ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Tuesday, January 27, 2015

MALAYSIA DI DALAM BAHAYA !! LAMAN WEB MAS DISERANG ISIS PETANDA...









KUALA LUMPUR: Kali ini, giliran laman web Malaysia Airlines (MAS) pula menjadi mangsa kumpulan penggodam yang dikenali sebagai ‘Cyber Caliphate’, kumpulan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan, Negara Islam (IS).
Laman web syarikat penerbangan Malaysia itu digodam kira-kira jam 10 pagi ini.
Laman web itu dipaut kepada imej seekor cicak memakai topi dan cermin mata satu kanta yang kemudian membawa pelayar ke akaun twitter ‘Lizard Skuad’ @LizardMafia.
Gambar latar pula menunjukkan imej pesawt MAS dengan mesej ‘404 – Plane Not Found’ (404 – Pesawat Tidak Ditemui).
Tab laman web itu turut ditulis dengan mesej ‘ISIS WILL PREVAIL’ (ISIS Akan Terus Kekal).
Maklumat daripada akaun twitter menunjukkan ia dimulakan sejak 2010 dan tiga jam sebelum ini, tertulis mesej mengatakan ‘sesuatu yang istimewa akan dibuat.’
“Melakukan sesuatu yang istimewa.
“Akan melambakkan beberapa ‘harta’ yang ditemui di rangkaian pelayan malaysiaairlines.com tidak lama lagi,” kata twit itu.

MAS mengesahkan bahawa Sistem Nama Domain (DNS) mereka diserang di mana pengguna diarahkan semula ke laman web penggodam apabila mengakses laman web MAS.

“Pada peringkat ini pelayan web Malaysia Airlines adalah kukuh.

“Syarikat sudah menyelesaikan isu dengan penyedia perkhidmatan dan sistem dijangka pulih sepenuhnya dalam 22 jam,” kata MAS dalam satu kenyataan.

Mereka sudah melaporkan kejadian kepada CyberSecurity Malaysia dan Kementerian Pengangkutan serta memberi jaminan kepada pelanggan gangguan sementara itu tidak menjejaskan tempahan mereka dan data pengguna mereka selamat.



 KOMEN PAKLONG.

1.Isis sudah mula menjeling mata ke arah negara kita.


2.Laman web MAS bukan satu-satunya kesan jejak ISIS yang pertama di negara kita, Polis pernah membongkar plan Isis untuk mengebom kilang arak Shah Alam.

3.Lewat kebelakangan ini, banyak report Polis mengatakan ada bom di serata Malaysia.Ingat lagi gambar ini?



4.Tanya diri anda, biasakah di Malaysia kejadian bom seperti di atas berlaku?

5.Tak payah cerita lagi tentang misteri kapal MH370 yang sampai sekarang  masih misteri.

6.Ada sebilangan dari anda mesti melopong seronok sebab Isis itu Khalifah Islam, mesti seronok Khalifah akan membebaskan negara ini dari sistem Demokrasi berparlimen, kan?

7.Cari balik, siapa Isis yang sebenarnya dan kekuatan bala tentera mereka.

8.Isis pengkalannya jelas tanpa sembunyi di Syria.

9.Amerika yang mempunyai "airstrike" yang dasyat tak pernah kena sasarannya apabila ia mahu memusnahkan pengkalan Isis di sana, sebaliknya, kumpulan Mujahidin yang lain punya terkorban.

10.Obama jadi Presiden kerana janjinya mahu menarik tenteranya di Timur Tengah.




11.Dia berjaya masukkan tenteranya di Syria atas alasan mahu memusnahkan Isis.

12.Tahun demi tahun berlalu, Isis masih belum musnah.

13. Jadi, kalaulah kita gunakan teori yang sama seperti di atas,ini bermakna Isis digunakan Amerika Syarikat sebagai alasannya untuk meluaskan jajahannya!

14. Cakap mudah, Malaysia sudah termasuk dalam sasaran Syaitan Besar itu.

15. Kenapa kita? Jawapan soalan ini ada dalam buku Kajian Tempatan budak darjah 6.



16. Negara kita boleh dijadikan base paling ampuh sekali untuk memulakan perangnya dengan Syaitan Besar yang tidak tunduk pada perintahnya, Russia dan China.

17. Benda ini bukan satu kebetulan , kapal MH 17 juga ditembak jatuh untuk menghangatkan lagi perang dingin US Russia , atau lebih tepat, Blok Komunis dan Blok Kapitalis.

18. Kepada pihak berkuasa (Polis) yang sedang membaca blog ini, yakinlah bahawa Paklong tidak menulis untuk menimbulkan resah gelisah huru hara dalam hati rakyat Malaysia.

19.Percayalah, itu perkara terakhir yang kami mahu lakukan.

20. Kami yakin PDRM dan kerajaan Malaysia sudah lama baca permainan Syaitan Syaitan besar dunia ini.

21. Itulah sebabnya kenyataan Panglima Negara dan DS Hishambudin berbolak balik dalam isu MH370 .

22. Mereka tidak bodoh untuk mengelirukan media dunia BBC, CNN dan lain lain. Mereka bertindak dengan pelan.

23. Nasihat kami, ikutlah perintah Polis dan kerajaan berhubung isu keganasan buat masa ini.

24. Jika ada di antara anda yang lansung tidak percaya akan teori kami, tak perlu bimbang lansung, tanda-tanda yang kami sebutkan tadi mungkin hanya satu kebetulan besar.

25. Selagi tiada bukti, kami hanya berteori dan begitu juga anda.




--------------
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni