ARTIKEL TERKINI

SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni

Sunday, January 18, 2015

WANITA KERJA LEBIH MASA DIBELASAH DI PUTRAJAYA! (GAMBAR)



Kakitangan awam kerja lebih masa dibelasah separuh mati di Putrajaya

Seorang kakitangan awam yang mahu bekerja lebih masa nyaris maut selepas diserang seorang lelaki di Putrajaya dekat sini semalam.



Wanita malang terbabit cedera parah di bahagian muka dan berlumuran darah ketika ditemui orang ramai.


Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam itu dipercayai dilakukan seorang juruteknik di bangunan yang sama yang cuba melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan yang menempatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu untuk meminta lampu di pejabatnya di tingkat 24 tidak dimatikan bagi membolehkannya meneruskan kerja lebih masanya di pejabat.


Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan naik ke pejabat mangsa dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.

Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa dipukul di kepala sehingga berdarah. Lelaki itu kemudiannya melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri sambil merangkak kesakitan ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan. Lelaki yang bekerja sebagai juruteknik elektrik itu didakwa memukulnya kebetulan turut berada di kafe dan berpura-pura terkejut melihat kejadian itu dan menyangka wanita itu tidak mengecamnya kerana kejadian berlaku di dalam gelap.


Bagaimanapun, mangsa mengenali suara lelaki terbabit dan meminta orang ramai yang berada disitu menangkapnya. Mereka yang berada di kafe itu juga mendapati percikan darah juga masih terdapat pada baju dan cermin mata lelaki terbabit. Lelaki terbabit kemudiannya ditahan polis untuk siasatan lanjut.





Mangsa kini difahamkan menerima rawatan lanjut di hospital.

-----

Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.


Post a Comment

 
Copyright © 2014-2015 wiiiiii - All Rights Reserved.
Powered by Blogger

Like kami di Facebook untuk lebih info!

Terima kasih atas sokongan anda!


SUKA APA YANG ANDA BACA?

Bantu kami LIKE page ni