ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Saturday, December 6, 2014

5 SEBAB BN AKAN MENANG PRU 14 WALAUPUN SEMUA HARGA BARANG NAIK



Petrol hilang subsidi, semua harga barang naik.
Paklong veteran Umno,
Paklong orang kuat Tun M, tapi Paklong malu dengan menteri-menteri baru ni yang menjawab isu,
dengan cara yang memperbodohkan rakyat. Ini contoh dia.



Paklong aci kerat jari walau naik harga barang semahal mana pun, menteri biadap mana pun,
BN akan menang pilihan raya depan.
Ini alasan Paklong.

1)Undi orang Melayu miskin terdesak.



Golongan inilah paling kuat kena tindas, tetapi merekalah paling kuat sokong BN.
Pada pilihanraya kecil Pengkalan Kubor tempoh hari, PR menang semua isu rakyat, walaupun pada ketika itu, ada krisis "langkah kajang", tetapi BN masih menang. Kenapa? Undi hantu ke?
Bukan. Ini undi dari orang betul. Dikhabarkan ramai penduduk setempat mendapat hadiah microwave pada tempoh itu. Orang biasa , tak ada masa untuk membaca dan teliti isu semasa, tiba-tiba di hadiakan microwave,  siapa taknak sokong BN?

2)Undi orang tiada internet.



Pakatan Rakyat sekarang mengusai internet. Selagi tak kena sekat, InsyaAllah makluamat sampai. Tapi risau Paklong bukan pada orang yang baca maklumat yang benar tapi tak setuju, risau Paklong pada orang yang takda kesempatan baca maklumat tersebut lansung!!


3)Anwar mungkin masuk penjara.



Pakatan ini kukuh hanya pada Anwar Ibrahim. Dap dengan Pas macam anjing dengan kucing. Bukan rajin bergaduh,  tapi kurang ngamnya. Kalau Anwar masuk penjara, tiadalah pengikat PR lagi.



4)PR  masih tak dapat tembus Sabah Sarawak.



Sebab apa? Anwar nak masuk pun kena sekat. Macamana nak tembus. Ceramah kena sekat. Paklong sokong Umno lama dah. Zaman Mahathir dulu kita tak buat macamni pun kita menang la!!


5) Persempadan semula kawasan pilihanraya.



Paklong orang Umno mengaku, inilah senjata paling ampuh Umno melawan PR. Mana ada pengundi hantu sangat. Kalau ada kenapa Anwar senyap bila disoal di manakah 40 ribu pengundi hantu yang didakwa ada di PRU 13. 4 November lalu, usul untuk persempadanan semula dicadang di Parlimen. Ini berita buruk untuk Pakatan Rakyat. Dia akan ambil kawasan yang ramai penyokong PR walaupun kawasan tu besar, dia akan buat sebagai satu kawasan. Dia akan ambil kawasan yang sokong BN ,dan pecahkan kepada banyak kawasan, untuk banyakkan kerusi parlimen yang menyokong BN.
Kalaulah persempadanan kawasan ini dijalankan dengan betul, PR dah lama menang di PRU 13 sebab undi popular mereka lebih 50%.


KOMEN PAKLONG.

Siapa perintah Paklong tak kisah. Paklong hanya nak keadilan.
Paklong orang BN , tapi Paklong tak berkenan dengan gaya Menteri BN handle isu-isu terkini.
Kembalikan kuasa kepada RAKYAT!!!

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.



Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni