ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Saturday, December 20, 2014

(MESTI TAHU) BAHAYA PANADOL PADA KESIHATAN KITA!!



Tak elok makan Panadol selalu sangat kerana boleh kena penyakit buah pinggang jika tak kawal penggunaanya.
Tak kira lah apa jenis Panadol seperti active fast ke?Panadol 650 ke? semuanya sama saja..Ada campuran bahan kimia yang boleh rosakkan tubuh badan.
Nampaknya kena lah guna cara lain kalau demam,pening kepala atau batuk seperti makan madu ke..Tak pun minum air kelapa kot..Sebab organik tiada bahan kimia..
Ikuti kisah yang di terima dari email tentang pengalamannya menggunakan Panadol secara kerap sangat..


UNTUK PENGETAHUAN,

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang Pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.



KOMEN PAKLONG.

Sebagai seorang doktor, mitos panadol di atas adalah mitos paling besar dalam perubatan Malaysia.

1. Mana ada ubat yang boleh tinggal dalam badan sampai 5 tahun.
2. Panadol kekal dalam badan selama 1-4 jam saja.
3. Kalau wanita mengandung, mana ada orang bagi panadol waktu nak bedah , hahaha, orang bagi ubat bius laa.. 
4. Semua fakta di atas adalah mengarut sebenarnya.
5. Orang nak bunuh diri pakai panadol pun kena makan banyaaaaaaaak sangat baru boleh mati, tak perlu risau la bab bab buah pinggang rosak kalau makan panadol sehari sekali.

Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni