internet, saya akur dengan kuasa yang dimiliki SKMM dalam menyekat mana-mana laman web yang dirasakan telah melanggar undang-undang.

Apa yang menjadi perhatian saya ketika ini ialah kebanjiran laman-laman porno yang boleh diakses dengan mudah oleh rakyat negara ini.

Bukankah laman-laman porno juga salah satu ancaman terhadap kestabilan negara? Ia merosakkan jati diri rakyat negara ini.

Dengan kuasa yang ada, SKMM sepatutnya lebih rancak menyekat laman-laman itu tanpa menunggu sebarang laporan oleh orang awam dan pengguna internet.

Untuk maklumat SKMM juga, laman youtube juga mempunyai video-video lucah yang boleh diakses dengan mudah.

Mengapa tiada sekatan terhadap video-video itu?

Begitu juga di facebook dan twitter, terdapat banyak akaun yang berunsur pornografi yang menyiarkan bahan-bahan yang bercanggah dengan agama dan undang-undang negara.

Selaku rakyat prihatin, saya mahu pihak SKMM menyekat semua akses kepada unsur-unsur pornografi kerana kuasa berada di tangan anda.

Tidak perlu menunggu sehingga laporan-laporan dibuat oleh pengguna terhadap setiap laman itu. Tekanlah butang carian di google, youtube, facebook, twitter dan lain-lain dengan menggunakan kata carian berunsur porno, maka anda akan melihat jutaan hasil carian anda. Dari situ, sekatlah mereka satu persatu!

Lelaki Ini Berkongsi Sindiket Penipuan Kerja Petik Buah Di Australia




Hal ini disampaikan sendiri oleh mangsa sendikit iaitu sekumpulan rakyat Malaysia yang kami jumpa sewaktu kami melalui daerah Robinvale, Australia pada penghujung April lalu. Walaubagaimanapun mereka yang menyampaikan kisah ini tidak mahu namanya dipaparkan oleh pihak kami.
Tujuan kami membongkarkan sendikit ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang berhasrat untuk bekerja disana melalui cara yang dipaparkan ini. 


Ramai yang menerima mesej melalui whatsapp, melalui email, melalui mulut kawan-kawan, saudara-mara berkenaan peluang pekerjaan kerja petik buah di Australia yang mana di gembar-gemburkan bergaji mewah hinggakan mampu mencecah RM3,000 ++ seminggu dan mampu mencecah RM15,000++ sebulan. Kes scam petik buah di Australia ini bukan saja melibatkan golongan peringkat pendidikan rendah malah ia juga melibatkan mereka yang mempunyai pendidikan taraf master. Apa yang menyedihkan lagi ada yang sanggup melepaskan kerja bergaji sekitar RM2,500 hingga RM4,000 di Malaysia semata-mata mahu mengejarkan peluang pekerjaan yang menjanjikan pulangan yang tidak pasti ini.





Ada ibu bapa pula yang tahu akan peluang ini tanpa berfikir panjang sanggup bergadai barangan kemas malah ada juga yang sanggup menjual tanah serta aset yang ada semata-mata mahu menanggung kos penghantaran anak mereka yang baru habis belajar dan yang mengangur untuk turut sama bekerja sebagai pemetik buah di Australia.
Agensi pekerja yang menawarkan sesi pekerjaan ini kebanyakannya tidak berdaftar dan ada yang menjalankan secara individu. Mereka ini mempromosikan tawaran melalui Facebook, Blog, Whatsapp dan social media lain seperti twitter & instagram. Ada juga yang lebih berani mempromosikan dalam group facebook komuniti setempat seperti Shah Alam Residence , Bukit Beruntung Residence dan beberapa group komuniti penduduk yang lain. Sebaik saja ada mangsa yang berminat telah diperolehi maka selepas itu mereka akan deactivekan account facebook yang digunakan agar jejak mereka tidak dijejaki.

Mereka ini mensasarkan kepada siapa saja dan menggunakan isu-isu berkaitan bebanan hutang, tiada kerja di Malaysia, mereka yang dibuang kerja sama ada sektor awam atau swasta, bebanan keluarga dan sebagainya beserta dengan pelbagai janji manis seperti penginapan yang selesa, transport disana, kebajikan pekerja diutamakan kononnya serta peluang pekerjaan yang sentiasa ada bagi mereka yang mengikuti tawaran kerja yang dijanjikan. Malah ada agensi pekerjaan yang lebih berani dengan menawarkan permit pekerjaan sah dengan pakej-pakej pembayaran tertentu. Yang mana pakej yang mereka tawarkan itu mampu mencecah lebih dari RM15,000 seorang.

Hakikat sebenar semua ini hanya janji palsu untuk menarik minat mangsa agar mereka memperolehi keuntungan hasil janji palsu yang di khabarkan. Pekerjaan yang kononnya sentiasa menanti mereka sebenarnya perlu dicari sendiri. Tambah beliau kehidupan di Malaysia adalah jauh lebih selesa walau bergaji sekitar RM1,500-RM2,000 .Ini kerana setiap kali kerja di sebuah ladang telah habis maka semua pekerja perlu pindah disuatu tempat/daerah baru. Bagi mereka yang tidak mempunyai kereta maka barangan keperluan seperti barangan dapur terpaksa ditinggalkan dan perlu dibeli semua di tempat baru nanti.


Hal paling menyedihkan disini adakala apabila sudah penat bekerja di ladang maka majikan(kontraktor) tidak beri gaji dengan pelbagai alasan dan tidak terlepas juga dengan masalah majikan yang melarikan diri. Ada dikalangan mereka juga sengaja mencari kesalahan yang tidak wujud untuk memotong gaji-gaji pekerja. Walau telah diberitahu kesalahan tersebut bukan kesalahan dari kita namun alasan itu hanya didengari sekadar syarat dan kita tiada hak dalam tuntutan gaji yang dipotong. Kerana majikan ini tahu yang kita datang bekerja tanpa permit yang sah. Jadi tiada siapa yang akan mempedulikan dan laporan polis juga tidak akan dilayan sama sekali. Begitulah tertindasnya kami yang bekerja disini.

Pihak imegresen Australia juga semakin kerap menjalankan serbuan sewaktu bekerja hinggakan di penginapan juga ramai yang di tangkap pihak penguasa oleh kerana di kesan bekerja tanpa mempunyai dokumen sah.

Tambah beliau kehidupan pekerja Malaysia yang bekerja di Australia kadang-kala tertindas lebih teruk dari warga asing yang datang bekerja di Malaysia. Keadaan penginapan yang kotor, tiada masa menunaikan ibadah wajib, dan terpaksa berkongsi bilik berlainan jantina oleh sebab mahu mengurkan kos sara hidup disana.

Disebabkan kebanjiran rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Australia ini juga telah menyebabkan pihak imegresen meningkatkan sekatan di semua lapangan terbang antarabangsa mereka dan akan menghantar semula mana-mana pelancong Malaysia yang didapati mahu datang untuk bekerja disana. Keadaan ini juga telah menyukarkan ramai pelancong Malaysia untuk masuk melancong kesana. Sumber

PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tuesday, March 31, 2015

Tempat Percutian Tempatan Yang Rakyat Malaysia Wajib Cuba



Musim cuti sekolah sudah bermula. Jadi mahu bercuti di mana? Jauh dari kesibukan kota? Mahu dalam negara tetapi tempat percutian yang eco-friendly? Kami senaraikan.

#1 – Tubotel Langkawi


Langkawi mungkin tempat percutian paling common rakyat Malaysia. Mahu bercuti di pulau? Pasti Langkawi termasuk dalam senarai anda. Tetapi ada satu tempat menarik di Langkawi yang tak ramai orang tahu, iaitu Tubotel Langkawi.


#2 – Tanah Aina Fahad, Pahang


Jarang orang bercuti tidur dalam khemah. Tetapi inilah keunikan Tanah Aina Fahad, sebuah resort yang menyediakan penginapan dalam khemah dengan aksesori bertaraf lima bintang! Resort ini terletak di Ulu Dong, Raub Pahang. Jika anda peminat flora & fauna, masukkan Tanah Aina Fahad dalam wish list tahun ini.


#3 – Time Capsule Retreat, Pahang


Satu lagi tempat menarik di Pahang ialah Time Capsule Retreat yang menggunakan konsep hotel dalam paip pembentung. Menarik? Taklah, sangat menarik! Satu capsule ini hanya untuk 2 orang sahaja.


#4 – Casa Titik, Pahang

Jika anda penonton setia Teman Lelaki Upahan, pasti anda kenal sangat banglo di Cherating ini. Banglo yang diberi nama Casa Titik ini adalah banglo kepunyaan Kyra Lyda (dalam cerita TLU). Mungkin anda boleh dapatkan feel seperti cerita TLU dengan berkunjung ke banglo tersebut.


#5 – The Dusun, Negeri Sembilan


Jika ke Negeri Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke Nilai, nak borong baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama famili, kami syorkan anda cuba ke The Dusun yang terletak di Mantin. Suasananya lebih kepada menikmata keindahan alam.


#6 – Eight Acres, Pahang


Jika anda pencinta alam, sudah pasti Eight Acres antara tempat percutian menarik yang akan anda kunjungi. Di resort ini terdapat dusun buah-buahan, spa ikan dan bermacam lagi. Datanglah ketika musim durian, pasti puas hati!


#7 – Sekeping Serendah, Selangor


Siapa cakap tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping Serendah yang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian telefon tidak ada di sini.


#8 – The Shorea, Negeri Sembilan


Jika anda ke Seremban, singgahlah ke The Shorea. Di sini anda boleh jungle trekking dan mandi air terjun di Hutan Simpan Berembun.


#9 – LimasTiga, Melaka


Kota A Famosa mungkin tempat paling popular di Melaka. Namun anda boleh ubah angin dengan berkunjung ke LimasTiga yang terletak di Umbai, Melaka. Resort ini menggunakan konsep kampung moden, dengan fasiliti seperti kolam renang yang pastinya digemari anak-anak anda.


#10 – Desa Balqis, Melaka


Masih di Melaka, kita terus ke Kuala Linggi yang menjadi tempat di mana Desa Balqis beroperasi. Lokasi resort ini terletak betul-betul di tepi Selat Melaka. Jika anda inginkan suasana tinggal di kampung, tetapi dalam rumah kampung yang eksklusif, Desa Balqis adalah jawapan paling tepat.


#11 – Terrapuri Heritage Village, Terengganu


Lokasi percutian menarik di Pantai Timur yang menjadi pilihan kami ialah Terrapuri Heritage Village yang terletak di Kuala Terengganu. Reka bentuk resort ini diilhamkan menggunakan konsep rumah Melayu klasik abad ke-17. Lokasi Terrapuri yang terletak di antara Laut China Selatan dengan Laguna Setiu menjadikannya tempat untuk anda mencari ketenangan di tepi laut.


#12 – D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahang


Janda Baik antara lokasi popular di Pahang. Jika anda memilih untuk ke sana, jangan lupa untuk mencuba keunikan di D’Ark Training & Resort. Seperti namanya, lokasi ini sesuai untuk percutian sambil bekerja.


#13 – Three Orchid Manukan Resort, Sabah


Syurga menyelam ada di Sabah. Banyak pulau di Sabah masih menyimpan 1001 khazanah lautan, salah satunya di Pulau Manukan. Di sana anda boleh memilih untuk menginap di Three Orchid Manukan Resort yang turut menyediakan sebuah pusat menyelam.


#14 – Borneo Highlands Resort, Kuching, Sarawak


Suasana ala-ala di Cameron Higlands tetapi terletak di hutan hujan tropika Borneo. Borneo Higlands Resort bukan sahaja sesuai untuk percutian bersama famili, malah sangat sesuai untuk berbulan madu.


#15 – Dream World Resort, Kundasang, Sabah


Dream World Resort merupakan salah satu tempat paling strategik untuk anda menikmati pemandangan indah sekitar Taman Negara Kinabalu. Walaupun sekadar hotel bertaraf 3 bintang, namun tawaran resort ini untuk setiap pengunjungnya sangat berbaloi!


Wednesday, March 25, 2015

Kisah Seorang Suami Yang Menyesal Berkahwin.



Ini cerita panjang,so xleh nk pendek2 kn dh.. Sumber dari facebook Himpunan Cerita Lawak, pencerita tidak dikenalpasti kerana tiada link yang diberi. Enjoy..

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.
Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.

Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..
Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.
Arghh,nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…
Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.
Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.
Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..
Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.


Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la
pentingnya cari isteri yang solehah!

“Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..


Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

So..
pengajaran yg aku dpt dari cerita nie,
cpt2 la rancang perkahwinan tu,lau ade pasangan tu lg bagus..
Jgn jd mcm aku,nak berpacaran pun masih belum lg,
almaklum la aku bz dgn kerja ofis n part time stdy..
ish..3x..

Friday, March 13, 2015

10 Sikap Buruk Manusia Yang Dicela Allah




Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Thursday, February 12, 2015

Jangan Katakan 8 Hal Ini Pada Anak, Nombor 2 Paling Sering Diucapkan






Orang tua terutama ibu adalah pendidik pertama dan utama untuk anak-anaknya, oleh karena itu, sebagai orang tua kita perlu terus belajar agar bisa mendidik anak-anak kita sesuai dengan zaman di mana mereka hidup.

Khalifah Kedua Umat Islam, Umar bin Khaththab berpesan “Didiklah anak-anakmu, karena mereka akan hidup pada zaman yang berbeda dengan zamanmu,”. Pesan yang singkat dan mudah diingat.

Cara mendidik anak salah satunya melalui lisan, melalui lisan nasihat dan larangan tersampaikan. Namun sayang, banyak orang tua khususnya ibu, yang belum memahami pentingnya menjaga dan memilih kata-kata yang terucap di depan anak. Kata-kata yang terucap dapat berpengaruh pada perkembangan diri, psikologis, dan konsep diri anak.

Di bawah ini ada 8 hal yang sebaiknya tidak dikatakan kepada anak, terutama kepada anak berusia di bawah tujuh tahun:

1. Mengatakan Pernyataan Negatif tentang Diri Anak
“Kamu anak nakal!”
“Kamu pemalas!”
“Kamu anak pelit!”
“Kamu anak bodoh!”
Contoh pernyataan negatif tersebut dapat menyakiti perasaan anak-anak. Mereka akan menjadi seperti yang orang tua mereka katakan. Sungguh berbahaya, mengingat kata-kata seorang ibu bisa berarti doa untuk anak-anaknya.

Katakanlah hal-hal positif kepada anak. Misalnya jika anak menerima nilai buruk, jangan mengatakan, “Kamu anak bodoh!”; Katakanlah sesuatu yang lain. Sebagai contoh, katakanlah, “Jika kamu belajar lebih baik, kamu akan mendapatkan nilai yang lebih baik karena kamu sebetulnya adalah anak pintar.” Bukankah kata-kata seperti ini akan lebih menenangkan hati anak kita?

2. Jangan katakan “Jangan Ganggu, Ibu lagi Sibuk!”
Kata-kata tersebut terdengar sangat normal. Seorang ibu sibuk memasak di rumahnya. Atau ayah sibuk membaca berita menarik di koran. Atau mungkin juga melanjutkan tugas yang dibawa dari kantor. Lalu ia mengunci diri di kamarnya. Tiba-tiba anak datang dan meminta dia untuk sebuah bantuan. Dalam situasi yang ketat, orang tua dapat berteriak pada anak itu, “Jangan ganggu! Ayah/Ibu lagi sibuk! ”

Menurut seorang penulis yang juga seorang pelatih bela diri verbal, Suzette Haden Elgin PhD, jika orang tua bertindak seperti itu, anak-anak mungkin merasa tidak berarti karena jika mereka meminta sesuatu pada orang tua mereka, mereka akan diberitahu untuk pergi.
Coba bayangkan, jika sikap seperti itu diterapkan pada anak-anak kita, maka sampai mereka tumbuh dewasa, kemungkinan besar mereka akan merasa tidak ada gunanya berbicara dengan orangtua.

Jika memang sedang benar-benar sibuk, cobalah alihkan perhatian anak-anak untuk melakukan kegiatan lain sebelum kita membantu mereka. Misalnya, jika mereka meminta bantuan dalam melakukan pekerjaan rumah mereka dan kondisinya kita sedang benar-benar sibuk, mintalah mereka untuk melakukan aktivitas lain terlebih dahulu seperti bermain atau nonton tv. Jika kesibukan sudah berlalu, datangilah anak anda dan tanyakan dengan lembut bantuan apa yang mereka perlukan.

3. Jangan katakan “Jangan Menangis!”
Ketika anak-anak menangis atau bersedih ketika bertengkar dengan teman-temannya. Tidak perlu untuk memarahi atau meminta anak-anak anda untuk tidak cengeng. Banyak anak yang mengalami hal tersebut, orang tua mengatakan pada mereka, “Jangan cengeng!”, “Jangan sedih!”, “Jangan takut!”
Menurut seorang psikolog anak, Debbie Glasser, mengatakan kata-kata tersebut akan mengajarkan anak-anak bahwa perasaan sedih adalah sesuatu hal yang tidak umum, bahwa menangis bukanlah hal yang baik, padahal menangis adalah merupakan ekspresi dari emosi tertentu yang setiap manusia miliki.

Untuk menanggapinya, akan lebih baik untuk meminta anak-anak menjelaskan apa yang membuat mereka sedih. Jika mereka merasa diperlakukan tidak adil oleh teman-teman mereka, jelaskan pada mereka bahwa perilaku teman-teman mereka adalah tidak baik, jangan dicontoh.
Dengan memberikan penjelasan seperti itu orang tua telah memberikan mereka pelajaran empati. Anak-anak yang menangis akan segera menghentikan atau setidaknya mengurangi tangisan mereka.

4. Jangan Membanding-bandingkan Anak
“Lihatlah temanmu, dia bisa melakukannya dengan cepat. Mengapa kamu tidak bisa melakukannya juga?”
“Temanmu bisa menggambar dengan bagus, kenapa kamu tidak?”
“Dulu ketika kecil ibu bisa begini begitu, masa kamu tidak bisa?!”
Membanding-bandingkan hanya akan membuat anak anda merasa bingung dan menjadi kurang percaya diri. Anak-anak bahkan mungkin membenci orang tua mereka karena mereka selalu mendapatkan penilaian buruk dari perbandingan tersebut, sedangkan perkembangan setiap anak berbeda.

Daripada membandingkan, orang tua sebaiknya membantu untuk menyelesaikan persoalannya. Misalnya, ketika anak mengalami masalah mengenakan pakaian mereka sementara teman atau tetangganya yang seusia dengannya bisa melakukannya lebih cepat, orang tua harus membantu mereka untuk melakukannya secara benar.

5. Jangan katakan “Tunggu Ayah Pulang! Biar kamu dihukum ayah”
Adakalanya seorang ibu berada di rumah bersama anak-anaknya sementara ayah tidak berada di rumah. Ketika anak melakukan kesalahan, ibu tidak segera memberitahu anak-anak tentang kesalahan yang mereka buat. Si ibu hanya mengatakan, “Tunggu sampai ayahmu pulang.” Ini berarti menunggu sampai ayahnya yang akan menghukum nanti.

Menunda mengatakan kesalahan hanya akan memperburuk keadaan. Ada kemungkinan bahwa ketika seorang ibu menceritakan kembali kesalahan yang dilakukan anak-anak mereka, ibu malah membesar-besarkan sehingga anak-anak menerima hukuman yang lebih dari seharusnya.
Ada kemungkinan juga orang tua menjadi lupa kesalahan anak-anak mereka, sehingga kesalahan yang seharusnya dikoreksi terabaikan. Oleh karena itu, akan lebih baik untuk tidak menunda dalam mengoreksi kesalahan yang dilakukan anak-anak sebelum menjadi lupa sama sekali, dan koreksilah dengan cara bijaksana melalui nasihat yang bijak.

6. Jangan Terlalu mudah dan berlebihan memberi pujian
Memberikan pujian dengan mudah juga bukan hal yang baik. Memberikan pujian dengan mudah akan terkesan “murah”. Oleh karena itu jika seorang anak melakukan sesuatu yang sederhana, tidak perlu memuji dengan “Kamu Hebat! Luar Biasa!” Karena anak secara alamiah akan mengetahui hal-hal yang dia lakukan dengan biasa-biasa saja atau luar biasa.

Pujilah sikap anak kita, dan jangan memuji dirinya atau hasil perbuatannya. Sekiranya ia mendapat hasil bagus di sekolah, pujilah “Alhamdulillaah, Ibu bangga dengan kerja keras kamu sehingga kamu mendapat nilai baik!”
Jika kita memuji hasil yang dilakukan anak dan bukan sikapnya, sangat mungkin anak kita akan berfokus pada hasil dan tidak peduli dengan sikap/ karakter yang baik, misalnya… demi mendapat nilai ujian bagus, anak akan mencontek ketika ujian.

7. Jangan Katakan “Kamu tidak pernah..” atau “Kamu Selalu..” 
Kalimat lain yang tidak perlu dilontarkan adalah "Kamu selalu...." atau "Kamu tidak pernah...".
Kalimat tersebut kadang refleks diucapkan orangtua ketika merasa kesal dengan kebiasaan kurang baik yang sering dilakukan anaknya.

"Hati-hati, kedua kata-kata itu ada makna di dalamnya. Di dalam pernyataan "Kamu selalu..." dan "Kamu tidak pernah" adalah label yang bisa melekat selamanya di dalam diri anak," ujar Jenn Berman PhD, seorang psikoterapis.

Kedua pernyataan yang dilontarkan oleh orang tua tadi akan membentuk kepribadian anak. Anak-anak akan menjadi seperti apa yang dikatakan terhadap dirinya.

Lebih baik bertanyalah kepada anak tentang apa yang bisa orangtua lakukan untuk membantu dia mengubah kebiasaannya. Misalnya, 'Ibu perhatikan kamu sering lupa membawa pulang buku pelajaran ke rumah. Apa yang bisa Ibu bantu supaya kamu ingat untuk membawa bukumu pulang?'. Pernyataan seperti itu akan membuat anak merasa terbantu dan nyaman.

8. Jangan katakan “Bukan begitu caranya, sini biar ibu saja!”
Jangan katakan "Bukan begitu caranya. Sini, biar Ibu saja." Biasanya orangtua mengeluarkan pernyataan ini jika mereka meminta anak membantu sebuah pekerjaan, namun anak tidak melakukannya dengan benar.

Jenn Berman, PhD memberi saran "Ini sebuah kesalahan, karena anak menjadi tidak belajar bagaimana caranya. Daripada berkata demikian, lebih baik ibu melakukan langkah kolaboratif dengan mengajak anak melakukan pekerjaan itu bersama sambil ibu menjelaskan bagaimana cara melakukannya,". (ummi)

BACA LAGI: 
14 Memori Bersama Hasbullah Awang Yang Seluruh Malaysia Tidak Akan Lupakan!
Kenapa Perlunya Memanaskan Enjin Kenderaan Sebelum Bergerak
Telatah Comel Lara Alana Belajar Berenang Yang Buat Anda Geram!


Sunday, January 25, 2015

ROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH





ZULKIFLI SAINUDDIN
SHAH ALAM 24 Jan. - Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.

“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.
Rohani berkata, setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.

Namun, jelas beliau, itu dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.

“Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka,” katanya. - Utusan Malaysia
--------
Satu jer Paklong nak cakap, Nabi ajar lain, hang buat lain !!

Saturday, January 24, 2015

TIPS MEMIKAT KEMBALI ISTERI




Tak rugi sekiranya anda yang sudah berkahwin dan berumah tangga mengamalkan tips-tips di bawah untuk memikat isteri anda. Bayangkan, isteri anda telah bersusah payah menjaga isi rumah anda, memelihara dan mendidik anak-anak, memasak, membantu anda, dan menemani anda pada setiap waktu. Amalkan perkara berikut untuk mengambil kembali hati isteri anda:


1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri.


2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.


3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka
bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin.


5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri.


6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri.

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.


--------------
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.
 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni