ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Monday, December 8, 2014

PENYOKONG BOLA BERGADUH : SIAPA MULA DULU?



SHAH ALAM: Aksi separuh akhir pertama, Piala AFF Suzuki 2014, malam tadi sedikit tercemar dengan tindakan segelintir penyokong kedua-dua pasukan yang bergaduh.



Kesian awek awek tu, sampai nangis kena kacau.

Insiden kecil itu berlaku ketika perlawanan memasuki minit ke-85, di mana Harimau Malaya waktu itu sudah ketinggalan 1-2 kepada Vietnam.
                                     


Gambar baik punya. Berukuran pasport. Kejap je polis cari ni

                                      
Yang ni cerdik sikit tutup muka.


Ternyata pergaduhan itu pada awalnya sukar dilerai polis yang bertugas di kawasan di mana insiden berkenaan berlaku, memaksa ia berlarutan sehingga tamat aksi 90 minit perlawanan kedua-dua pasukan.
Penyokong kita yang mula dulu. Mereka panas kita tengah kalah. Dah la pemain main teruk , pengadil pun berat sebelah kita, tu pun kalah lagi!!

Bahkan tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya melemparkan botol air ke arah penyokong Vietnam menambah lagi ketegangan kedua-dua penyokong.




Menurut saksi yang juga pengawal keselamatan stadium terbabit, insiden pergaduhan itu berlaku dikatakan bermula daripada pertengkaran mulut oleh segelintir penyokong kedua-dua pasukan.

"Ada beberapa penyokong (Vietnam) yang cedera di badan dan kepala selepas dipercayai terkena benda tumpul seperti botol air yang dibaling dari arah atas dan tepi, tapi jumlahnya kita tidak tahu," katanya.

Berdasarkan tinjauan di lokasi kejadian juga, tiada benteng penahan kukuh seperti pagar besi yang memisahkan jarak kedua-dua penyokong dipasang di tempat berkenaan, sebaliknya hanya sekadar kawalan oleh pihak keselamatan stadium dan polis.



Sehubungan itu KhairyJamaludin mahu tindakan tegas dan segera diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu yang menurutnya boleh memberi implikasi buruk kepada keselamatan penyokong skuad negara di Hanoi nanti.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.

"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong Malaysia di Hanoi nanti.

"Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan terbabit," katanya seperti dipetik di laman sosial facebooknya, awal pagi tadi.
Oleh kerana penyokong ganas ini tidak akan memohon maaf, beliau sendiri menyatakan permohonan maafnya kepada penyokong Vietnam terutama mereka yang diserang di Stadium Shah Alam.
"Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar," katanya.
Mamat ni usha panas je. "Sampai Hanoi sakit la hampa" katanya.

KOMEN PAKLONG

Buat malu sungguh!!

Masyarakat dunia kenal kita sebelum ni dengan pramugara kuat raba, syarikat kapal terbang masalah, kedutaan perogol, Doktor pembunuh bersiri , ok boleh tambah lagi satu, PENYOKONG BOLA YANG BODOH!!!

Blog ini dikunjungi lebih 1 juta manusia dewasa yang penuh kuasa beli  ,kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni