ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

ARTIKEL KAMI

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU




CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU


CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU

Saya kongsikan tips ini untuk peringatan kepada semua setelah banyak kedai-kedai yang menjual kacamata rayban palsu yang merebak bukan sahaja di pasar malam atau uptown malah kedai optikal juga turut sama menjual rayban palsu. Kedai optikal yang saya maksudkan bukanlah kedai optikal dengan nama yang besar, tetapi kedai-kedai “single shop”. Sekali imbas memang nampak seperti original dan ditawarkan dengan harga yang sama atau lebih rendah sedikit berbanding dengan original.

Pengalaman saya “survey” dari 1 kedai ke 1 kedai ini, hampir kesemuanya mencampurkan produk original dengan “fake”. Model yang banyak “fake” adalah model dari kategori ‘The Icons’ sebab model-model ini memang popular dan dikeluarkan sepanjang zaman. Model ‘The Icons’ adalah Aviator, Shooter, Outdoorsman, Wayfarer dan beberapa lagi.

RAYBAN: Rayban dimiliki oleh syarikat Luxottica Group. Sebuah syarikat Itali setelah membeli dari Bausch & Lomb pada tahun 1998. Jadi kalau anda masih terjumpa stok baru by ‘Bausch & Lomb’, sah-sah ia adalah palsu. Untuk pengetahuan, Luxottica ini juga mengeluarkan kaca mata jenama-jenama mewah yang lain seperti Burberry, D&G, DKNY dan jangan tak tahu, Oakley juga adalah jenama di bawah Luxottica Group. Boleh rujuk www.luxottica.com

Jadi, bagaimana nak membezakan produk original dan palsu? Di bawah ini saya senaraikan beberapa tips. Perbandingan yang saya buat ini berdasarkan stok baru batch 2012. Ada beberapa kelainan berbanding batch sebelum ini yang akan saya terangkan kemudian. So, kita akan mulakan dengan:

1. KOTAK

Kenapa kotak? Sebabnya, pengeluar Rayban palsu ini lebih berusaha untuk meniru kaca mata itu sendiri berbanding kotak. Kotak tidak dipamerkan di ruang jualan dan pelanggan biasanya akan membelek kaca mata berbanding kotak. So, tips di sini kalau anda dah belek spek dan bertanya tentang keasliannya, cuba pula tanya soalan ini, “boleh tengok kotak tak?”

Apa yang ada pada kotak?

Pada kotak tersebut ada 1 pelekat yang memaparkan Manufacturer, Model No, Colour Code, Size dan Barcode. Semua ini mestilah sepadan dengan kaca mata yang nak dibeli. Yang turut dicetak pada kaki sebelah kiri spek tersebut,



Yang di atas ini, kotak untuk Leather Collection. Warna hitam dan tetap ada sticker.



2. CASING/POUCH

Casing untuk Rayban secara asasnya cuma ada dua warna iaitu hitam dan coklat, kecuali merah untuk model rare print, black carbon fiber untuk Rayban Tech dan kelabu dengan tulisan titanium untuk titanium series.

Contoh yang saya tunjuk ini adalah untuk model Aviator RB3025 dan RB3026. RB3025 lebih slim manakala untuk RB3026 lebih besar sesuai dengan saiz kaca matanya juga yang lebih besar. Model Wayfarer juga menggunakan casing yang sama seperti RB3026. Untuk batch yang baru ini, kesemua model RB3025 yang saya ada datang dengan casing warna coklat. Mungkin next batch ada warna hitam pula.



Perhatikan perbezaan bentuk dan saiz. Jenis material kulit yang digunakan juga “dull” (tak berkilat), casing palsu mungkin lebih berkilat sebab material murah. Juga perhatikan kedudukan bulatan logo di tepi yang terletak di tengah-tengah antara atas dan bawah. Kedudukan “button” yang selari dengan bahagian bawah logo (rujuk pembaris), tulisan Rayban pada sudut +-30 darjah dan tulisan Rayban pada ‘button’. (Batch sebelum ini tak ada tulisan Rayban pada button)(material macam contoh di atas cuma untuk model-model Aviator, Wayfarer, Clubmaster casing untuk model lain mungkin menggunakan material lain. Mungkin PU leather.)

3. CLOTH & PRINTED MATERIAL


Cloth atau kain lap di “pack” sekali dengan “printed material” dalam 1 plastik dan datang bersama dengan booklet The Icons. Dalam booklet ini ada model-model The Icons, keterangan serta sejarahnya. Booklet ini tak semestinya sentiasa ada. Next batch mungkin tak ada.





4. LENS STICKER

Sticker pada lens mungkin berbeza-beza. Ada yang bersticker dan ada yang tak ada sticker. Tapi yang paling penting harus diketahui apa makna disebalik sticker berkenaan. Contoh di bawah adalah G-15 (Rayban terkenal dengan lens jenis ini). Green dengan 15% light transmission.

Jadi kalau lens anda warna selain dari G-15 tapi ada sticker G-15, memang ada yang tak kena. Begitu juga dengan polarized. Kalau ada sticker polarized pada non-polarized lens pun ada yang tak kena juga. Sticker lain adalah Rayban Tech pada model Carbon Fiber dan juga B-15 untuk lens Brown 15% light transmission. (dulu ada B-20 tapi sekarang dah tak ada lens jenis ini.)



5. LENS

Cuba perhatikan kedudukan perkataan Rayban itu. Semuanya pada sudut dan jarak yang sama. Ruang atas antara bingkai dan tulisan pun sama. Yang palsu pula ada yang ke bawah sedikit atau ke atas sedikit ataupun ke tepi sedikit. Perhatikan betul-betul.



Perhatikan juga RB yang di engrave pada lens di kedudukan yang selari dengan joint untuk lens sebelah kiri.

6. BINGKAI

Pada sebelah kiri kaki spec akan tercetak model, colour code, size dan filter type. Contoh RB3025 AVIATOR LARGE METAL 001/51 58-14 3N. Di bahagian sebelah kanan pula Rayban MADE IN ITALY R CE. Yang palsu pun mungkin ada juga. Jadi, periksa sama ada sepadan dengan kotak ataupun tidak. Anda juga boleh mendapatkan bantuan dari Google. Taip saja model dan colour code, contoh, RB3025 001/51. Kalau keluar sama dengan yang anda ingin beli, anda bernasib baik. Jika sebaliknya, jangan beli.

Ada juga beberapa model Rayban untuk pasaran asia mungkin Made In China atau Made In Japan. Kalau anda terjumpa yang seperti ini, tidak semestinya spek itu palsu.



7. SKRU

Ramai yang keliru bab skru sebab ramai yang cakap original pun menggunakan skru ( – ). Kalau guna skru ( + ) itu adalah palsu disebabkan model lama Rayban Aviator memang guna skru ( – ). Tetapi semenjak beberapa tahun yang lalu, model Aviator yang baru datang dengan skru ( + ) manakala model Wayfarer masih kekal dengan skru ( – ). Jadi skru ( + ) tidak semestinya palsu.



8. CIRI-CIRI LAIN

Ciri-ciri yang lain adalah pada bawah bridge bertulisan Ray-Ban dengan saiz contoh 58-14. Perhatikan jenis font dan jaraknya. Kemas dan tidak terlalu rapat. Tulisan RB pada nosepad dan juga rekaaan ear pad yang bengkok ke luar.



Okay, rasanya ini saja yang dapat saya kongsikan. Ini hanyalah sebagai panduan. Yang palsu mungkin juga mempunyai sesetengah dari ciri-ciri di atas. Jadi berhati-hati supaya anda tidak tertipu. Anda boleh merujuk laman rasmi Rayban untuk senarai model dan warna www.ray-ban.com/international dan www.raybanmalaysia.com

Semoga artikel ini membantu anda untuk mengenali yang mana Ray Ban original atau palsu.

KONGSIKAN ARTIKEL INI DI LAMAN SOSIAL

Monday, September 14, 2015

Mungkin Ini Sebenarnya Hikmah disebalik Tragedi Kren Runtuh di Makkah!













Tragedi musim haji 2015 yang menyayat hati... Tragedi kren tu runtuh Jumaat lalu, mengejutkan semua orang.


Disahkan 107 maut dalam tragedi itu dan 6 orang jemaah Haji Malaysia dilaporkan cedera.


Ahli keluarga jemaah haji Malaysia boleh menghubungi Pusat Maklumat TH di talian 03-62071919.


Semoga Allah lindungi semua jemaah haji untuk musim kali ini. Mungkin tragedi kali ini teguran Allah... Terlalu banyak pembaharuan dan pembangunan di Makkah dan Masjidil Haram masa kini... Mungkin Allah murka???







Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!


Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.



Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!


Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"


PERSOALAN DEMI PERSOALAN


Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!




Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.




Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.




Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!


Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.



Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

Saturday, September 12, 2015

13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI







1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.

Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.

Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.

Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.

Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.

Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.

Suami akan gembira bila seleranya ditepati.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.

Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.

Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.

Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.

Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.

Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.

Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.

Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.

Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.

Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.

Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut

Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.

Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai

Tuesday, September 8, 2015

6 cara meningkatkan rezeki menurut ayat-ayat Al Quran dan hadis










Berikut adalah 6 cara meningkatkan rezeki menurut ayat-ayat Al Quran dan hadis…


1. BERTAUBAT

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu” [Surah Nuh 71: 10-11]
2. TAKWA

…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)… [Al-Talaaq 66 2-3]
3. ERATKAN SILATURRAHIM

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. ~Bukhari dan Muslim
4. BERSEDEKAH

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”. [Surah Saba’ 34: 39]
5. BERIBADAH

“Firman Allah: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
6. MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

“Lanjutkanlah haji dengan umrah, karena sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagai-mana api dapat menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu me-lainkan Surga” (Hadis riwayat Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa’, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Abdullah bin Mas’ud r.a)

Mudahan kita dapat amalkan bersama.

Saturday, September 5, 2015

Kisah Ustaz Kasanova yang mengahwini 11 GADIS dan mencuri duit Umrah





Biodata Ustaz Penipu Razis Bin Ismail



NAMA PENUH MOHD RAZIS BIN ISMAIL.


I/C NO. 821020-14-5185.


ALAMAT 90-17-2, APARTMENT PUTRA RIA, JALAN BANGSAR, 59200 KUALA LUMPUR (RUMAH IBU BAPA DIA).


PENIPUAN DIA :


(1) KAWIN DENGAN GADIS2 BAIK KEMUDIAN DITINGGALKAN (BERKAHWIN LEBIH DARI 11 ORANG - SUMBER DARI SIASATAN YANG DIBUAT).


(2) MELARIKAN DUIT ORANG NAK PERGI UMRAH MENGGUNAKAN SYARIKAT AL-FAJR & ZAHAFIZ


(3) MEMUNGUT DERMA UNTUK RUMAH ANAK YATIM DAN MAAHAD TAHFIZ YANG TAK PERNAH WUJUD...PERNAH MASUK PENJARA 2 KALI TAPI DIIKAT JAMIN OLEH KELUARGANYA.....


.....dari siasatan dan bukti2 dari balai polis, jabatan penjara, beberapa keratan akhbar tahun 2009...bukan fitnah tapi semua ada bukti...


Muka memang nampak baik...


BAGAIMANA DIA MENIPU UNTUK BERKAHWIN?


MODUS OPERANDI -


Berkenalan dengan wanita dalam masa yang singkat dan dilamar untuk berkahwin untuk mengelakkan maksiat.


Seterusnya berjumpa dengan keluarga wanita (merisik & bertunang) dengan membawa adik2 dia (yang turut bersubahat)


Bersama saudaranya dari Perak (sama ada turut bersubahat atau sebenarnya bukan saudaranya tapi diupah untuk menipu).


Akhirnya bernikah dengan membawa adik2nya dan saudaranya yang lain pula.


KENAPA IBU BAPANYA TIADA MASA HARI PERTUNANGAN & PERNIKAHAN?


Alasannya ibu bapanya dalam proses penceraian.


Katanya bapanya sangat garang dan tak mengizinkan ibunya untuk turut hadir atau ibunya akan dipukul (setiap alasan adalah berbeza dengan wanita2 lain).


PENDAFTARAN NIKAH DI PEJABAT AGAMA TIDAK MENGGUNAKAN SISTEM KOMPUTER TAPI SECARA MANUAL.


JADI PEMBOHONGAN STATUS BUJANG TIDAK DAPAT DIKESAN.


Setiap wanita yang dikahwininya akan ditinggalkan dalam tempoh masa tertentu.


____________

ADUAN MANGSA :


1 - Hasmariza Md Hashim :dulu dia ada ambik buku kat syarikat tempat saya kerja...


sudahlah buku tak dibayar, dia pula lesap entah ke mana..


tanya isterinya, dia pun tak tahu!


kemudian dia ada handle kursus kawin..


dah bayar..dia pulak lesap dengan duit tu!


mana-mana nakkan sijil meloponglah


2 - Fatonah Noordin : sblm ni razis ada guna fb baru untuk berkenalan dgn gadis2, iaitu,,,


pengemis kasih ilahi..namun 2minggu selepas itu, akaunnya telah didelete dan tak dapat kesan hingga skrg

(nyaris berkahwin dengan lelaki ini juga)


3 - Hanani Hamid : Saya kenal pemuda ini smasa tinggal di Tmn Cheras Indah, (dkat Tmn Shamelin Perkasa) sekitar thun 2003-2005.


Msa tu dia plajar tahfiz di masjid Tmn saya.


Dia mgjar anak2 sya mgaji swaktu lapang. Lost contact dlm stahun lebih, pastu dia dtg rmah knalkn isteri pd kmi skeluarga ( no idea isteri no brapa).


Slpas kmi pndah ke tempat bru, suami sy terkena dgn dia ( dia berhutang duit).


Hp dia xdpt dihubungi, sy cba call ofis dia - PPIM.


Staf disana cerita pasal dia yg bermasalah. & msa tu dia dh xkerja diPPIM).


Antara masalahnya ialah songlap duit org2 yg nk gi Umrah dan ada rnai isteri msa tu thun 2007.


L/ kurang stahun lpas tu, terbca dlm Harian Metro dia di tangkap, di dakwa dan dijatuhi hukuman, kalau xsalah atas tuduhan melarikan yuran peserta umrah.


Bila baca kisah dia di sini, xsangka pula masih belum setel permasahalahan dia ni, esp masalah kahwin cerai.


Saya berharap Mohd Razis Ismail, jika anda baca tulisan ini, bertaubatlah dan kembali kepada Allah.


Jgn gunakan nikmat wajah yg tampan pinjaman Allah itu ke jln maksiat atau dosa.


Jangan fitnahkan Islam dan ustaz2 yg ikhlas berdaawah krn Allah dgn apa yg telah anda lakukan.


Akhir sekali, saya beristigfatar dan memohon ampun dr Allah jka tulisan ini mdpt murkaNya.


Saya menulis atas alasn mengumpat yg dibolehkan dlm Islam iaitu mnceritakn keburukan seseorg pd org lain dgn harapan tiada lg yg jd mangsa dia.


Razis, akak minta maaf sekali lg dan kembalilah pd Allah sebelum Razis di jemput DIA utk meninggalkan dunia ini.


4 - Shahril AlFandani : Dia memiliki sijil Darul Quran palsu..pernah berkhidmat sebagai Imam 1 di Masjid Al-Azim Pandan Indah 2004...


Orang pandan banyak mengenali dia... Baru2 ni dlm bulan puasa dia kawin dgn org kedah hanya 3 hari je dapat duit terus belah...


5 - Yna Parera : pernah jmpe face to face.muke nmpak baik tp penipu..smga Allah bkk pintu hatinya untk brtaubt..


dy kawen ngn ank sdare a.ipr sy..bln 1 ary to.. dh to tggal gitu je isteri dy. tpn x dpt.senyap trus..


bla jdi g2 tpon kt pjbt agma.bru thu si lelaki prnh kwen.mse nk kwen ngn ank sdra a.ipr ngaku bujang..sdgkn isteri brderet2...


blh plok ckp.ada sdare mnggal..so mk ayh x blh dtg..tepat lak msenye..


agknye yg dtg mse bertunang .pelakon tmbhan..mmg pandai blkon la!!geramnya...


to la.mse ary brsnding,sorg dri dtg.mk yah x blh dtg sdre mnggl...


sbln je .psto trus ilgkn dri..ckp g situ sini.


last2 kol tpon trus x dpt smpai skrg.


6 - Mohamad Fazli Yusof : Semasa saya menyiasat beliau di Masjid pandan indah,KL, org masjid (jaw tinggi kat masjid) bgtau beliau dulu pernah jd Imam kat sini thn 2004.


Menurutnya, beliau dah direject oleh banyak masjid sekitar kl-selangor krna menggunakn sijil palsu, juga diberitahu beliau ada menyeleweng wang Tahfiz beratus ribu nilainya,


beliau juga dikatakan bernikah dgn gadis kolej dan meninggalkan gadis tersebut.


-->>Mohamad Fazli Yusof : Bulan lepas adik saya siasat beliau kat Kg Baru,KL...


beliau pernah tinggal disana dulu, pegi tanya org kg, baru je sebut nama beliau org kg terus maki hamun beliau, katanya beliau dah kahwin 11x...


org kg siap nyumpah ke dia mati nanti dlm longkang je xde org layan, bayangkan bro umur baru 30 dah kahwin 11x... Ape citer bro...


(Komen bwh pic ni : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4613807984429&set=a.4238798769433.2176034.1269434289&type=1&theater&notif_t=like)


7 - Ustaz Ridhuan Mohd Noor pun dah terkena :(komen bawah pic ni)


"Ustaz Riduan Mohd Nor hihi....aduyaiii...geram rasa...ana setuju yg kena buat report,,jgn diam..nanti kesian yg lain"


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=486241068077435&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&type=1&relevant_count=1


8 - Mohd Nazri : Ana penah kena dgn dia jgk..hampir 5 ribu utk kos rawatan sdangkan bru 2x rawatan..hmm..


Moga Allah buka pintu hati dia.. (komen bawah pic ni)


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=486241068077435&set=a.215552238479654.59038.171309649570580&type=1&relevant_count=1


9 - Ieda Ismail : Kwn aku si 'Mrzroe Kambeng' ni la..kene tipu smpai nk dekat 10k.. tanya dia kalo nk taw citer..aku cuma tolong bg link je..hehe


Mrzroe Kambeng : Ada org bodo kena tipu lagi dgn razis ke? (komen bawah post ni)


https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/posts/452572528120078


10 - Arza Azriq : Dia ni mmg giler!!..1 of my neighbour ustazah kawin ngn dia...


masa mak perempuan x setuju beria2 pujuk mintak nk kawin..then bila dh kawin dia tinggalkan mcm tu...


skrg ni bini dia tu dlm pantang beranak kembar...x penah balik since mengandung sampai skrg...


mintak cerai x penah dtg mahkamah..ni mmg bapak segala penipu!!..Eeee...bodoh!!!..


(Komen bawah post ni :


https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/posts/486235528077989)

_____________

Fb lelaki ini:


https://www.facebook.com/profile.php?id=100004375505480


*Nasihat admin,gadis2 atau janda2 yang pernah,sedang atau akan terjatuh hati dengan dia,tolong angkat balik hati anda tu bawa lari jauh2...


*Gara-gara orang macam nilah yang membuat gelaran 'ustaz' tercemar.Menggunakan agama untuk mengenakan orang lain.


Ps : Moga kita, dibawah lindungan Allah sentiasa.

Kisah tragik bayi comel Syria yang terdampar di pantai Turki





LIHAT senyuman manis si cilik berbaju kuning itu (gambar bawah), yang ceria bergaya di sebelah abangnya semasa gambar aksi bersahaja mereka dirakam.

Siapa sangka si comel ini bakal menempuhi perjalanan penuh onak berduri, hanya untuk menemui ajalnya dengan cara yang begitu menyayat hati?

Gambar jenazah Aylan Kurdi yang ditemui dengan wajahnya tertangkup di atas pasir di tepi pantai berdekatan sebuah resort di Bodrum, Turki, pada 2 September 2015 telah mencetuskan impak yang besar kepada jutaan masyarakat dunia.

Berpakaian t-shirt merah dan seluar biru, mangsa yang berusia 3 tahun dari bandar Kurdish-Syria itu dipercayai antara 12 pelarian yang cuba memasuki negara Greece, namun lemas apabila bot dinaiki mereka karam.



Jenazah abangnya yang berusia 5 tahun juga dilaporkan ditemui tidak jauh dari lokasi Aylan ditemui.

Persoalannya, siapakah Aylan Kurdi? Bagaimanakah kanak-kanak sekecil ini menemui pengakhiran hayatnya dengan cara yang sungguh menyayat hati?

Kedua-dua kanak-kanak lelaki dan ibu mereka Rehan, 35, mati lemas apabila perahu kecil penuh sesak yang dinaiki mereka terbalik cuma satu jam selepas ia meninggalkan kawasan Akyarlar di Semenanjung Bodrum akibat ombak besar.

Bapa kepada dua kanak-kanak itu, Abdullah, merupakan salah seorang mangsa yang terselamat daripada tragedi tersebut.

Beliau berada di laut selama tiga jam sebelum diselamatkan oleh pengawal pantai Greece. Dia cuba untuk menarik keluarganya, namun gagal untuk menyelamatkan mereka apabila pegangannya terlepas.



Dari Manakah Mereka Datang?

Keluarga Kurdi, yang terdiri daripada suku kaum Kurdish, telah melarikan diri daripada konflik peperangan militan IS di Syria.

Abdullah Kurdi, yang dilaporkan bekerja sebagai tukang gunting rambut di Damsyik, difahamkan telah membayar €4,000 (RM18,938) kepada pemilik bot kecil itu untuk bawa keluarganya keluar daripada Syria dan menuju ke Eropah.

Menurut wartawan daripada bandar Kobane, Mustafa Ebdi, keluarga itu telah beberapa kali cuba untuk melarikan diri daripada kekejaman rejim peperangan Assad.

Katanya: “Mereka tinggalkan Damascus pada tahun 2012 dan pindah ke Aleppo. Namun apabila konflik beralih ke situ, mereka sekeluarga membawa diri ke Kobane, sebelum bergerak ke Turki apabila keganasan mula tercetus di kawasan tempat duduk mereka pula.”



Rancangan Untuk Mulakan Hidup Baru Di Kanada

Kakak Abdullah Kurdi, Teema, tinggal di Vancouver, Kanada, di mana keluarga itu bercadang untuk mulakan kehidupan baru.

Usaha Teema untuk membolehkan ahli keluarganya pindah ke Kanada gagal apabila permohonan visa pelarian yang dibuat Jun lalu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa Kanada atas sebab mereka merasakan pelarian di Turki tidak berada di dalam lingkungan bahaya.

Namun, harapan keluarga ini untuk hidup aman bahagia di tempat baru punah-ranah sekelip mata.

“Pada hari kejadian, saya dikejutkan dengan sebuah panggilan telefon daripada adik ipar saya, yang memberitahu bahawa beliau baru sahaja bercakap dengan Abdullah.

“Dalam panggilan telefon itu, Abdullah hanya menyatakan.’Isteri dan dua anak lelaki saya sudah tiada’,” cerita Teema.



Tragedi yang meragut dua nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa ini berjaya membuka mata penduduk dunia terhadap ketidakadilan yang berlaku akibat peperangan di Syria.

Netizen serta artis dari seluruh dunia kini memberi penghormatan terakhir kepada Aylan melalui lukisan gambar yang menyentuh hati di bawah hashtag #KiyiyaVuranInsanlik, atau #HumanityWashedAshore.

Sementara itu, Abdullah berkata dia bercadang untuk mengambil mayat keluarganya kembali ke kampung halaman mereka di Kobane untuk menjalankan upacara pengkebumian.

Bagaimanapun dia masih buntu macam mana untuk membawa jenazah ahli keluarganya pulang atas faktor jarak yang begitu jauh. – MYNEWSHUB.CC

Friday, August 28, 2015

16 tips yang sangat penting untuk berdepan dengan GAS PEMEDIH MATA.







Di bawah ini pula 16 tips yang sangat penting untuk kita tahu sekiranya berdepan dengan tear gas:


1. Sebelum gas pemedih mata dilepaskan
Image via mytwogirls.net


1. Sekiranya anda nampak pihak keselamatan mula mengenakan topeng muka, bermakna gas pemedih mata akan dilepaskan.

2. Sekiranya anda memakai kanta pelekap (contact lense), tanggalkannya dengan segera, jangan gunakan kanta pelekap ini walaupun keadaan telah reda. Pakai cermin renang (goggle) sekiranya ada.

3. Tutup mulut dan hidung rapat dengan kain yang dibasahkan dengan air kosong (sebaiknya dibasahkan dengan air limau).

4. Sekiranya anda ada baju hujan, maka pakai baju dan seluar hujan dengan kemas serta tutup kepala anda dengan penutup kepala.

5. Jangan gunakan losyen atau minyak sebagai pelindung kulit kerana ini akan lebih memburukkan keadaan kerana losyen dan minyak akan memerangkap kimia gas pemedih mata pada kulit anda.


2. Ketika gas pemedih mata dilepaskan

Image via syntheticzero.net


6. Cuba bertenang, Jangan Panik! Jika anda panik, suhu badan anda akan meningkat dan akan lebih memedihkan lagi mata dan kulit anda. Cuba bergerak keluar dari asap gas pemedih mata.

7. Jangan sentuh muka dan mata anda dengan tangan.

8. Hembus hidung, dan ludahkan keluar kimia yang terdapat dalam gas pemedih mata daripada mulut.

9. Jangan sentuh tin gas pemedih mata yang dilepaskan, ianya panas.

10. Sekiranya anda dapati ibu mengandung atau kanak-kanak berada di kawasan tersebut, gunakan sarung tangan kulit untuk mencampakkan tin gas pemedih mata tersebut ke kawasan yang tiada orang. (Jangan campakkan tin gas pemedih mata tersebut ke arah pasukan keselamatan).


3. Selepas berada di kawasan yang terdedah kepada gas pemedih mata

Image via www.jansochor.com


11. Basuh pakaian yang dipakai secara berasingan daripada pakaian harian yang lain. (gunakan air sejuk)

12. Mandi dengan air sejuk/bersuhu sederhana. Jangan gunakan sabun dan elakkan penggunaan air panas kerana ia akan menyebabkan pembukaan liang roma dan membolehkan ejen lakrimator yang terdapat pada tubuh masuk ke dalam badan.

13. Jangan meletakkan sebarang losyen atau krim pada kulit yang terjejas kecuali setelah mendapat nasihat pakar atau setelah tubuh badan dibersihkan atau selepas 6 jam. (CS larut di dalam lemak, maka penggunaan krim mahupun losyen hanya akan memburukkan keadaan)

14. Boleh gunakan ais yang dibalut dengan kain bagi mengurangkan rasa pedih pada kulit.

15. Kelewatan di dalam membersihkan diri mahupun berterusan membiarkan diri terdedah dengan gas pemedih mata juga akan memberikan kesan yang buruk seperti radang kulit.

16. Jika menghadapi kesan sampingan yang lebih teruk seperti blister, penyakit berkaitan sistem pernafasan, dan serbuk CS mengenai mata pada kuantiti yang banyak, maka dinasihatkan agar segera berjumpa doktor di pusat rawatan kesihatan yang berdekatan.


Seperti yang pernah kami maklumkan sebelum ini, semuanya terpulang ke atas diri anda sama ada ingin menyertai perhimpunan Bersih 4 atau tidak. Kami cuma mengharapkan agar tiada sebarang keganasan berlaku sepanjang perhimpunan.


Diharap perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Monday, August 3, 2015

Ini Rupanya Sebab TS Muhyiddin Yassin Dipanggil Menghadap Sultan Johor Semalam !






Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima kunjungan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin tiba bersama isterinya Norainee Abdul Rahman dan menghadap sultan dan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail.

Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin turut hadir dalam pertemuan kira-kira sejam di di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Muhyiddin dilihat keluar daripada istana pada jam 4.35 petang sambil melambai kepada wartawan yang meunggu di luar pagar istana.

Tengku Ismail pula kemudian berangkat keluar daripada istana dengan sebuah kereta mewah Rolls Royce Phantom.

Perjumpaan itu dispekulasikan berkaitan isu pengguguran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suara tidak puas hati terhadap pengguguran Muhyiddin, yang lantang bersuara dalam isu 1MDB, banyak datang daripada Johor, kubu kuat beliau.

Sultan Ibrahim terkenal sebagai seorang sultan yang banyak terlibat memberi ulasan dalam perjalanan politik negara ini.


Sebab Muhyiddin dipanggil menghadap


Muhyiddin pernah menjadi menteri besar Johor pada 1986. Sultan dan Muhyiddin memang rapat sejak dari itu. Sultan Johor pula seperti kita semua kenal memang mesra orangnya.

Muhyiddin mungkin dipanggil untuk menjelaskan isu sebenar yang berlaku ketika pemecatannya. Umum mengetahui , media sosial boleh dimanipulasi siapa saja , jadi Sultan mestilah mahu mendengar berita yang mengejutkan itu dari mulut Muhyiddin sendiri kerana itulah sumber yang paling tepat.

Pertemuan mereka berlansung selama satu jam sahaja. Satu jam itu  masa yang cukup -cukup untuk bertanya khabar dan bercerita tentang berita -berita negara. Buletin Utama TV3 pun sejam tempohnya , kan?

Ada mulut-mulut  tak berinsurans membuat andaian bahawa TS Muhyiddin mahu menjatuhkan kerajaan Najib dengan berkomplot dengan kerabat diraja Johor , ini sebabnya khabar itu sama sekali salah.

1. Muhyiddin pergi menghadap Sultan bersama  Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin , Ketua Umno Johor. Mana logik kalau dia nak jatuhkan kerajaan  Najib di depan Khaled Nordin. Kantoi la!

2. Muhyiddin bukanlah seperti Anwar. Dia memang berjuang untuk rakyat, tetapi dia taat kepada UMNO, kalau dia nak berjuang, dia akan berjuang dari dalam UMNO. Mengikut perangai Muhyiddin dari awal penyertaan beliau dalam politik, beliau bukanlah ahli politik opportunis dan gila jawatan. Dia tak akan musnahkan parti beliau kerana ketaatannya yang pelik itu.

3.Muhyiddin tak mahu jadi Perdana Menteri. Beliau dicalonkan bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan yang lepas. Ramai yang menyokongnya untuk nai, tetapi dia menolak dengan alasan tidak mahu memecah belahkan parti. Dia tiada cita-cita  untuk jadi Perdana Menteri dan selesa selamanya berada di tempat nombor dua.

Najib boleh tidur lena sebenarnya kerana TS Muhyiddin tidak akan menggugat kerajaannya walau apapun yang terjadi. Muhyiddin boleh kita ibaratkan sebagai Hang Tuah Moden kerana ketaatannya yang tiada batas.

Sunday, August 2, 2015

Bill Gates Membuat 15 Ramalan Pada Tahun 1999 Dan Ketepatannya Ramalannya ‘Menakutkan’





Pada tahun 1999, Bill Gates menulis sebuah buku bertajuk ‘Business @ the Speed of Thought’. Dalam buku itu, Gates membuat 15 ramalan yang pada masa itu mungkin kedengaran seperti keterlaluan. Tetapi seorang pelajar jurusan perniagaan, Marcus Kirjonen menulis dalam blognya bahawa ramalan Gates ternyata menjadi kenyataan. Dan ketepatannya, ‘menakutkan’.


(Gambar: Bill Gates ketika muda)

1. Laman web perbandingan harga

Ramalan Gates: “Perkhidmatan perbandingan harga secara automatik akan dibangunkan, yang membolehkan orang ramai untuk membandingkan harga dari beberapa laman web, membuatkan ia mudah untuk mencari produk paling murah dalam semua industri.”

Apa yang kita lihat sekarang: Anda boleh mencari produk di Google atau Amazon dan mendapatkan harga yang berbeza untuk produk yang sama. Laman web seperti NextTag dan PriceGrabber dibina khusus untuk perbandingan harga.

2. Peranti mudah alih

Ramalan Gates: “Orang ramai akan membawa peranti kecil yang membolehkan mereka untuk sentiasa kekal berhubung dan menjalankan perniagaan elektronik dari mana sahaja mereka berada. Mereka akan dapat memeriksa berita, melihat tempahan penerbangan mereka, mendapatkan maklumat daripada pasaran kewangan, dan melakukan apa sahaja yang lain pada peranti ini.”

Apa yang kita lihat sekarang: Telefon pintar, dan kini jam tangan pintar, berupaya melakukan aktiviti yang disebut di atas untuk ramai orang.

3. Pembayaran dan pembiayaan kewangan atas talian, penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui web.

Ramalan Gates: ” Orang ramai akan membayar bil, menjaga kewangan, dan berkomunikasi dengan doktor mereka melalui Internet.”

Apa yang kita lihat sekarang: Teknologi tidak mampu untuk mengubah penjagaan kesihatan dalam skala yang besar, tetapi ada laman web seperti ZocDoc yang membantu dalam pencarian dan penjadualan dengan doktor dengan lebih mudah. Anda kini boleh membuat pinjaman wang secara atas talian melalui laman web seperti Lending Club, dan mudah membuat pembayaran melalui laman web seperti PayPal dan Venmo.

4. Pembantu peribadi dan Internet of Things

Ramalan Gates: “Pembantu peribadi akan dibangunkan. Aplikasi atau peranti ini akan menyambung dan menyegerakkan (synchronize) semua peranti anda dengan cara yang pintar, sama ada di rumah atau di pejabat, dan membolehkan mereka untuk bertukar-tukar data. Peranti akan memeriksa e-mel dan membentangkan maklumat yang anda perlukan. Apabila anda pergi ke kedai, anda boleh memberitahu apa resipi anda mahu untuk sediakan, dan ia akan menghasilkan senarai bahan-bahan yang anda perlukan. Ia akan memberitahu maklumat terbaru tentang anda kepada semua peranti yang anda gunakan untuk membuat pembelian dan jadual, yang membolehkan peranti-peranti ini untuk menyesuaikan diri secara automatik ke atas apa yang anda sedang lakukan.”

Apa yang kita lihat sekarang: Google Now, pembantu pintar yang boleh digunakan dari peranti mudah alih, sudah mula mampu menyediakan kemudahan ini. Sementara itu, peranti pintar seperti Nest mengumpul data mengenai rutin harian anda dan secara automatik menyesuaikan suhu rumah. Beacons akan menghantar kupon berdasarkan tabiat membeli masa lalu anda.

5. Pemantauan rumah secara atas talian

Ramalan Gates: “Suapan video secara berterusan dari rumah anda akan menjadi biasa, yang memberitahu anda apabila ada pelawat semasa anda tiada di rumah.”

Apa yang kita lihat sekarang: Dropcam menjual kamera pengawasan rumah yang membuat lebih mudah untuk anda memantau rumah anda dari jauh. Google membeli syarikat tersebut dengan harga $555 juta pada tahun 2014.

6. Media sosial

Ramalan Gates: “Laman web peribadi untuk rakan-rakan dan keluarga anda akan menjadi biasa, membolehkan anda untuk berbual dan merancang acara.”

Apa yang kita lihat sekarang: Laman media sosial seperti Facebook dan Instagram memenuhi ramalan ini.

7. Tawaran promosi secara automatik

Ramalan Gates: “Perisian yang tahu apabila anda telah menempah perjalanan dan menggunakan maklumat tersebut untuk mencadangkan aktiviti di destinasi tempatan. Ia menunjukkan aktiviti, diskaun, tawaran, dan harga lebih murah untuk semua perkara-perkara yang anda mahu buat. ”

Apa yang kita lihat sekarang: Laman web percutian seperti Expedia dan Kayak menawarkan tawaran berdasarkan data pembelian yang lalu. Iklan di Google dan Facebook menawarkan promosi iklan berdasarkan lokasi dan kehendak pengguna.

8. Laman perbincangan sukan secara siaran langsung

Ramalan Gates: “Semasa menonton pertandingan sukan di televisyen, perkhidmatan ini akan membolehkan anda untuk membincangkan apa yang sedang berlaku secara langsung, dan menyertai peraduan di mana anda mengundi siapa yang anda fikir akan menang.”

Apa yang kita lihat sekarang: Sekumpulan laman media sosial membolehkan ini, dengan Twitter mendahului. Anda boleh meninggalkan komen dalam masa nyata pada tapak sukan seperti ESPN.



9. Pengiklanan pintar

Ramalan Gates: “Peranti akan mempunyai pengiklanan pintar. Mereka akan mengetahui trend pembelian anda, dan akan memaparkan iklan yang bersesuaian dengan minat anda.”

Apa yang kita lihat sekarang: Kebanyakan perkhidmatan pengiklanan dalam talian mempunyai ciri ini sekarang, di mana pengiklan boleh menyasarkan pengguna berdasarkan sejarah klik, minat peribadi dan corak pembelian.

10. Pautan ke laman web dari siaran TV

Ramalan Gates : “Siaran televisyen akan menyediakan pautan ke laman web dan kandungan yang berkaitan dengan apa yang anda menonton. ”

Apa yang kita lihat sekarang: Hampir setiap rancangan sukan mempunyai iklan yang memaparkan pautan ke laman web tertentu. Mereka juga berkongsi Twitter pasukan yang bertanding.

11. Papan perbincangan online

Ramalan Gates : “Penduduk bandar dan negara akan dapat mengadakan perbincangan melalui Internet mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada mereka, seperti politik tempatan, perancangan bandar atau keselamatan.”

Apa yang kita lihat sekarang: Laman web berita kebanyakannya mempunyai bahagian komen di mana orang ramai boleh mengadakan perbincangan secara langsung, manakala banyak tapak mempunyai forum di mana orang ramai boleh bertanya dan menjawab soalan-soalan tertentu. Twitter dan Facebook memainkan peranan dalam revolusi politik di Libya, Mesir dan Tunisia.

12. Laman web dalam talian berasaskan minat

Ramalan Gates: “Komuniti online tidak akan dipengaruhi oleh lokasi, tetapi sebaliknya, minat anda.”

Apa yang kita lihat sekarang: Ada pelbagai laman berita dan komuniti dalam talian memberi tumpuan kepada topik yang sama. Banyak laman berita berkembang kepada topik berasingan, yang menawarkan liputan lebih mendalam mengenai topik yang diberikan.

13. Perisian pengurusan projek

Ramalan Gates: “Pengurus projek yang ingin membina satu pasukan dapat melakukannya secara dalam talian, menerangkan projek itu kepada ahli kumpulan, dan menerima cadangan calon ahli pasukan yang sesuai dengan keperluan mereka. ”

Apa yang kita lihat sekarang: Terdapat banyak perisian aliran kerja yang yang merevolusikan bagaimana anda merekrut, membentuk pasukan, dan membahagi tugas kepada ahli pasukan.

14. Pencarian kerja atas talian

Ramalan Gates: ” Begitu juga, orang yang mencari kerja akan dapat untuk mencari peluang pekerjaan melalui dalam talian dengan mengisytiharkan minat mereka, keperluan, dan kemahiran khusus.”

Apa yang kita lihat sekarang: Tapak seperti LinkedIn membolehkan pengguna untuk memuat naik resume mereka dan mencari pekerjaan berdasarkan minat dan keperluan individu. Perekrut boleh mencari berdasarkan kemahiran khusus mereka.

15. Perisian untuk kelompok bisnes

Ramalan Gates: “Syarikat-syarikat akan dapat membida pada tawaran pekerjaan/tender, sama ada projek pembinaan, pembikinan filem, atau kempen pengiklanan. Ini adalah solusi yang efektif untuk syarikat-syarikat besar yang mahu menggunakan khidmat tenaga luar bagi kerja-kerja yang mereka tidak biasa hadapi, perniagaan yang mencari pelanggan baru, dan syarikat-syarikat yang tidak mempunyai akses kepada pembekal untuk perkhidmatan tersebut.”

Apa yang kita lihat sekarang: Banyak perisian perusahaan tertumpu kepada aspek sosial, supaya pengguna boleh mendekati perniagaan lain dan memulakan perbincangan yang boleh membawa kepada projek-projek yang lebih besar dalam masa akan datang.

Selamatkah anak perempuan anda walaupun ditinggalkan bersama, bapa datuk mereka sendiri?







PAGAR MAKAN PADI – PENGALAMAN PESARA GURU BESAR YANG MENGERIKAN

Kami ingin kongsikan pengalaman Tuan Haji Abdul Ghani Haron, seorang pesara guru yang menjadi rakan FB Pengetua kami Dr Hj Masjuki.


Tidak perlu kami tokok tambah kerana apa yang dikisahkan banyak sekali kebenarannya. Kami sendiri banyak pengalaman mengendalikan kes yang serupa secara langsung.

Memang amat mengerikan dan sewajarnya menjadi pedoman kepada para ibubapa. Semuga perkongsian kisah benar ini mampu menyedarkan kita.

WARGA PRIHATIN

* * * * * * * * *

Saya pernah menjadi guru, pengetua dan pegawai pelajaran daerah. Dengan itu saya melalui berbagai kes seksual pelajar yang sebahagiannya tersembunyi dari pengetahuan awam. Saya dedahkan tiga dari berpuluh pengalaman saya untuk direnungi.

KES PERTAMA

Pelajar Tingkatan 4 menjadi mangsa nafsu serakah bapanya. Setiap hari bila balik sekolah dia dipaksa masuk bilik dan menelan pil. Yang lebih dahsyat bukan dia seorang tetapi sebelum itu kakaknya juga kena berkhidmat untuk bapanya selama lebih dua tahun. Bila bapanya berpindah kepada dia maka kakaknya telah terlepas. Bapanya tentera bahagian perubatan, dengan itu dia dan kakaknya dipaksa menelan pil pencegahan kehamilan. Lebih terkejut lagi ialah emaknya tahu mengenai hal ini dan buat tak nampak serta memberi laluan. Tidak diketahui apa sebabnya.

Polis dihubungi, seorang inspektor wanita hadir bersama seorang SB untuk mendengar cerita pelajar ini. Saya hanya ikuti separuh jalan sahaja kerana tak terdaya untuk mendengarnya. Siapa percaya bapanya yang BERKETAYAP putih ketika kerja dan nampak wara’ tetapi bernafsu seperti bapa khinzir.

Apa yang menyedihkan lagi, pelajar ini akhirnya menolak untuk membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan dibuat. Katanya, “siapa yang akan bela mereka jika bapanya dipenjarakan dan dibuang kerja?” Puas kami memujuk namun gagal.

Akhirnya kami menemui bapanya, tetapi dia selamba menafikan. Apakah anaknya yang ketiga terus menjadi mangsa kebinatangan bapanya? Saya tidak tahu kerana berpindah sekolah beberapa bulan selepas itu.

KES KEDUA

Berlaku di sekolah kebangsaan. Kes ini ditemui oleh rakan guru, juga sama seperti kes pertama. Pelajar baru 11 tahun. Menjadi hamba seks bapanya sejak umur 9 tahun kerana dia dan adik lelaki tinggal dengan bapa setelah perceraian.

Bapa ditangkap polis setelah diadu oleh guru dan direman untuk perbicaraan. Pelajar ini kemudian tinggal dengan datuknya di kampung berdekatan. Masa itu dia dah naik Tingkatan 1 di sekolah tempat saya mengajar dan jadi Pen Kanan HEM.

Suatu hari kaunselor saya datang menceritakan bahawa datuknya yang berusia 70’an tempat dia menumpang berlindung pula melakukan hal yang sama seperti bapanya.

Saya seperti tak percaya, tetapi berpakat dengan seorang polis mencari datuknya dan berjumpa di kilang tempat dia menjadi jaga. Gertakan oleh polis menyebabkan dia mengaku.

Allahuakbar! Saya merasakan dunia ini gelap seketika bila melihat anggukkannya.

Akhirnya saya memohon kepada pihak polis dengan keizinan mahkamah untuk mengambil pelajar ini tinggal dengan saya sebagai pelindung sementara kes berjalan. Dia dipindah ke sekolah berasrama dan pengetua di situ berusaha memulihkan fizikal dan mentalnya secara rawatan hemeopathy. Bapanya dipenjara 18 tahun. Datuk terlepas kerana tidak diadu.

KISAH KETIGA

Seorang pelajar tingkatan 3 telah dimaklum oleh kaunselor mengandung. Siasatan mendapati dia DI JUAL oleh bapanya kepada seorang bomoh. Kami rasa bapanya mengambil duit dari bomoh tersebut.

Pelajar ini akhirnya bersalin di hospital. Pihak polis dimaklumkan tetapi menghadapi kesukaran kerana dihalang oleh bapanya dan melarang anak memberi maklumat. Apa yang terjadi seterusnya saya tidak pasti kerana sekolah tak boleh campurtangan siasatan polis. Yang pasti bapanya tetap bebas, bomoh tersebut menghilang diri.

KESIMPULAN

Inilah tiga kisah haruan makan anak dan cucu yang saya kendali sendiri. Bukan untuk mengaib tetapi untuk teladan.

Kalaulah anda sendiri melihat situasi pelajar ini di masa itu, kalaulah anda mendengar sendiri rintihan mereka, kesedihan mereka, keperitan yang dirasai mereka, fizikal mereka yang diratah oleh bapa dan datuk sendiri…betapa serba salahnya mereka........

Ya Allah, saya berkali-kali meninggalkan ruang perjumpaan untuk meraung di dalam bilik, menekup kepala ke meja. Begitu berat anak-anak yang belum mengenal dunia ini disiksa oleh ayah dan datuk sendiri.

Ada satu lagi kes abang makan adik setiap kali masa ketiadaan ibubapa. Juga kes sepupu makan sepupu di rumah datuknya. Anda fikirlah sendiri teladannya. Yang heran, saya tidak menemui kes begini di kalangan bukan Islam.

Iktibarnya, jika ada anak perempuan beringatlah, berwaspadalah. Simpan satu peratus kecurigaan kepada orang yang paling anda percayai. Saya menceritakan kes pelajar yang teraniaya, tetapi bagaimana kes yang sendiri gatai, sendiri cari pasai? Itu memang banyak dan tak mau disebut.

Ibu terutamanya, berilah perhatian khusus kepada anak perempuan. Para Guru, terutama kaunselor sebaiknya membuat pemerhatian dan secara rambang mencari kebarangkalian untuk membantu pelajar yang teraniaya ini. Jangan percaya kepada manusia hanya dengan melihat penampilannya kerana manusia boleh berlakon.

Bila mencari jodoh, jangan main tengok muka cantik, handsome, terus terkam. Nabi SAW menyuruh melihat keturunan dan agamanya untuk mengelak situasi keturunan penzina.

Akhirnya, jika anda ada anak perempuan, ingatlah mata syaitan berupa manusia sentiasa mengintai. Menjaga sekandang kerbau lebih mudah dari seorang anak perempuan. Musuhnya dari berbagai arah, termasuk pagarnya sendiri.

ALLAH BAYAR CASH ! ! Setelah Merosakkan Masjid Al Aqsa, Israel Dilanda Gempa Bumi




Gempa berkekuatan 4,2 skala Richter menggoncang wilayah selatan Israel. Muslimin Palestin meyakini, gempa tersebut merupakan balasan dari Allah setelah pasukan negara zionis itu merosak Masjid Al Aqsa.


Gempa terjadi pada Khamis (30/7/2015) pagi, empat hari setelah pasukan Israel menyerbu dan merosak Masjid Al Aqsa.





Seperti dilapor surat khabar Yediot Aharonot Israel dari keterangan Institute Seismologi di ibukota Tel Aviv, gempa dengan kekuatan 4,2 skala Richter tersebut terjadi pada pukul lima pagi waktu setempat. Pusat gempa berada antara di kedalaman laut mati hingga kota Ashdod.


Sementara itu, penduduk Palestin yang berdekatan dengan kota Ashdod menyatakan tidak merasakan adanya getaran gempa tersebut. Nampak tak kebesaran Allah di situ? Jarak tempat itu tak lah jauh mana tapi Allah JAGA ORANG PALESTIN.


Seperti dilapor  Eramuslim, orang Palestin percaya bahwa gempa yang menggoncang wilayah selatan Israel pada Khamis pagi merupakan peringatan awal dari Allah setelah AskarYahudi menyerang dan merosak Masjid Al Aqsha.


Dalam press release-nya, Abdillah Onim mengatakan bahwa 100 muslim Palestina terluka akibat serbuan dan pencerobahan Masjid Al Aqsa tersebut. Wartawan Indonesia yang berada di Gaza tersebut melaporkan sekitar 200 Yahudi menodai Masjid Al Aqsa dan melemparinya dengan bom suara dan gas air mata. [Ibnu K/Tarbiyah.net]

Kisah Menyentuh Hati Pakcik Tua Sanggup Asingkan Diri Demi Menjaga Akidahnya





Nota Editor : Kisah benar ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Ustaz Ahmad Farkhan. Kami kongsikan semula di sini dengan harapan ia turut memberi inspirasi buat anda dalam menempuh dunia yang penuh dengan pancaroba dan dugaan ini.





Mendapat pesanan Mesej dari Kekanda Taiko Ali Russia yg sedang berdakwah di Bumi Timor Leste.

Salam kasih umat dari lereng lereng Gunung Timor Leste. Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi saw dan Sahabah Ra atas pengorbanan mereka sehingga kita mendapat nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah kami sekarang berangkat ke sektor seterusny. Nama Daerahnya Vequeque. Daerah yang bergunung-ganang dan lebih mencabar serta lebih mujahadah. Perjalanan kami akan menempuhi lereng lereng dan curam yang lebih dalam.



Semalam kami di kejutkan oleh satu peristiwa yang menyebabkan seluruh ahli jemaah menangis.

Kami di bawa oleh Ustaz Ibrahim penangung jawab Daerah Baucau yang baru pulang dari mengerjakan Umrah. Kami dibawa ke satu kawasan pergunungan bernama Brema. Perjalanan kami menggunakan pickup 4×4 dgn menyusuri lereng gunung pinggiran pantai kemudian berjalan kaki sejauh 3 km menuruni denai, melintasi sawah padi, membelah belantara dan akhirnya mendaki gunung lalu sampai ke kawasan tersebut.

Diatas gunung Brema itu terdapat seorang insan yang Allah pelihara iman dan kalimahnya berusia hampir 100 tahun.



Namanya Pak Abu Bakar asal beragama Pagan dan anak Pribumi. Beliau memeluk Islam pada tahun 1975 dan hampir seluruh kampungnya sekitar 500 orang juga memeluk Islam.

Tetapi oleh kerana faktor sekitar seorang demi seorang telah meninggalkan Islam serta murtad dan akhirnya tinggal lah beliau berdua bersama sahabat baiknya Pak Kasim yang masih Islam dan pertahankan kalimah.

Hampir lebih 30 tahun berliau berdiri teguh dengan fikir yang kuat keatas Islam dan kerisauan keatas saudara mara serta penduduk kampung yang murtad.

Daie usia muda sehingga lah beliau tua. Beliau azan dan solat sorang diri. Kekadang berdua sehinggalah sekarang.





Ketika kami sampai beliau agak terperanjat dan kelihatan terketar ketar menangis kegembiraan atas kunjungan kami.

Kami berpelukan sambil berlinangan airmata dan pelukannya seolah olah tidak mahu melepaskan kami.

Kami sampai sebelum Zohor dan habiskan masa bersama solat zohor dan asar bersama sama.

Satu peristiwa yang kami dapat belajar dari seorang lelaki tua yang tidak punya apa-apa, rumahnya dari buluh dan beratapkan nipah dan berjalan kaki untuk mengambil wuduk hampir setengah kilometer di sumur yang jauh di lereng curam.

Apa yang kami belajar kami melihat beliau bersiap siap untuk solat bersama kami tetapi kemudianya beliau berkata. “Tunggu sekejap, saya jangkau dulu kawan saya. Jangkau bermaksud khususi atau usuli. Beliau telah keluar dari Musalla dan berjalan hampir setengah kilometer lagi untuk usuli kawannya untuk di bawa bersolat Jemaah di Musalla.



Allahu. Kami makan tengahari bersama. Nasi putih berlauk kan cili apai dan Maggi yang kami bawa. Kata Pak Abu Bakar puluhan tahun beliau cuma makan nasi dan pucuk kayu kadangkala ikan kerana tiada apa yang halal yang dapat di makan kerana orang orang kampung keseluruhaannya memelihara babi dan anjing.

Kami berbual dan ternyata beliau berbicara soal iman dan amal setiap masa dengan suara yang terketar ketar.



Selepas Asar kami bersiap untuk pulang ke Masjid Baucau. Ternyata beliau sekali lagi memeluk kami seolah-olah tidak mahu melepaskan dan perkataan yang menyayat hati kami ialah bila beliau berkata. “Kapan lagi kamu semua akan mengunjungi saya. Mungkin bila kamu datang lagi bapak sudah tidak ada…” Beliau menanggis dan mengalirkan air mata dan kami juga.

Allahu. Kalimah tersembunyi di lereng Timor Leste. Katanya lagi. “Di mana lagi orang orang Islam yang selalu mengunjungi saya dan mereka disini hanya lah orang orang dakwah seperti kamu. Di mana manusia Islam yang lain.”

Semuga Allah matikan beliau dengan kalimah iman. Kalimah-kalimah tersembunyi di lereng-lereng gunung Timor Leste.

Doakan jemaah kami.

Ali Russia
Baucau Sektor Timor
Timor Leste

Catatan Dari Hati Anak Jati Perak Tentang Sultan Mereka Yang Berjiwa Rakyat





Nota Editor: Kisah benar ini asalnya telah dikongsikan oleh saudara Li Ipoh di satu fb group. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal. Semoga perkongsian ini dapat memberi ruang untuk kita melihat seorang sultan dari kacamata rakyat.


Ziarah Dukacita Diraja

Petang hujung Mei 2014 itu mendung. Bagaikan petanda perkhabaran sedih yang aku baca dari media maya sewaktu berehat selepas Asar selesai urusan kerja di ibu negara. Sultan Perak ke-34 Sultan Azlan Shah telah mangkat.

Pemimpin tempat kami rakyat Perak berpayung selama ini telah pergi selamanya meninggalkan remuk di hati kami. Segera aku teringat kenangan berkali-kali kenderaan yang aku naiki dulu di sekitar Ipoh diarah berhenti oleh polis trafik sebelum kelihatan kenderaan diraja lalu membawa sosok tenang berambut putih di tempat duduk belakang.



Namun yang paling membekas pastinya peristiwa aku melihat santunnya almarhum memegang tangan rakan sekolah sebelum mengangkat dia yang terjatuh dihadapan almarhum yang sedang berjalan menuju saf baginda sebelum solat Jumaat ketika sekolah menengah aku dahulu. Raja yang berjiwa rakyat dan memiliki taraf pendidikan tertinggi antara raja-raja seluruh dunia.

Malam itu aku berpakat dengan seorang rakan Syafri berziarah ke Kuala Kangsar keesokan harinya. Untuk memberi penghormatan terakhir. Menunggang motorsikal sepanjang Jalan Kuala Kangsar dari Ipoh sebelum berhenti sebentar di pekan Chemor. Di sebuah kedai kami membeli pin dan riben putih untuk dililitkan di songkok melengkapi persalinan serba hitam kami hari itu.

Mengetahui niat kami ke Kuala , pekedai berbangsa Cina itu mendoakan kami selamat sampai dan menyatakan kesedihannya juga. Ternyata pemergian almarhum baginda diratapi tanpa mengira bangsa dan latar belakang.



Setiba di pekan Kuala telah banyak jalan yang ditutup dengan kawalan pihak berkuasa. Setelah meletakkan motorsikal berhampiran Istana Kenangan, kami terus ke Istana Iskandariah yang telah dibanjiri rakyat jelata. Baru aku sedar itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di istana terbilang itu.

Setibanya di sebuah balai di dalam istana kami beratur untuk menaiki tangga ke tingkat atas tempat jenazah almarhum ditempatkan untuk penghormatan terakhir.

Setibanya di dalam dewan berwarna serba keemasan kami perlahan-lahan bergerak kedepan menghampiri jenazah. Dikiri kanan laluan kami menempatkan kerusi untuk para pembesar. Di hujung kiri berhampiran jenazah, para kerabat diraja seragam berpersalinan putih kelihatan sugul sambil membaca surah yasin.



Setiba di depan kelihatan keranda diraja diselimut kain putih berada di hujung dewan. Kami dibenarkan mengambil masa membaca al-Fatihah sebelum bergerak keluar memberi ruang kepada hadirin yang lain pula.



Keluar dari balai kami memutuskan untuk rehat makan dahulu di medan laksa di muara bersebelahan Sungai Perak. Sebelum asar nanti kami akan ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan bagi menyertai solat jenazah untuk almarhum.

Ketika di medan laksa bicara kami tak lepas dari mengenang kisah almarhum sultan yang setiap Jumaat kami doakan nama baginda dalam khutbah yang dibaca khatib selama ini. Dari kaca tv kami melihat YM Raja Nazrin juga telah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke 35.



Menghampiri asar kami ke Masjid Ubudiah. Dari jauh kedengaran tembakan meriam menandakan pergerakan masuk jenazah menghampiri masjid. Diiringi paluan nobat kelihatan Sultan Nazrin bersama Sultan Selangor berserta pembesar lain masuk ke kawasan masjid.

Sebelum usungan diraja yang membawa jenazah dipikul sekumpulan askar dibawa pula memasuki masjid. Ketika ini satu peristiwa aneh terjadi. Dengan tak semena-mena muncul ratusan rama-rama putih di sekeliling kawasan masjid. Mungkin alam juga mahu menzahirkan salam takziahnya.



Usai solat asar dan solat jenazah oleh jemaah yang memenuhi masjid kami segera ke makam diraja disebelah masjid untuk menyaksikan majlis pengebumian almarhum. Dengan tertib kumpulan askar tadi memikul jenazah almarhum kedalam liang lahad. Cermat satu persatu bungkusan berisi tanah dimasukkan ke liang lahad diperhati dengan sayu oleh Sultan Nazrin dan sekalian hadirin yang mengelilingi kawasan pengebumian.

Mufti Perak memulakan bacaan tahlil dan talkin. Hadirin yang hadir turut sama-sama bertafakur. Kelihatan jemaah tarikat Nasyabandi yang pernah diketuai oleh adinda Sultan Nazrin , Raja Ashman juga bertahlil sambil berdiri dan mengangguk-angguk kepala mereka. Mungkin agak aneh dilihat sesiapa yang tidak meraikan kekhilafan amalan agama.

Selesai pemakaman hujan mula menitis dan semakin kasar. Rakan aku menggesa kami segera pulang ke Ipoh. Tapi bagi aku alang-alang sudah seharian di Kuala baik aku mengambil masa bersalaman dengan Sultan Nazrin di hari pertama pemasyhuran baginda sebagai sultan.



Kami beratur dalam hujan renyai menanti baginda keluar dari kawasan makam. Menghampiri kami tiba-tiba Sultan Nazrin kembali sebak dan berhenti menyeka air mata baginda sambil bertitah menyatakan kami susah payah beratur dalam hujan semata-mata untuk menanti baginda.Dan tanpa mampu ditahan lagi ketika bersalaman dengan baginda airmata sebak aku menitis juga.

Kami bersyukur negeri Perak telah diberi pengganti sultan yang juga berjiwa rakyat dan sangat merendah diri. Semoga Allah merahmati pemerintahan Sultan Nazrin Muizzudin Syah dan terus memberkati negeri Perak yang permai ini. Daulat tuanku!











 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni