ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Thursday, January 8, 2015

CARA PALING CEPAT TUNTUT INSURANS BANJIR



SALAM SEMUA.

Paklong dipahamkan ada kawasan kawasan yang sudah pulih dari banjir.

Inilah gambarnya.



Barang elektrik lingkup.
Tv rosak.
Sofa masam.

Antara persoalan selepas banjir adalah:
Adakah boleh buat tuntutan banjir untuk insurans rumah?

Jawapannya Yess! Boleh!

Semuanya terima kasih kepada PM kita yang tidak isytihar darurat. Kalau dia isytihar, sesen pun tak boleh claim.

najib redah banjir.


Ok, ni cerita banjir pengalaman salah seorang pembaca kami pada taun lepas.. musibah-hadapi-banjir-di-beserah-kuantan

Ok, antara beberapa perkara yang perlu anda pastikan sebelum buat tuntutan adalah:

1. Pastikan rumah anda ada insurans rumah
Mulanya, aku pun tak ingat rumah aku ada insurans ke tak sebab tak tau bila bayar.. haha. Rupanya, bank akan auto ambik bayaran insurans dari akaun bayaran rumah. Contoh camni (ni contoh je tau):

Tiap bulan transfer duit ke akaun MBB bayaran rumah - RM750
Bayaran rumah sepatutnya cuma                                     - RM737
Lebihan setiap bulan                                                        - RM  13
Jumlah lebihan setahun (RM13 x 12 bulan)                    - RM156
Bayaran Insurans rumah                                                  - RM144

Nampak tak lebihan duit dalam akaun sebanyak RM156 tu bank akan auto ambik sebagai bayaran insurans tahunan rumah. Thats why kami tak ingat betul ke bayar,..betulke akaun kami aktif? hehe..
Kalau duit tak cukup dalam akaun, bank akan call bagitau duit tak cukup dalam bank untuk bayaran installment rumah, bukan tak cukup bayar insurans rumah..hhehe (berdasarkan pengalaman camtula... sebab tu bayar lebih tiap bulan)

2. Pastikan insurans rumah turut cover kerosakan rumah akibat bencana alam atau banjir

Lepas banjir, jiran yang turut terkena tempias banjir tanye..
Dah claim insurans belum?
Boleh claim ke? Cover banjir juga ke?
Tengok insurans apa yang kita ambik.. ada orang dah dapat dah dalam 5k claim
Mmmm ye ker ? (tanpa menaruh apa-apa harapan sebab masih bersedih)

Then opismate pun bagitau yang rumah dia pun boleh claim insurans banjir. Eh.. dah kalau camtu, kena tengok jugakla insurans rumah kami..sebab rasa macam rugi pulak dah bayar insurans tapi tak buat tuntutan kan.. So, aku pun godek-godek dokumen insurans rumah.. call insurans tersebut.
Yess katenya ada. Dia ambil maklumat serba ringkas pasal banjir, no akaun dan bagitau akan maklumkan kepada agen yang berada di Kuantan

3. Selalu buat follow up dengan ejen insurans
Agak lama juga tunggu panggilan dari agen di Kuantan. Adala beberapa kali call, alasan dia banyak kes banjir perlu diselesaikan kat Kuantan. Jadi harap bersabar dan tunggu que katanya. Baiklah..

4. Ikut segala temujanji yang ditetapkan
Setelah hampir sebulan kut, barulah agen yang sepatutnya call. Hari ni dia call, pastu kata nak datang ambik maklumat kat rumah lusa. Uihhh.. apa dia ingat aku ni tak kerja ker kan? Tapi member aku dah pesan, kalau dia dah set temujanji, ikutkan je sebab kalau cancel temujanji tu, tak tau lagi bila turn lain dia nak datang.. kena que semula..silap2 beberapa bulan akan datang pulak kan. Jadi, aku kata OK je

5. Pastikan masih ada bukti rumah kena banjir
Masa mereka datang, mereka akan ambik beberapa bukti yang rumah kita terkena bencana banjir, Contoh bukti adalah kerosakan lantai / dinding, kesan sisa air pada dinding / lantai/ kerosakan plug, himpunan barang yang rosak kat luar rumah dan sebagainya. Nanti dia akan ambik gambar semua kerosakan tu sebagai bahan bukti untuk letak kat report claim banjir nanti.

Oh ye ..perlu ke buat police report?
Tak perlu ye.. Aku buat la juga in case dia nak sebagai bukti banjir kan. Tapi dia langsung tak tanye. Jadi, tak perlulah bazirkan masa pergi balai polis untuk dapatkan police report tu.

5. Berikan semua maklumat yang diminta dan tandantangan borang tuntutan
Semasa ejen tu datang rumah, dia akan tanya beberapa perkara dan explain beberapa perkara. Berikan semua maklumat yang dia nak terutama No Akaun bank dan no telefon. Pastikan juga korang sign sehelai borang tuntutan banjir. Sebab kalau tertinggal, susah pulak nak kena jumpa semula dan melambatkan proses claim nanti.


6. Follow up lagi tentang status claim anda
Menurut ejen tersebut, kalau tuntutan kurang dari 5k, proses adalah cepat sebab tak perlu dapat kelulusan dari HQ. Since claim aku lebih dari 5k (wowww masa ni dah opocot tekejut mak koi), maka claim aku terpaksa dihantar ke HQ di KL dan akan memakan masa hampir sebulan.

Dah sebulan, belum dapat sebarang feedback lagi. Aku call lagi. Katanya proses lambat kali ni sebab terlalu banyak kes tuntutan banjir di Kuantan dan HQ perlukan report detail bagi setiap kes. Maybe lagi 3 minggu katanya. Ok, takpe.. tunggu lagi.

Hampir 3 minggu aku call lagi. Katanya person in charge cuti. Ok takpe.. aku call balik esok. PIC tu cakap, semua dokumen dah dihantar ke KL.. sabar ye kak katanya.. Tunggu jer feedback dari KL nanti. (hahaa malu seposen masa ni..)

Dah 3 minggu, aku call lagi. Aku call beberapa kali ni sebenarnya sebab aku takde sebarang black & white document pasal claim ni. Risau jugak karang tak pasal-pasal kena tipu ke,.. kan kena buat semula dah bazir masa kan.. Then HQ kata inshaAllah payment dalam minggu depan. Semua dah approve cuma tunggu nak bank in je katanya. Wahh ok, takpe tunggu lagi minggu depan..

Minggu depannya... tunggu dengan penuh debar. Hari-hari suruh hubby cek sebab guna no akaun maybank dia (sebab rumah atas nama dia). Hari-hari hubby kata.. takde.. takde lagi..
One day. my frens yang dah submit claim awal 2 minggu kut dari aku cakap..

AKAK..KITA DAH DAPAT!..

Wahh ... terus aku wahhh suspennya tunggu.
Malas dah nak tanye hubby tiap-tiap hari. Rupanye minggu depannyer baru dapat. Hubby terus send gambo baki bank..
Wowww... dah mashukk!!
Syukur sangat2! Rezeki dari Allah semuanya. Walaupun ianya takkan dapat menggantikan kenangan pahit kami ditimpa bencana banjir, sekurang-kurangnya kami dapat bergembira sekejap hasil dari rezeki yang tak disangka-sangka ni..

Nanti kalau free aku cite lagi faktor-faktor yang diambil kira dalam pengiraan claim insurans ni.

Notes : Rumah ni atas nama suami. Tapi boleh je orang lain yang buat tuntutan. Macam aku yang wakilkan suami buat claim ni.. no problem moo..

Moga dapat dijadikan panduan buat mereka yang nak buat tuntutan insurans banjir terutamanya penduduk di Kuala Terengganu yang terkena musibah ni baru ni..



KOMEN PAKLONG

Kepada yang nak claim insurans tu Goodluck lah Paklong ucapkan.

Kepada yang tak kena banjir, tapi SHARE artikel ini nak bagi member dia yang kena banjir baca, anda ada lah sahabat yang baik. Paklong harap Paklong ada sahabat macam anda.

Kepada PM, tahniah kerana berjaya buat keputusan yang bijak walaupun seluruh dunia menekanmu ketika itu.

Kepada rakyat yang tak ada insurans, yakinlah bahawa Allah akan tolong hamba-hambaNya yang susah.

Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.

insurans;pahang ;temerloh ;jerantut; manik urai; kelantan; banjir; pekan; kuantan; sungai lembing; besut ; jerteh; sekolah; raja shamri ; sukarelawan ;golf ; najib ; obama;air;helikopter;komunikasi;darurat;isytihar;mangsa;


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni