Minit 0:14 - 0:21 - Perintah Allah bukan mimpi. Nabi Muhammad SAW pun terima wahyu laksanakan hukum Allah pun bukan drpd mimpi tetapi melalui ayat-ayat Allah. Dalam kitab Al-Quran banyak ayat-ayat supaya laksanakan hukum Allah.
Minit 0:22 - 0:28 - Kalau tak tahu, bertanyalah. Dahlah tak tau, tak bertanya memang bodohlah. Banyak sumber yang boleh kita dapatkan maklumat. Masalahnya, bila sebut perihal agama pun dah rasa sakit telinga mcm mana nak faham.
Minit 0:29 - 0:47 - Hukum iman ada 6. Tidak sempurna iman seseorang. Apabila menidakkan perlaksanaan hukum Allah, bermaksud tidak beriman kepada Allah & tidak beriman kepada kitab.
"Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi Tuhannya." [Surah al-Haj : Ayat 30]
"…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." [Surah Al Ma’idah : 44]
Minit 1:03 - 1:07 - Gejala sosial yang berlaku menunjukkan ketidakcekapan undang-undang sedia ada dalam mendidik akhlak. Jika undang-undang sedia ada tidak dapat mendidik akhlak, tak kan masih setia terhadap peraturan tersebut. Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Jaminan
Minit 1:08 - 1:10 - Jangan Dedah Aib Sendiri.
"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615, disahihkan dengan syarat Bukhari dan Muslim)
Minit 1:13 - 1:28 - Islam bukan sekadar agama semata-mata. Islam merupakan cara hidup yang merangkumi segala aspek agama, ekonomi, sosial, pertadbiran dan lain2. Mengamalkan cara hidup Islam tidak sah sekiranya pendidikan akhlak melalui hukum hudud tidak diamalkan.
Baca:8 Sebab Mudah Hudud Lebih Baik Dari Undang-Undang Sivil Yang Budak- Budak Pun Boleh Fikir.
Minit 1:29 - 1:46 - Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya. Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah SWT. dimuka bumi ini.
Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Minit 1:47 - 1:49 - Tepuk dada tanya iman. Selera manusia xkan pernah puas. Xkan pernah cukup. Iman adalah penanda aras utk berada di syurga Allah.
Walaubagaimanapun kami di wiiiiii.com sama sekali tidak menyokong perbuatan orang ramai yang mengancam untuk membunuh , membakar dah merogol Aisyah Tajuddin ini.
Apalah bodoh sangat ekstrimis- ekstrimis ini, kalau Hudud dijalankan, merekalah yang akan cuba dulu. :)
Post a Comment