ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Monday, February 2, 2015

10 Orang Manusia Bertuah Ini Dilahirkan Dengan Superpower Setaraf X-Men !






Kalau anda baca komik, tak kiralah Marvel, atau Dc , atau Keluang Man, anda pasti teringin untuk ada superpower sendiri. Jangan terkejut kalau kami cakap ada sekumpulan manusia benar-benar ada superpower !

1. The Incredible Gigi


Bukan Gigi 11 Januari. Rathakrishnan Velu boleh tarik keretapi dengan giginya. 3 dari 5 pakar pergigian tidak mahu jadi Doktor Giginya kerana giginya susah sangat nak cabut!

2. Budak Getah

Daniel Browning Smith amat fleksibel. Kami rasa nama sebenar dia Monkey D. Luffy.

3. Plastik Hitam Man

Michel Lotito dilahirkan dengan perut 2 kali lebih tebal dari orang biasa . Dia juga mempunyai asid perut lebih kuat dari orang biasa. Besi, kaca semua dia pernah telan !

4. Mata- Mata
Claudio Pinto  bukan polis. boleh membeliakkan matanya sehingga 95% matanya terkeluar! Alangkah tak bergunanya superpower mamat ini. Kalau orang lain kena pakai sebotol Eye Mo, dia kena pakai tiga.

5. Magneto

Liew Thow Lin ,70 boleh tarik besi ke badannya. Dia sudah mula menarik kereta dengan superpowernya itu. Ok, Magneto dalam dunia sebenar dah jumpa, kami nak cari Wolverine pulak !

6. Tarzan

Kevin Richardson menyara hidupnya dengan bermain dan berkomunikasi dengan kucing besar seperti harimau, singa dan cheetah. Bosan.

7. Cyclops

Ben Underwood menjadi buta selepas matanya dibuang gara gara kanser yang merebak. Secara ajaibnya, telinganya menjadi super peka dalam mengesan persekitaran sehingga dia dapat jalani hidup seperti orang biasa tanpa sebarang alat bantuan!




8. Tara Sakit Man
Tim Cridland tiada deria sakit. Dia dikaji oleh seluruh saintis serata dunia. Bagi kami, superpower ini tidak istimewa mana kerana mana-mana orang india boleh cucuk besi lebih dasyat lagi ketika Thaipusam!

9. Mahathir Man

Daniel Tammet dilahirkan dengan autism. Bukan itu saja, dia dikurniakan dengan memori yang super kuat , otak kiri yang super bijak dalam menyelesaikan kira-kira. Jom sama-sama berharap dia tidak gunakan kebijaksanaan dia untuk memusnahkan dunia.

99% orang yang tahu rahsia ini kaya raya dengan cara yang tidak masuk akal !!!

10. Tara Tidur Man

Thai Ngoc, 64 tahun , tidak pernah tidur dari tahun 1973. Kira sendiri berapa lama tempohnya. Orang biasa akan mati kalau 11 hari tidak tidur. Tak percaya? Boleh cuba. 

Dalam semua kuasa di atas, ada 2 kuasa yang ada pada setiap seorang dari kita. Kuasa  #10 dan #9.
Pada setiap exam final.
2 malam sebelum.


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni