1. Hudud hukum Allah.
Hukum Tuhan gunung-ganang. Tuhan kepada blackhole dan bintang raksasa. Dia lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya.
Orang yang menyaksikan Allah sebagai Tuhan sekalian alam harus akur kepada arahanNya. Lim Kit Siang tak mahu hudud biarlah . Janji kita mahu hudud.Sembahyang ok je tiap hari buat. Puasa penuh. Hudud ? Tak mahu pula?
2.Bunuh vs Potong tangan
Hudud ni pada pandangan wibot mudah je.Seorang peragut ditangkap orang ramai.
Kena belasah separuh mati.
Ada yang mati pun ramai.
Tapi kalau peragut tu mati, tak ada siapa pun kisah.
Masing-masing geram.
Mangsa ragut yang dah mati pun ramai.
Kalau dapat sekali memang nahaslah peragut.
Itu hukum manusia.
Ikut hati manusia.
Mencuri silap-silap hukumannya MATI.
Mati kena belasah di tempat kejadian.
Ikut hukum Tuhan peragut kena POTONG TANGAN.
Mana kejam lagi?
3.Tiada hukum rogol dalam hudud.
Jadi tiada isu di sini bahawa hukum rogol perlu disaksikan 4 saksi adil baru boleh jatuh hukum. Ada yang kata, kalau seorang perempuan dirogol oleh seorang lelaki dalam stadium penuh dengan perempuan pun perogol itu tak akan dikenakan hudud. Faham tak yang tiada hukum hudud dalam jenayah rogol? Kata-kata di atas mengarut !4. Classical conditioning
Kenapa anda rasa hukuman sivil itu elok? Sesuai? Pernah tengok tak video orang di sebat menggunakan hukuman sivil? Berkecai daging punggung! Yang itu tak kejam pula? Kita tak rasa ianya kejam sebab lahir-lahir kita di atas muka bumi ini kita sudah di"set" ke dalam otak kita yang hukuman mencuri memang penjara. Hukuman rogol memang sebat. (sampai berkecai punggung ya) Kita tak rasa pun hukuman tersebut pelik. Sebab dari dulu memang macam itu. Ini dipanggil "classical conditioning" dalam istilah psikologi. Maknanya sudah terdidik dengan pengaruh persekitaran.5.Arab Saudi bukan model terbaik hudud.
Perogol kena 5 tahun penjara.., tapi mangsa rogol kena 200 sebatan!!
Ramai yang takut hudud sebab terjadinya perkara di atas di Saudi dan di Pakistan. Mereka salah dan mereka bukanlah model Kelantan dalam pelaksanaan hudud. Jangan risau ya.6. Hukuman penjara mengikut undang-undang sivil membebankan negara.
Dalam masa 2 tahun itu siapa yang harus upah pegawai, bina pagar besi supaya dia tidak terlepas lari? Kerajaan Malaysia.
Dah la asal-asal masuk penjara sebab mencuri, lepas itu kita pula kena jaga makan minum pakaiannya semasa 2 tahun di penjara. Dengan cara GST nak jalan bulan 4 ini, kami pun hendak masuk penjara!
7.Hukuman penjara mengikut undang-undang sivil tidak sesuai dengan fitrah kejadian manusia.
Apa yang kami mahu tekankan di sini adalah mengenai nafsu shahwat banduan tersebut. Negara kita tiada "conjugal visit " seperti di negara luar yang membenarkan isteri banduan datang bersamanya beberapa bulan sekali untuk dia melepaskan nafsunya. Sebab inilah terjadinya kes-kes liwat dalam penjara. Kalaulah negara kita ada sistem conjugal visit pun, bagaimana dengan banduan yang masih belum berkahwin? Masalah ini serius , bukan main- main.8. Tiada alasan bahasa Malaysia negara majmuk tak boleh jalankan hudud.
Kelantan tak hukum orang Cina India dengan hudud. Madinah Munawwarah pun negara majmuk juga. Ingat Madinah tu orang Islam sahaja kah?
--------------------------------------------------------------------------------------
Walau bagaimana baikpun hudud, tidak bermakna ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa.
Saidina Umar pernah menghentikan hudud pada suatu musim kemarau. Bantuan mangsa banjir pun tak habis agih lagi. Keadaan ekonomi pun bagai gajah mengamuk. GST la. Ringgit jatuh la. Hmmm
Kami tutup artikel kami dengan cerita ini. Anda baca dan nilaikan sendiri.
Seorang gabenor di sebuah negeri di bawah awan mahu melaksanakan undang-undang potong tangan untuk pencuri, mengikut Al-Quran. Tapi untuk melaksanakannya, si gabenor harus meminta izin dahulu dari Sang Raja yang berada di singgahsana Putraberjaya kerana Sang Raja punya kuasa dan anggota.
Sang Raja pun bagi kerjasama mahu berusaha melaksanakannya. Dalam masa yang sama, Sang Raja merompak hasil emas hitam negeri bawah bayu.
Rakyat pun jadi hairan. Yang kita mahu laksana ini hukum potong tangan untuk pencuri. Tapi harus mengadap Sang raja yang telah mencuri hak rakyat negeri? Bukankah satu ironi?
Post a Comment