ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Tuesday, December 9, 2014

HANDPHONE ADALAH SENJATA TERBESAR DAJJAL?



Bertenang semua.
Ini bukan statement Paklong.
Ini statement Ustaz Fb yang amat terkenal.
Dia juga yang kata Vaksin senjata Dajjal. (baca di sini.)

~Radiasi~

Saya ada 2 handphone, 1 smartphone model lama (pakai keypad- Sony Experia Pro) dan 1 lagi handphone Nokia Torch (ada torch light kat atas haha)...
Handphone Sony saya gunakan untuk Whatsapp samada urusan bisnes atau soal jawab, begitu juga urusan fb.
Handphone Nokia pula hanya untuk call dan sms...
Di dalam handphone Sony saya, tiada simkad dan sentiasa di dalam mode kapal terbang. Saya gunakan wifi di rumah untuk internet.
Jadi simkad saya hanya digunakan pada handphone Nokia. Kadangkala sahaja saya masukkan simkad tu ke dalam handphone Sony khususnya apabila saya bersafar.
Kedua-dua handphone selalunya dalam mode Silent.





Apa yang mengecewakan, selalu bila saya tengok hp Nokia... mesti ada banyak misscall.....
Sebab....
Saya paling tak suka....
Bercakap dalam telefon......
Saya hanya jawab panggilan yang penting...
Panggilan tak penting/nombor tak dikenali, saya hanya jawab bila ada mood...
Jadi ramailah yang kecewa....

Sebenarnya.... dulu saya ok dengan telefon...
Tapi bila saya diarahkan oleh guru saya supaya jangan "rapat" dengan telefon, saya mula elergi dengan telefon khasnya telefon genggam.
Guru yang saya maksudkan ialah Syaikh Mufti Abdullah ibn Abd Rahman Mia. Beliau ulama yang sangat hebat, dalam ilmunya, matang pemikirannya, menguasai ilmu dunia dan akhirat.
Umur beliau hampir 80 tahun, berguru dengan Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi selama 20 tahun lebih. Beliau juga menjadi mufti dibawah pengawasan Syaikh Maulana Yusuf Benori.
Beliau khalifah di dalam toriqah Naqshabandi Mujaddidi kepada Syaikh Maulana Lutfullah 'Abbasi dan tinggal di dalam hutan Afrika bersama keluarganya lebih 25 tahun.
Mempunyai ladang sendiri, sumber makanan sendiri. Beliau pakar herba dan juga pakar perubatan moden. Beliau juga hafal Bible dan semua hujah untuk menjatuhkan Kristian.

                                                

Antara ulama Malaysia yang pernah berbaiat dengan beliau ialah:
-Shaikh Fuad Kamaluddin dari Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.
-Tok Guru Shaikh Haji Sanusi dari Kedah.
-Shaikh Shah Al-Hamid (atau lebih dikenali sebagai PU Shahul) dari Penang.
dan beberapa ulama lainnya.

Beliau sangat terkenal di Afrika sebagai ulama yang syadid (tegas) dalam hukum hakam.
Begitu banyak manfaat saya peroleh daripada beliau. Beliau pernah jemput saya untuk tinggal bersamanya di hutan tu untuk mempelajari kitab Bible serta semua hujah untuk melawan Kristian selepas beliau mendapat berita ramai umat Islam Malaysia dan Indonesia murtad.
Tapi saya belum bersedia  moga Allah ampunkan saya.

Ketika saya di Afrika, bila ada kelapangan saya akan menziarahi beliau dan berkhidmat pada beliau sambil menadah mutiara-mutiara ghaib penuh hikmah darinya.
Saya tak berniat nak cerita manfaat yang lain, kerana tujuan saya tulis status ni ialah untuk kongsikan pelajaran saya dapati dari beliau tentang handphone.
Pernah sekali saya menziarahi beliau bersama jiran saya. Kemudian beliau ternampak jiran saya letak handphone di dalam kocek jubahnya bahagian dada.
Beliau melihat dengan pandangan yang tajam dan arahkan handphone tu dibuang dari poket bajunya dalam bahasa Urdu.


Jiran saya terpinga-pinga tak faham.
Kemudian syaikh menjelaskan tentang alatan Dajjal yang "dihiasi".
Begitu banyak Dajjal memberi kita alatan-alatan yang dia hias dengan penuh asyik sehinggakan sesuatu yang tidak perlu menjadi keperluan walaupun ia memberi kesan buruk jangka masa panjang.
Misalnya seperti handphone, asalnya ia bukan keperluan, tapi kini ia jadi keperluan. Tapi Dajjal tak akan lepaskan manusia daripada fitnahnya.

Pada handphone terdapat gelombang radiasi yang sangat berbahaya dan ia direka khas oleh Dajjal untuk merosakkan kesihatan manusia.
3 tempat pada manusia yang sering mendapat radiasi buruk ini ialah:
1) Kemaluan- apabila hp diletakkan dalam poket seluar, radiasi dari hp membunuh kualiti sperma dan menyebabkan anak yang terhasil dari sperma buruk itu menjadi lemah akal, lemah fizikal, cacat dan lain-lain.
2) Dada- apabila hp diletakkan di poket baju, radiasi membunuh/mencemar sel-sel darah di jantung yang seterusnya mengepam darah itu ke seluruh badan, maka barah dan lain-lain penyakit mula timbul.
3) Kepala- apabila bercakap dengan hp, kita letakkan hp di telinga. Gelombang radiasi yang buruk itu akan membunuh sel-sel otak lalu menyebabkan kes tumor otak, nyanyuk, pelupa, barah telinga, hilang upaya mendengar dan sebagainya.

(Siapa yang nak pergi Sunway Lagoon, tak payah pikir banyak, Homestay ni terbaik!!)

Kemudian syaikh cakap kalau tak percaya, buat 1 eksperimen menggunakan air dan jujur cakap, saya betul-betul lupa macam mana cara nak buat eksperimen tu. Saya hanya ingat nasihat beliau tentang radiasi itu sahaja.
Jadi sejak dari peristiwa itu, saya mula elergi dengan telefon dan selalu off kan / tukar ke airoplane mode bila tak pakai.
Saya sentiasa jauhkan anak-anak saya dari handphone kerana khuatir radiasi buruk tu akan menjejaskan tumbesaran otak anak-anak saya.
Selalunya handphone akan saya letak jauh-jauh dan sangat jarang untuk saya bawak hp kecuali ketika bermusafir (out station).
Saya dapati, para ulama hebat di seluruh dunia juga tidak menggunakan hp.

Selalunya hp mereka dipegang oleh khadim mereka. Jika ada orang call, khadim mereka akan jawab dahulu dan hanya diberikan kepada ulama tersebut sekiranya dia bersetuju untuk bercakap.
Jadi untuk mencontohi mereka dan mematuhi arahan dari guru tercinta saya, maka saya harap anda semua faham kenapa susah nak call saya.
Dan saya juga harap status ini dapat dibaca kalian semua dan fahami situasi saya serta tidak call saya tanpa sebab-sebab yang penting.
Walaubagaimanapun, telefon tetap menjadi keperluan bagi saya, cuma saya terpaksa bertarung dalam mengehadkan penggunaannya.
Sebab itulah hanya saya seorang sahaja yang pakai telefon. Bidadari saya, saya tak benarkan beliau pakai dan beliau pun memang tak nak pakai.
Note: Alhamdulillah dah selamat sampai Penang dari Terengganu, esok nak rehat, lusa ceramah di Masjid Sg Acheh dan tulat insyaAllah ke Perlis pulak untuk hadiri konvo adik saya.

Blog ini dikunjungi lebih 1 juta manusia dewasa yang penuh kuasa beli  ,kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

KOMEN PAKLONG.

Ini juga adalah benda paling pelik yang Paklong pernah dengar.
Semua benda Dajjal punya.
Susah ni.

Paklong bekas Doktor, memang betul ada radiasi, tapi taklah sebanyak yang boleh buat semua penyakit di atas.
Paklong no komen pada ustaz ini. Jika ada pengikutnya di sini, Paklong bagitau siap siap Paklong amat suka dengan kesungguhannya mengajar agama, tapi ada benda yang Paklong tak setuju, Paklong terus terang.

Ini bukan tulisan pertama beliau yang mengatakan benda yang berguna untuk umat islam adalah senjata Dajjal. Baca tulisannya yang lain di sini.

INTERNET JUGA SENJATA DAJJAL, YANG HAMPA DOK MAIN INTENET LAGI BUAT APA?




Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni