ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Monday, January 26, 2015

PINTU NERAKA SUDAH TERBUKA DI BUMI?





Sangat panas, mengerikan dengan api yang berkobar menyala-nyala ganas, seperti dalam banyak kisah dan cerita tentang neraka, seperti itu juga sebuah lubang ternganga luas yang seolah-olah "pintu neraka" di Turkmenistan. Lubang dengan kedalaman lebih dari 30 meter dan luasnya 2 kali padang bola, ia nampak begitu mengerikan. Lubang di Turkmenistan ini pada mulanya ditemui pada tahun 1975, tapi ia tidaklah seluas ini.

Bagaimana "pintu neraka" ini dijumpai

Awalnya ahli geologi menggali dengan alat besar dan berat untuk ,mencari gas semulajadi. Anehnya, di lokasi itu ditemukan jurang besar di bawah tanah. Disebabkan besarnya, semua peralatan untuk penggalian itu terperosok ke dalam.



Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Belum ada keterangan rasmi Soviet Union ketika itu tentang berapa jumlah nyawa terkorban akibat terkena gas beracun. Namun, para saintis segera meninggalkankan semua peralatan yang terperosok itu dan membiarnya di dalam lubang itu.

Untuk menghindari gas beracun yang keluar dari lubang itu tersebar, para saintis memutuskan untuk membakarnya. Lokasinyanya berada di kota kecil bernama Davaz.



Sejak 1975 lubang raksasa itu menyemburkan api seperti gunung berapi dan masih tetap menyala hingga kini walau sudah 40 tahun berlalu. Masyarakat setempat tak ada yang berani mendekatinya kerana suhu di sekelilingnya yang panas hingga beberapa ratus meter sehingga dinamakan “pintu neraka”.

Sampai sekarang belum ada penjelasan apakah “pintu neraka” itu ukurannya melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi itu terus terbakar. Walau terkena hujan pun, apinya tidak akan mati!

Lubang api raksasa itu kelihatan dari kejauhan kerana berada di daratan tandus yang luas. Apabila malam, nampak semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang bersumber dari “pintu neraka” itu.

Apabila berdekatan, bunyi api yang terus membakar ini kedengaran seperti bunyi enjin jet yang sememangnya menakutkan. Sesiapa yang melihat dan mendengarnya akan berasa gementar!

Video rakaman di sekitar lubang "pintu neraka" ini:



Wallahua'lam..


KOMEN PAKLONG.

Takutnya rasa bila terbaca kisah ini, bagaimana janji Allah yang neraka itu apinya hitam kerana terlalu panas.. 

Di dunia pun telah ditunjuk bagaimana kekuasaannya mencipta api sedemikian rupa tak terpadam oleh air hujan atau air apa pun..

--------------
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni