ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

ARTIKEL KAMI

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, July 26, 2015

Ini rupanya sebab kenapa kita kena tunggu berjam-jam di hospital kerajaan.



Kisah dipetik dari fb Doktor Mohd Syamirulah Rahim.






"Encik kemalangan macam mana tadi, ye?"

"Saya memandu, kereta terbabas langgar pokok." Lelaki berusia 30an tersebut tenang dihadapan saya. Berpakaian bersih dan kemas.

"Laju ke, kereta tu? Teruk tak kereta?" tanya saya lagi.

"Taklah, kereta kemik sikit bumper depan sahaja.'

Saya menggaru-garu kepala sambil merenung kepada kad daftar pesakit. Kad berwarna merah, bererti kes trauma dan medikolegal, kebiasaannya didahulukan gilirannya terlebih dahulu berbanding kad kuning. Kerana, well, ianya kes trauma. Kemalangan.

"Jadi...encik sendiri rasa macam mana? Ada pengsan?"

Geleng kepala.

"Ada luka di mana-mana?"

Geleng kepala.

"Boleh berjalan?"

Angguk kepala.

Saya terus menggaru kepala yang tidak gatal. Hiruk pikuk jabatan kecemasan ketika itu sedikit mengganggu. Tiga red case dengan satu sedang diintubasi rakan MO saya. Full yellow bed dengan dua extension bed. Pemandangan biasa suasana jabatan kecemasan pada hari raya kedua.

Hari raya pertama, lengang. Biasalah. Orang sibuk beraya. Yang mana sesak nafas, mahu ditahan dahulu taknak susahkan anak-anak untuk dibawa ke hospital. Daging rendang pulut disulam dengan pil-pil metformin dan atorvastatin. "Sekali sekala je..hari ni kan raya."

Hari kedua, barulah sesak nafas tak tertahan, pening berputar berpinar, muncul di jabatan kecemasan dengan tekanan darah 229/133 dan paras gula 23.4mmol.

"Err...doktor?" Panggil lelaki tersebut memecah kebuntuan saya.

"Eh maaf, maaf." Saya memeriksa lelaki berkenaan. Stetoskop diletakkan di dada, jari jemari menguli perut mengesahkan semuanya normal sahaja.

"Hmmm..saya check semuanya OK sahaja. Tekanan darah pun OK, tak ada masalah apa-apa. Encik betul tak ada sakit di mana-mana?"

"Ye, betul, doktor."

"Habis, encik datang sini untuk....?" akhirnya terpacul soalan yang membuat saya tergaru dari tadi.

"Ooo..saya nak minta MC, doktor. Tiga hari, boleh? Cuti raya dah habis.'

Jawab beliau, jujur.



Saya hanya sekadar mampu tersenyum.

Untuk pengetahuan, pada hari tersebut, ada pesakit lain yang terpaksa menunggu dari jam 4 petang dan hanya dapat dilihat doktor pada jam 12 tengah malam.

Jadi next time anda tertanya-tanya kenapa lambat sangat menunggu giliran di hospital, jawapannya adalah kerana wujudnya segelintir yang seperti lelaki ini.

More importantly, don't be like one.

Emergency Departments are for emergencies. Keep that in mind, please.

** salam aidilfitri, I'm back!

BACA SETERUSNYA:Kematian Tuk Guru Nik Aziz Adalah Tanda- tanda Kiamat ?

BACA SETERUSNYA:ADAKAH INI LUBANG YANG DIKOREK YAKJUJ MAKJUJ?

BACA SETERUSNYA:ULAMA MALAYSIA MIMPI JUMPA IMAM MAHDI !!! JANGAN BACA KALAU ANDA TAK BERIMAN !!


Friday, July 24, 2015

"MAAFKAN MAMA SAYANG , KALAU MAMA TAK AMBIL UBAT TAHAN SAKIT PASTI KAMU TAK AKAN JADI BEGINI "





Diceritakan semula dari fatma najihah untuk menjadikan pengalamannya sebagai pengajaran buat ibu-ibu lain yang bakal melahirkan anak . Diharap dapt diambil ikhtibar .

Jika beberapa hari lepas viral dilaman sosial mengenai kisah seorang wanita lumpuh selepas bersalin kerana mengambil suntikan Epidural, hari ini tampil seorang ibu, Puan Fatma Najihah menceritakan kisahnya pula apabila urat saraf bayinya tidak berfungsi didakwa berpunca daripada pengambilan ubat tahan sakit. Baca lagi.

#‪#‎pengalaman bersalin saya. Plezz kawan2 amik iktibar dan jadikan pengajaran share la kpd kwn2 yg lain, yg tgh sarat mngandung##

Allahukakbar... Bersabarlah syg .. Allah mnguji hambanye..tadi terbaca post pasal ibu melahirkan baby mengambil epidural lumpuh sampai sekarang kesan dari epidural. Saya dulu bersalin di hospital private.. Memang doktor sentiasa datang keluar masuk suh amik epidural or ubat tahan sakit.. Tapi parents saya tetap tak bagi.. Dah tak tahan sakit sangat sy request kat husband nak ubat tahan sakit.. N then 10 minit lepas tu doktor datang dan cucuk kat punggung saya ubat tahan sakit..
30 minit lepas tu saya mngantuk sangat.. Contraction dah tak ade.. Saya tido dengan lena.. Tapi dalam masa yang sama jalan masih bukak besar.. Sy 3 jam saya tidur tampa rasa pape.. Pukul 8 mlm terjaga parents saya suh bangun mandi dan solat.. Selepas solat suh makan tapi semua dah tak lalu nak telan..pukul 10 mlm ckp kat nurse saya dah rase nak terberanak ni.. Nurse datang cek jalan.. Dier ckp owh bru 7 cm.. N then kul 11.30 dah tak tahan sangat saya ditolak masuk labour room ditemani ibu dan suami saya dalam labour room tu..

tunggu doktor tak smpai2..nurse tahan tak bg teran suh mengiring kan badan nak dekat sejam tngu doktor sampai.. Sampai je doktor ape lg.. Tak sempat nak pakai pape kepala baby dah nampak.. Push 2x alhamdulillah tepat jam 12.45 am saya bersalin.. Tp saya tak dengar bunyi tangisan baby, doktor terus potong tali pusat n bawak kebelakang.. Saya, husband dan ibu tak henti berdoa suh baby nanges.. Nak dekat 15 minit saya tungu tapi sayang sy tak dengar tangisan anak saya.. Baby terus masuk kedalam bilik dan pasangkan wayar oksigen..
Doktor datang balik dan sambung jahit luka saya.. Saya tanye doktor knp anak saya tak nanges dier jawab kesan dari cucuk tahan sakit memang tak nanges tadi sebelum cucuk kan dah bagi tahu.. Ok saya pun terus diam.. Keesokan paginye saya nak tengok baby saya tapi air mata je yang mampu keluar ditubir mata bila melihat anak penuh dengan wayar2 untuk bantuan penafasan.. Sangat pelik.. Husband tanye doktor yang duk dalam bilik baby tu.. Kenapa anak saya penuh wayar cm ni.. Doktor bagi tahu anak encik dah lemas sebab kesan amik cucuk tahan sakit ke. Ungkinan terlebih dos sebab baby tido dalam perut, contraction tak berlaku langsung..
Suami saya yang sangat alert tu teringat balik owh patut tengok grap ctg jantung baby mendatar.. Tp bila tanye doktor doktor yang incas saya doktor cakap normal.. Time tu memang saya tak ingt pape.. Sebab mata saya ngantok sangat2..tpt kul 1 pagi tiba2 nurse datang bilik saya kejut ummi n hubby saya bagi tahu baby perlu dibawa ke hospital pusrawi masuk icu sebab baby fitti g.. Suami terus belari masuk bilik baby tengok doktor dh ciap2 kn baby syg untuk bawak naik ambulance.suami follow belakang.. 16 ari duk di icu, wayar penuh badan baby saya demam.. Saya tanye doktor pakar yg jaga anak saya, kenapa anak saya jd cm ni.. Jawapan yang sama diberi tahu oleh doktor tadi.. Mungkin kuman dah masuk dlm kepala.. Oksigen kurang dibahagian otak sebab anak puan keluar dah lemah dan tak menangis..
Ya Allah sedihnye saya seorang ibu bila dapat berita tersebut.. Kos perbelanjaan hospital rm1500 sehari dalam icu lngsung tak difikirkan lg, saya hanye fikir anak saya chat cepat sembuh.. Cukup 16 ari anak saya dpt discharge.. Lega sangat doktor cuma bagi tahu kalau baby demam or fitting cepat2 dtg hospital.. Tp baby saya kuat sgt walaupun cucuk 1,2,3 bulan anak saya tak demam langsung.. Cukup 4 bulan baby saya membesar dengan sempurna tp sayang kami hanye miliki 4 bulan sahaja kerana secara tiba2 b muntah2 dgn teruk sekali masuk susu muntah mcm air pancut.. Saya bergegas ke kpj jb jumpa pakar kat cna.. Doktor kanak2 bg tahu mungkin baby saya tak cukup oksigen dalam kepala kite perlu buat EEG untuk otaknye.. Tp bila dpt result doktor ckp otak dier tak cntik.. Ya Allah sekali lg saya perlu hadapi ini semua. Disebabkan muntah yg teruk anak saya menagis tanpa suara.. Sampai la masa saya jumpa doktor pakar gov di kpj khas untuk neuro.. Doktor nasihatkn saya bawak baby g gov hospital..
So tampa lengah saya bawak balik baby ke hospital temerloh dkt dgn umah parents saya.. Tak payah tngu que nk jumpa pakar sebab anak murid ayah ade keje citu n tolong.. Buat appointment untuk buat MRI, sekali lagi air mata saya mngalir bila doktor cakap urat saraf mata yang bagi arahan pada otak tidak berfungsi, saiz otak kecil tak sama mcm usianya dah cecah 6 bulan.. Otaknye tak cukup oksigen sebab tu masa lahir tak nanges, mungkin kesan dari cucuk tahan sakit..
Ya allah bersalahnye saya terhadap anak yang kene tanggung semua ni.. saya yang memotong perjalanan allah, now allah uji saya.. Anak saya di sahkan cirebral palsy tahap kurang oksigen dalam kepala.. Now anak saya dh 10 bulan tapi masih macam baby kepala tak boleh tegak, selalu mengeraskan otot, mata tak boleh follow, tak mcm usia baby 10 bln yg lain. Anak saya hanya mampu nanges dan terbaring sahaja.. Maafkan mama syg, kalau mama tak ingkari perjalanan allah dan amik cucuk tahan sakit mungkin syg tak akan jadi cam ni dan syg boleh hidup seperti anak2 normal yg lain..
Doakan anak saya kembali seperti sediakala.. Saya dan family sntiasa menanti keajaiban dari Allah untuk bidadari syurga kami.. Amin.. Plez ibu2 lps ni jangan amik cucuk epidural or tahan sakit.. ikut perjalanan allah yang telah diaturnye.. semua orang yg nak bersalin sakit.. Sakit bersalin menghapus segala dosa..


Tuesday, April 28, 2015

Antara Ikan Tilapia Dan Daging Babi



Digelar di Barat sebagai 'ayam di laut', ikan tilapia atau talapia merupakan ikan berdaging putih yang mempunyai rasa yang sederhana, murah, mudah dibiakkan serta mudah untuk dijual.


Buat pertama kalinya pada tahun 2012, pengeluaran ikan yang diternak secara komersial telah melebihi pengeluaran daging lembu dengan berat menjangkau 66 juta tan melebihi 63 juta tan bagi daging lembu. Namun begitu, terdapat rahsia yang agak jijik tentang ikan tilapia ini di sebalik kebaikan daging ikan dari sudut kesihatan yang kita dengar hari ini. Kajian sebuah badan permakananan telah menunjukkan bahawa tilapia yang diternak di kolam ini berupaya menyebabkan keradangan melebihi daging burger atau donut atau daging babi!

Kandungan Lemak Paling Teruk
Jika dibandingkan dengan ikan yang lain, tilapia kolam mengandungi hanya sedikit kandungan lemak omega-3 yang bermanfaat untuk jantung. Omega-3 ini merupakan bahan utama yang menjadikan ikan sebagai diet yang berkhasiat. Sekeping ikan salmon mengandungi 2000 miligram asid lemak omega-3 tetapi satu hidangan tilapia hanya mengandungi 135 miligram sahaja. Disebabkan tilapia yang diternak di dalam kolam ini hanya memakan jagung dan kacang soya, ianya amat tinggi dengan kandungan asid lemak omega-6 yang tidak baik untuk jantung, otak dan juga mood anda. Terdapat sebuah kajian daripada University West Forest berkisar tentang kandungan omega-6 di antara ikan tilapia kolam vs. daging babi.

Diet Tilapia Merupakan Diet Paling Teruk
Terdapat kebarangakalian yang tinggi yang hidangan ikan tilapia kolam yang berada di atas meja anda itu sebenarnya diternak menggunakan sisa najis binatang (tahi dan bangkai). Kajian daripada Johns Hopkins Center menunjukkan statistik dan fakta berkenaan ikan yang berpenyakit yang diternak di Asia, di mana tahi ayam dan babi merupakan alternatif murah sebagai makanan ikan menggantikan makanan ikan yang standard yang mahal. Pakar-pakar pemakanan juga bimbang kandungan antibiotik yang disuntik kepada ikan-ikan tilapia ini akan menyumbang kepada bakteria yang kenal daripada antibiotik seperti beberapa spesis salmonella.


Mereka Mengalami perubahan Jantina
Hampir kesemua tilapia yang dijual di pasaran telah mengalami proses pertukaran jantina yang disebabkan oleh hormon methylprogesterone yang disuntik ketika peringkat awal ikan ini. Tilapia yang disuntik hormon ini akan membesar lebih besar dan cepat berbanding kebiasaan kerana ikan ini tidak akan menggunakan tenaga untuk sistem pembiakan mereka.

Makan Ikan Ini, Bukan Tilapia!
Apabila memilih ikan untuk dimakan, pilihlah ikan yang dikategorikan sebagai ikan berkhasiat dan paling selamat untuk tubuh anda. Jauhilah ikan kolam. Bukan sahaja ikan-ikan ternakan kolam ini mempunyai kadar toksin 10 kali ganda lebih tinggi tetapi rasa mereka juga tidak seenak ikan sangkar dan ikan yang ditangkap di lautan terbuka. Jenis ikan yang baik untuk kesihatan anda ialah: ikan salmon, ikan kod, ikan mackerel (ikan kembung), ikan sardin (bukan di dalam tin), kerang-kerangan, ketam biru dan ikan herring.

Wednesday, March 11, 2015

Apa Itu Keputihan Dan Bagaimana Untuk Mengatasinya




Pernahkah faraj terasa gatal yang teruk? Mungkin juga lendir yang berbau? Kemungkinan besar ialah anda mengalami keputihan. Keputihan tidak mengenal usia dan status perkahwinan. Walaupun ramai mengadu mengalami keputihan ketika hamil, ramai juga wanita muda yang dijangkiti penyakit ini. Keputihan yang berlebihan bakal mengundang banyak masalah.

Topik kita pada hari ini adalah berkenaan keputihan dan penyebab keputihan itu berlaku. Tetapi sebelum itu, kita harus ketahui cara untuk membezakan apa yang normal dengan yang bermasalah.

Pada kebiasaannya, lendir faraj adalah jernih atau berwarna putih. Jika keputihan tidak berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan menandakan tiada jangkitan berlaku. Keputihan yang berlendir dan tidak berbeku adalah normal, tetapi apabila ia mula berbau hanyir, berbeku, terdapat keradangan atau kegatalan menandakan keputihan yang bermasalah.

Faktor utama penyebab keputihan berlaku adalah disebabkan bakteria yang berlebihan yang terdapat di dalam faraj. Pertumbuhan bakteria tersebut dikawal dan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk tahap keasidan (pH) dan hormon-hormon. Sebarang perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan jangkitan atau pertumbuhan pesat bakteria normal yang menyebabkan keputihan.

Antara penyebab keputihan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
- Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
- Pengambilan antibiotik atau steroid
- Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku kepada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
- Pil perancang keluarga
- Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
- Diabetes
- Sabun wangi, losyen atau mandian buih
- Penyakit radang pelvik
- Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
- Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
- Jangkitan kulat

Seterusnya, anda perlu dapatkan nasihat doktor bagi mengenalpasti apakah punca sebenar penyebab keputihan tersebut dan apakah rawatan susulan bagi mengatasinya. Doktor anda akan bertanyakan pelbagai soalan untuk mengenalpasti penyebab keputihan termasuk soalan tentang pengambilan antibiotik, simptom-simptom menopaus, simptom-simptom diabetes atau sebarang perubahan di dalam tahap kesihatan atau gaya hidup anda.

Kemudian doktor tersebut akan melakukan pemeriksaan pelvik dengan menggunakan alat yang dipanggil speculum. Semasa pemeriksaan pelvik ini, sampel keputihan akan diambil untuk ujian. Dengan melihat sampel tersebut di bawah mikroskop, doktor akan dapat mengenalpasti penyebab keputihan tersebut dan mengesyorkan rawatan yang sesuai.

Rawatan keputihan di klinik dan hospital
Bagaimanakah cara mengatasi keputihan? Biasanya, setelah sudah dikenalpasti, jenis rawatan akan berbeza bergantung kepada diagnosis doktor mengenai penyebab keputihan itu tadi. Jika ianya adalah jangkitan, kebiasaannya ia akan dirawat dengan mengambil antibiotik. Samada memakan antibiotik atau menggunakan antibiotik di dalam bentuk krim atau gel.

Jika doktor mengesyaki anda dijangkiti bakteria, doktor mungkin memberi preskripsi untuk sejenis antibiotik yang dipanggil metronidazole. Manakala jika ia dikenalpasti sebagai penyakit kelamin, biasanya anda diberi suntikan antibiotik sebelum keputusan ujian di makmal boleh mengesahkannya. Ingat, jangan dapatkan rawatan sesuka hati tanpa merujuk pada yang pakar. Sebagai alternatif, untuk bacaan sahaja, dapatkan maklumat di hujung jari di portal Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika anda mempunyai jangkitan kulat yang berulang dan anda kenal dengan simptom-simptom jangkitan kulat tersebut, anda boleh gunakan krim anti-kular yang boleh didapati tanpa sebarang preskripsi. Jika masih tidak dapat lihat sebarang perubahan, doktor boleh menukar rawatan berdasarkan pemeriksaan terkini.

Bagi atrofi faraj pula, ia disebabkan perubahan hormon yang kebiasaannya berlaku sewaktu kehamilan, semasa mengambil pil perancang atau selepas menopaus. Jika anda sedang mengambil pil perancang kehamilan, ia dapat diatasi dengan menggunakan dos yang lebih kuat untuk mengatasi keputihan. Manakala jika anda menopaus pula, terapi penggantian hormon adalah rawatan yang sesuai.

Sekarang anda telah ketahui penyebab keputihan, bagaimana untuk mengenalpasinya dan rawatan yang sepatutnya. Diharapkan ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk hidup lebih sihat.

Bagaimana Cara Mudah Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka




Bila lihat muka di cermin yang ada ‘blackhead’, tentu seorang wanita itu rungsing. Tentunya mereka inginkan kulit yang licin dan mulus.

Apa itu bintik hitam?
Bintik hitam adalah jerawat yang tidak mempunyai kulit di atasnya. Disebabkan ia tidak berkulit dan terdedah kepada udara, lapisan atas teroksida dan bertukar kepada warna gelap.Selalunya ada di kawasan hidung dan muka. Terdapat 5 cara semulajadi untuk menghilangkan bintik hitam tersebut:

1. Jadikan Pengelupasan (Exfoliation) dan Pelelesan Mikro (Microdermabrasion) Sebahagian Daripada Tabiat Mingguan Anda
Terdapat banyak benda yang anda boleh gunakan untuk mengelupas dan menghilangkan bintik hitam yang terdapat di dalam kabinet rumah anda sekarang. Kegemaran saya ialah:

Terutamanya untuk kulit berminyak dan untuk menghilangkan bintik hitam. Buah pala membantu menghilangkan minyak, memberikan kuasa sentalan, dan meninggalkan kulit yang sangat licin. Asid laktik di dalam susu pula membantu memecahkan sel-sel kulit supaya ia hilang apabila anda membilas muka anda.

2. Melakukan Tepukan Madu
Madu yang anda gunakan haruslah benar-benar melekit untuk menjadikannya berkesan. Tuangkan sedikit madu di tangan anda dan tepuk bahagian muka yang berbintik hitam untuk menghilangkannya. Madu tersebut akan melekit pada liang anda dan angkat tangan anda bagi menghilangkan bintik hitam.

Ia juga menawarkan sokongan antibakteria dan antioksida, saki-baki madu tersebut akan tertinggal di dalam liang dan tidak akan teroksida (dan bertukar hitam) secepatnya. Terus lakukannya selama 3 minit dan bilas muka anda dengan air.

3. Guna Putih Telur untuk Menanggalkan Kotoran Berminyak
Bermula dengan muka yang bersih, ratakan putih telur menggunakan jari atau berus. Mula dengan satu lapisan nipis dan biar ia kering sebentar. Kemudian sapukan lapisan kedua di atas dan biarkannya kering sepenuhnya.

Biarkan topeng ini kering selama 15 minit. Muka anda akan berasa tegang dan akhiriny dengan menyapu putih telur tersebut dengan kain basah yang suam sepenuhnya.

4. Gunakan Topeng Tanah Liat Kosmetik untuk Menyerap Minyak
Secara asasnya, campurkan 1 sudu tanah liat dengan 1 sudu cuka sider epal (atau air tulen) dan kacau sehingga anda mempunyai campuran yang tidak berketul. Ratakan di seluruh muka anda, atau di kawasan yang mempunyai bintik hitam. Biar untuk kering selama 15-20 minit. Ambil kain basah suam untuk menekan topeng selama beberapa saat, kemudian dengan perlahan-lahan sapukannya.

5. Jika Kesemuanya Gagal, Gunakan Berus Gigi Bersih
Jangan guna kaedah ini melainkan cara lain di atas gagal.

Gunakan berus bulu lembut, tuangkan sedikit jus limau pada berus gigi, dengan satu atau dua titik minyak seperti jojoba, tamanu atau semambu. Dengan perlahan sental kawasan berbintik dengan kepala berus gigi tersebut. Anda boleh bilas dengan air dan tuangkan limau dan minyak jika perlu.

Wednesday, January 28, 2015

10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK




Pernah dengar orang cakap sel-sel otak tak berhubung kan? Ni sebabnya. Ingat benda ni baik-baik tau dan cuba elakkan. 



1. Tidak mengambil sarapan pagi 

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.



2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.



3. Perokok 

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.



4. Penggunaan gula yang berlebihan 

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.



6. Terlebih tidur 

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur 

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.



8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi 

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir 

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



KOMEN PAKLONG.

Ini lah rahsia kenapa Paklong masih sihat alhamdulillah selepas pencen. Ingatan Paklong masih kuat walaupun telah berdekad meninggalkan alam pekerjaan. Paklong tengok sekarang ni ada yang muda-muda lagi sel otak dah tak bersambung. Nauzubillah.



--------------
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.

Monday, January 26, 2015

4 MAKANAN YANG WAJIB DIHINDARI AGAR PERUT KEMPIS




Perut yang kempis dan rata sememangnya menjadi idaman setiap wanita dan ternyata perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.


Ianya menuntut kerja keras dalam menjaga rutin senaman dan pengambilan makanan yang ketat. 

Gaya hidup anda ternyata akan menentukan dan mempengaruhi ukuran lilitan pinggang dan sekaligus saiz celana anda! 

Untuk itu, ayuh kuatkan semangat anda dalam memilih makanan yang berkhasiat dan cuba hindari 4 jenis makanan seperti yang dipetik dari womenhealthmag.com ini: 

1. Sayuran bergas
Terdapat beberapa sayuran yang mempunyai gas seperti brokoli, kubis, kalian dan lain-lain lagi. Namun, sayuran ini juga mempunyai banyat zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan dan seeloknya diambil dengan kuantiti yang lebih kecil. 

2. Makanan yang diawetkan
Makanan ringan seperti kerepek, keropok dan juga makanan dalam tin mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan di sekitar kawasan lain. Hindari pengambilan makanan jenis ini agar perut kekal rata. 

3. Minuman berkarbonat
Minuman soda atau berkarbonat sememangnya perlu dielakkan selama-lamanya. Selain mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi, ianya juga terdapat gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut dan menyebabkan perut kembung serta membesar. Minuman terbaik adalah air putih yang membantu 'membersihkan' perut sehingga menjadi kempis. 

4. Pemanis buatan
Elakkan dari mengambil pemanis buatan yang kebiasaanya terdapat dalam hiasan pencuci mulut seperti kek. Tidak salah sekadar merasa dalam kuantiti yang kecil dan pastikan tidak mengambilnya dengan kadar berlebihan walaupun rasanya sedap dan lazat! 

Selain menjaga pengambilan makanan, anda juga harus menjaga bentuk badan dengan sering bersenam secara rutin agar otot perut dapat terbentuk dan seterusnya menghalang ianya dari buncit. 

Selamat mencuba!

KOMEN PAKLONG.

Zaman sekarang ni, burger, ayam goreng, dan makanan fast food lain memang digemari.. Hadkan dari makan makanan ini pasti badan anda akan kekal ramping..

Paklong sebagai bekas doktor memang sentiasa nasihatkan para pesakit Paklong utk menjaga BMI mereka.. Pastikan BMI tak melebihi 25 kerana itu sudah di kira berat badan pra obese..

--------------
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.

Wednesday, January 21, 2015

LELAKI MINUM COKE 10 TIN SEHARI SELAMA SEBULAN , ANDA AKAN TERKEJUT MELIHAT HASILNYA.



Apabila anda meminum minuman Coke pasti anda tahu bahaya minuman ini tidak baik untuk kesihatan anda. Coke penuh dengan beratus gram gula dan asid dan ianya tidak baik untuk badan anda. Tetapi minum Coke secara sederhana dan tidak terlalu banyak tidak lah membahayakan. Tapi bila minum dengan banyak pasti ianya berbahaya!

Baru-baru ini lekaki berumur 50 tahun ini, George Prior membuat eksperimen menggunakan Coke. Eksperimen yang dilakukan sangat mudah. Dia hanya minum 10 tin Coke sehari dalam masa sebulan dan lihat perubahan yang berlaku. Dengan setiap tin Coke mengandungi 160 kalori, anda bakal lihat perubahan yang berlaku pada dirinya dalaman dan luaran. 

Kalau anda rasa 10 tin Coke terlalu banyak, cuba fikir berapa byk jus atau teh tarik yang anda minum setiap pagi selepas bersarapan dengan roti canai? Makan tengah hari dengan nasi sepinggan penuh, milo, nescafe 3in1 yang anda minum setiap hari. Mungkin tak sama dengan 10 tin Coke tetapi pasti banyak kan?



Lihat George sebelum perubahan yang berlaku pada dirinya. Dalam eksperimen ini dia telah berlatih untuk menyamakan dietnya yang lain dan yang berubah hanya pengambilan Coke nya.



Beratnya hanya 168 pun sebelum dia memulakan eksperimen ini. Sihat.

Tetapi beratnya semakin meningkat.




Semakin meningkat.



Belum cukup sebulan lagi.


Tin-tin Coke yang dia telah minum..



Di akhir sebulan tersebut, beratnya menjadi 190 paun dan dia menjadi ketagih kepada gula. Dia amat susah untuk mengawalnya kini.



Perubahan paling ketara dan paling mengejutkan! Belum lagi dilihat berapa kandungan gula dalam badannya dan bagaimana fungsi buah pinggang serta matanya!



Kenapa dia melalukan semua ini? Kata George, dia ingin menunjukkan betapa bahayanya mengambil gula secara berlebihan dan betapa tidak sihat minuman ini. "Ia terbukti", katanya. Lihat laman webnya di sini.
--------------
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.

Sunday, January 18, 2015

KHASIAT SUP BELUT YANG ANDA TIDAK TAHU



Anda suka makan belut? Kalau ya, anda merupakan orang yang beruntung kerana walaupun belut nampak jijik dan aneh bagi sebahagian orang, ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi!

Belut


Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak “sudi” makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.


Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Namun begitu, ia juga perlu dimakan secara bersederhana kerana ia mengandungi kandungan lemak yang agak tinggi.

Di bawah ini Paklong bagikan resepi sup belut yang sedap! Paklong pun terliur ni!



-----
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.

Sunday, December 7, 2014

VAKSIN SENJATA DAJJAL. JANGAN VAKSIN ANAK ANDA !!!



~Vaksin~

(Tulisan ini ditulis oleh seorang Ustaz dari Mesir) 

Semalam sembang dengan Dr.Azmier dari USM Nibong Tebal pasal vaksin. Beliau ada 6 orang anak dan semuanya tak divaksin.

Saya tanya kenapa?
Doktor jawab:
"Saya nak anak saya membesar secara organik. Bukan macam ayam cucuk."
Kah kah kah jawapan paling epic abad ini.  

Note: Alhamdulillah saya memang tak benarkan pihak hospital vaksin anak-anak saya selepas saya berbincang dengan ramai doktor/pakar kimia (yang tidak berkepentingan/berkonspirasi).
                                        
Walaupun ramai rakan-rakan mengadu mereka "dipaksa" oleh medical mafia (yang menafikan hak pesakit untuk buat keputusan sendiri) dan ditakut-takutkan, tapi Alhamdulillah kedua-dua anak saya dibiarkan tanpa vaksin tanpa dileter oleh nurse atau doktor.

Cukup dengan saya tanda tangan saya akan bertanggungjawab penuh atas apa sahaja yang terjadi pada anak saya jika tidak disuntik vaksin, mereka tidak mengganggu saya lagi.





Alhamdulillah anak pertama saya Muhammad Zakariyya, lahir tanpa vaksin di Afrika (benua ujikaji virus Dajjal-bila dajjal ada cipta virus baru, mereka akan sebarkan di Afrika seperti kes e-bola), merentas beberapa benua, singgah di beberapa negara seperti UAE dan Thailand. Tapi hidup sihat ceria (kini mencecah umur hampir 2 tahun) dan tak pernah sekali pun jatuh sakit/jejak kaki ke hospital atau klinik.

Hanya beberapa kali sahaja dia demam biasa yang tak perlu dibawa ke klinik atau hospital. Allah telah buktikan pada saya bahawa bayi saya diberi kesihatan tanpa perlu vaksin.
Antara sebab kenapa saya tidak mahu anak divaksin ialah kerana:
-Kandungannya diragui dan tiada pengesahan halal dari mana-mana badan autoriti.
-Efeknya juga kelihatan sangat tidak baik berbanding anak-anak yang free-vaksin. Yang kena vaksin, selalunya akan jatuh sakit (dengan izin Allah), kena ulang masuk klinik/hospital.
-Selama jutaan tahun bayi hidup sihat atas muka bumi ini tanpa vaksin, hanya ketika zaman Dajjal (zaman NWO) sahaja vaksin di- "wajibkan" oleh the hidden hand.
-Mengikut pengkaji-pengkaji/pendedah konspirasi Dajjal contohnya seperti pengarang buku "The Deadly Mist", seperti biasa, pihak Dajjal (barat) memang suka "cipta penyakit" dan "cipta ubatnya" sekaligus.
-Mereka cipta virus.
-Kemudian sebarkan melalui udara.
-Kemudian ramai orang sakit.
-Kemudian "mereka" akan datang sebagai hero dan membawa "ubat".
-Hasilnya: Orang ramai akan takut dan mula berpusu-pusu membeli ubat tersebut.
-Pihak Dajjal menjadi kaya-raya.
-Kesihatan sedunia pula tergugat.
Sama juga macam kes virus+anti virus dalam komputer.
-Mereka yang cipta virus dan sebarkan.
-Kemudian mereka jual anti-virus untuk kaut keuntungan atas angin berjumlah jutaan dollar.
Jadi saya menolak keras anak-anak saya menjadi mangsa bahan eksperimen Dajjal atau "ayam suntik" mereka....
InsyaAllah Allah akan lindungi kami sekeluarga daripada penyakit/virus yang disebarkan puak-puak Dajjal.


Note 2: Saya tak pernah salahkan nurse atau doktor. Mereka tidak lain hanyalah "menurut perintah". Janganlah geng-geng doktor mai serang status saya ye.  Sebab yang tak mau vaksin ni bukan sahaja golongan "buta medic" macam saya, tapi golongan doktor pakar perubatan sendiri tak mahu dirinya dan anak-anaknya divaksin.


KOMEN PAKLONG.

Paklong ada latar belakang dalam bidang perubatan.
Bagi paklong, tulisan di atas adalah tulisan paling mengarut pernah paklong dengar.
Tahu tak virus Smallpox dah hilang dari dunia dengan sebab adanya vaksin? (dengan izin Allah)

Ustaz di atas tak pernah hidup zaman virus Polio, Smallpox dan virus-virus yang bahaya sampai tahap dicipta vaksin untuknya. Teruk. 500 juta orang pernah mati sebab Small pox sahaja.
Cuba google kalau tak percaya. Kita patut bersyukur pada Allah sebab bagipenemuan vaksin pada manusia. Ustaz-ustaz ni cakap tapi takda ilmu. Itu masalahnya.
Masalah paling besar sekarang ni adalah wujudnya golongan Anti Vaksin seperti ustaz di atas.
Nanti, virus yang sudah lama hilang di dunia akan muncul balik, sebab adanya bayi yang tak divaksin.
Waktu tu, bila dah berjuta juta mati , barulah Ustaz-ustaz macamni puas hati.

Komen Paklong, nak vaksin ke tak ikut suka hampa la, tapi JANGAN HANTAR ANAK HAMPA SATU TADIKA DENGAN CUCU AKU!!!

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.


 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni