ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Sunday, August 2, 2015

1MDB: Timb pendakwa raya pula ditahan







Seorang timbalan pendakwa raya ditahan awal pagi tadi berhubung siasatan 1MDB, kata sumber.

Difahamkan, penahanan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah cubaan untuk mendatangkan ketakutan dan halangan terhadap siasatan kerana bukti terhadap dalang yang melakukan perbuatan berkenaan kuat," kata sumber yang enggan didedahkan itu.

Berdasarkan perkembangan semasa, sumber itu berkata, mereka tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan dibuat.

Pagi tadi bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergelar Tan Sri dan seorang pegawai dari Pejabat Peguam Negara sudah ditahan.

Mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan hakim memberi kebenaran supaya kedua-dua individu diremah sehari.


, kedua-dua individu itu disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung tuduhan terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi.

Sementara itu polis menghabiskan masa hampir dua jam - sejak 8 malam tadi - membuat carian di Bahagian Operasi Khas SPRM di Presint 3 Putrajaya.

Sebelum itu penyiasat berkunjung ke rumah timbalan pendakwa raya tersebut yang terletak di Presint 11.

Di situ sumber berkata, penyiasat mengambil beberapa dokumen dan komputer riba.

Bahagian itu adalah unit yang bertanggungjawab dalam siasatan terhadap isu 1MDB.


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni