ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Monday, January 19, 2015

CUKAI GST HARAM ATAU TAK?




SHAH ALAM - Hujah yang digunakan untuk menjatuhkan hukum haram terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak boleh digunakan kerana mengambil kira pentadbiran Sayidina Umar Al-Khattab yang turut mengamalkan sistem percukaian.

Yang Dipertua Yadim, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengenakan cukai terhadap orang Islam adalah ditolak.


“Ini kerana Saidina Umar sendiri yang mewujudkan (sistem) baharu yang belum pernah wujud masa zaman Nabi Muhammad SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai.

“Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara Khulafa al-Rasyidin,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk satu kenyataan viral di internet mengenai pandangan seorang ustaz yang mengatakan GST adalah haram berasaskan hujah cukai yang dikatakan haram dari sudut agama Islam.

Menurutnya, pandangan ustaz tersebut tidak boleh diambil kira kerana ulama mempunyai perbezaan pandangan dalam keempat-empat mazhab.

“Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh (kenakan cukai). Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali kata boleh, jika ada maslahat.

"Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat daripada ahli syura, pakar, penasihat yang jujur lagi amanah, maka pemerintah boleh kenakan cukai yang sewajarnya,” jelasnya. - Sinar Harian 

---


Tengok video tu Ustaz Fawwaz kata Syeikh Nuruddin kata cukai GST ni haram, Ustaz Asyraf pulak kata tak haram.. Paklong serahkan pada masing2 untuk menilai..

Dalam video ni masing2 menegakkan hujah masing2 dengan ilmu masing2..

Yang Paklong tahu GST bakal menyababkan barang harga naik, kos hidup meningkat!!!!

Yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya!!


-----
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni