ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Friday, November 7, 2014

ULAMA MALAYSIA MIMPI JUMPA IMAM MAHDI !!! JANGAN BACA KALAU ANDA TAK BERIMAN !!



Paklong telah mendapat makluman daripada seorang sahabat saya, beliau ini memang rajin, kuat mengaji dengan ramai Tok-tok Guru terutamanya di pondok serta pusat pengajian tradisional di bahagian utara dan pantai timur tanah air. Pelbagai pusat pengajian dihadirinya, namun beberapa minggu lepas suatu kisah diceritakan oleh salah seorang guru beliau menyatakan bahawa beliau bermimpikan Imam Mahdi ra.



 Anda semua nak percaya atau tidak artikel saya ini terpulang kepada anda semua namun apa yang saya tahu sahabat saya ini seorang yang terpercaya dan guru beliau juga seorang yang amat soleh, warak, dan masyhur dalam kalangan ulama-ulama' pondok tanah air. Nak tahu lebih lanjut? Lihat dan baca ini.



Sememangnya, jika kita lihat kepada situasi dunia sekarang segala petanda, isyarat telahpun tersedia berlaku. Umat Islam sedang dikepung, ditindas teruk. Benarlah sabda baginda Rasulullah saw di bawah.

 Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)



Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)



Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka.

Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib. Pakatan Salib Yang Dinaungi Knight Templer Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.



Takut Paklong dengar, nak tulis panjang-panjang satgi hampa malas baca, jom dengar apa Tuan Guru Abdul Hadi Awang cerita  pasal hari- hari akhir zaman ini.



Sekarang ni hampa nak buat apa lepas baca ni? Ambil Quran, buk surah Kahfi, baca terjemahan dia, hayati apa yang Allah kata pada 10 ayat awal dan akhir. Lepastu baru hafal.



--------------
Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Wiiiiii.com ini, boleh baca di sini.

Kami sedia menjawab apa-apa soalan berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Wiiiiii.com di sini.


13 comments :

  1. Nak tanya,kalu saya dan para sahabat nak jumpa org 2 bleh x??sbb sya pun ada cerita mau dkongsikan

    ReplyDelete
  2. Rom yang dimaksudkan bukan Nato. Rom ialah bangsa russia yang tidak tunduk pada zionis

    ReplyDelete
  3. Rom yg dimaksudkn itu adalah datang dari keturunan bangsa Rum, bani al-Ashfar ibn ar-Ruum. Mereka menyebar ke serata pelusuk dunia seperti di benua Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Australia, Afrika, Rusia.. Memang la Rusia tu anti Zionis tapi mereka dh bunuh ramai penduduk Sunnah di Iraq, Chechen..

    buat apa nk bangga sangat dgn Rusia, Nazi ni haa..? tak kan setakat mereka anti Zionis, anti Yahudi anda nk berbangga dgn mereka?? Orang Kristian yg betul2 pior Nasrani memang mereka akan anti-Yahudi sbb mereka menganggap orang Yahudi lah yg menyebabkan Nabi Isa a.s dibunuh. orang Nasrani membenci orang Yahudi kerana telah membunuh tokoh suci mereka, Nabi Isa a.s atau mereka panggil Christ / Jesus. orang Nasrani ini jugalah yg menyeksa membunuh orang2 Islam di Baitulmaqdis ketika zaman orang Nasrani berkuasa di Baitulmaqdis sebelum datangnya tentera Khalifah Salahudin al-Ayyubi.. Masihkah kamu mahu berbangga dengan mereka??

    Cuma di zaman sekarang ini saja, sesuatu yg pelik telah berlaku di mana ada sebahagian orang Nasrani di barat benua Eropah, Amerika mengadakan kerjasama/membuat pakatan dgn orang2 Yahudi atas tiket perdamaian di bawah naungan panji PBB / UN. Dari situ pandangan orang2 Nasrani untuk memusuhi orang Yahudi semakin memudar. Cuma sedikit saja kini orang2 Nasrani anti-Yahudi seperti yg anda lihat kpd Nazi, Rusia.. walaupun orang2 Nasrani berpecah kpd dua tapi mereka tetap berasal dari keturunan bangsa Rum.

    ReplyDelete
  4. Harap maaf menyampuk.. sy xmenolak kiamat bakal berlaku tidak lama lg..sy percaya hari kiamat & takut..adalah kerana sy mendapat mimpi tentang matahari yg timbul dr barat..3 hari sy demam slepas mgalami mimpi tersebut.. sesungguhnya sy menangis2 smbil mendukung anak sy memohon ampun & taubat dr Allah S.W.T

    ReplyDelete
  5. Juemelda..ye..sy pn bmimpi..tuk ptama kali..xslp mggu lps..sy mmpi sma mcm kamubmtahari naik dr sblh barat..dn kdaan saat tu sgt mnakutkan..tuk kali kedua sy bmmpi dua tga hari lps..kdtgn kiamat..sy alami sdri suasana msa tu..lngit rntuh..Allahurabbi...sy bkn la org alim yg byk ilmu shgga bmmpi hal sdmikian..alhamdulillah..wlaupn mmpi tsebut sgt mnakutkan ia mrupakan rahmat dr Allah tuk sdrkan sy sblm bumi dn lngit tbelah..

    ReplyDelete
  6. Mgkin pendapat saya nih berbeza,bg saya cr lah yg haq buanglah yg batil,syaitan tu musuh yg nyata ,malah bknnye bodoh spt sstngah manusia yg jahil,syaitan mmg pandai main peranan,jgn cpat sangat terpengaruh pada mimpi,ade pekara yg saya x leh nak jelaskan kat sni...moral mntak la ptunjuk yg lebih terang dan jelas dgn istikarah takut kita syirikkan allah,nabi juga risaukan umatnye bab syirik,syirik x dampunkan malah boleh batal sume amalan kita,syirik x terbatas oleh serban@tasbih dtangan 24jam...so kita org2 biasa yg brapa pandai bab agama jgn cpat sangat taksub,...(pendapat boleh berubah,al-quran x leh ubah)jgn marah ae..

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada mimpi matahari timbul sblh kiri (barat) dlm masa yg sama bulan sebelah kanan.. suasananya oren.. seperti mengelirukan

    ReplyDelete
  8. Pada minggu yg lpas 10 Nov 2014 / 7 Muharam, malam Isnin lebih kurang pukul 3 pagi saya bermimpi disenaraikan kepada saya Dajjal, Nabi Isa a.s, cucu cicit Ali r.a.. di antara mereka2 ini, tiba2 saya dibentangkan dengan pemandangan gelap di waktu pagi then ada suara menyergah "lihatlah di barat!", saya terus melihat ke arah luar tingkap di arah barat, tak semena-mena saya nampak ada bintang besar naik terbit dari arah tu.. saya terus terjaga. terkejut.. inilah kali pertama saya bermimpi seperti itu.. tak sangka ramai orang bermimpi hal yg sama seperti saya.

    ReplyDelete
  9. Jika apa yg diucapkan kamu itu benar, maka mimpi itu bukan dusta..

    hadith Nabi s.a.w yang dikeluarkan oleh Imam Muslim ra di dalam kitab sahihnya yang bermaksud : “Apabila tiba di akhir zaman maka mimpi seseorang itu tidaklah berdusta dan orang yang paling benar mimpinya di kalangan kamu ialah orang yang paling benar perkataannya.” (hadith riwayat Muslim dan lain-lain)

    ReplyDelete
  10. ROM ADALAH BANGSA CAUCASIAN.
    BANGSA ORANG PUTIH!!
    BOLEH KAJI KALAU TAK SETUJU DENGAN PAKLONG!!

    ReplyDelete
  11. Artikel dah tersimpang jauh dari landasan sebenar . MOHON PIHAK BERWAJIB TAMPIL DAN SIASAT BLOG NI .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu Allah tu tlampau luas bro.isikan lah hati dengan perkara haq insha Allah tiada perkara dilihat mustahil

      Delete

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni