Sepanjang hidup kita, selain peperangan melawan hawa nafsu, ada satu lagi peperangan yang badan kita tak akan berhenti berjuang sehingga kita mati.
Peperangan antara kita dengan bakteria.
Peperangan ini tidak akan tamat selagi umat manusia wujud diatas dunia fana ini. Mungkin hanya di neraka yang panas menggelegak sahaja bakteria ini akan mati secara total ataupun di syurga nan bersih indah bakteria ini tiada.
September 1928, penemuan ubat antibiotik secara tidak sengaja oleh Alexander Fleming merevolusikan peperangan ini.Jangkitan kuman yang dulunya susah dirawat, dimudahkan Allah dengan adanya antibiotik. Manusia selangkah lebih maju daripada kuman dalam perang ini pada waktu itu.
Kuman masih tidak mengalah.Akibat penyalahgunaan antibiotik,kuman yang terdedah kepada antibiotik dalam keadaan tertentu bermutasi mengubah struktur badan mereka agar kebal daripada serangan antibiotik.
Malangnya, antibiotik tidak boleh berevolusi dan mengekalkan metod penghapusan yang sama.Kuman berubah tapi antibiotik tak berubah.
Argh , ini parah !! Satu- satunya senjata buatan umat manusia sedang diancam. Jika kita kalah, dan antibiotik tidak lagi berkesan, hatta dijangkit sakit tekak pun (dengan izin Tuhan) boleh membawa mati!
Sedarlah tuan-tuan puan-puan dato-dato datin-datin kita berada diambang kekalahan dalam peperangan ini walaupun hero selalunya kalah dahulu, ini bukan cerita wayang. Sekali kita kalah maka ada yang akan mati.
Takut kalah?
Bantulah umat manusia menangi perang ini dengan mengamalkan langkah berikut
1. makan antibiotik yg diberi sampai habis, bukan sampai habis tanda-tanda (simptom) penyakit
2. buang antibiotik yg luput tarikh, jangan makan, kerana ubat yg luput tarikh kurang efisien menyebabkan bakteria lebih senang mengelak serangannya
3 elakkan terlalu cepat mengambil antibiotik dari waktu yang ditetapkan, contohnya ubat yang harus dimakan 2 biji sehari, kamu makan 3 biji sehari. Pandai- pandai je!
4.jangan mkn antibiotik yang diprescribe ntok org lain
5. jangan beli mainan bayi atau bahan pencuci lantai yang mengandungi antibiotik.
6.jangan guna antibiotik untuk viral infection
7.jangan paksa doc utk bagi antibiotik, ada sebab orang panggil dia doktor, bukan saje-saje.
8.di samping amek antibiotic tuh jage la kebersihan. basuh tangan bersih-bersih nak elakkan jangkitan dan maknan yang seimbang.
9. dengarlah nasihat doktor... jangan memandai2 ye anak2
Moga dengan usaha kecil kita ,dapat mengembalikan harapan kemenangan dalam perang ini yang kebanyakan dari kita tak sedar pun kita terlibat dengannya!
Post a Comment